“Riders nak berbuka pun tak sempat”. Lotus’s belanja iftar untuk 1,400 abang riders 

Zaman sekarang ni, hidup kita memang tak lengkap tanpa abang-abang dan kakak-kakak rider yang hari-hari hantar makanan dan parcel online shopping kita.

Lagi-lagi bulan puasa ni, diorang kena kerja extra. Bayangkan, dalam keadaan perut kosong, diorang tetap redah panas terik dan jem yang luar biasa semata-mata nak pastikan kita dapat berbuka dengan makanan yang masih panas. Kadang-kadang, diorang sendiri tak sempat berbuka gara-gara nak pastikan order kita sampai sebelum azan Maghrib. Penat tu, tuhan je tahu.

Gambar dari Murai MY

Jadi tahun ni, Lotus’s Malaysia nak balas balik jasa abang dan kakak rider kita dengan juadah berbuka penuh kasih sayang melalui inisiatif #KitakanJiran Juadah Pembawa Senyuman.

Dari Kelantan ke KL, lebih 100 sukarelawan turun padang masak juadah berbuka

Program ni bukan sekadar bagi makanan bungkus biasa tau. Semangat dia lain macam sebab lebih 100 orang sukarelawan daripada Ibu Pejabat dan stor-stor Lotus’s sendiri yang turun padang untuk sediakan dan bungkus lebih 1,400 pek juadah berbuka yang segar.

Staf Lotus’s dari sekitar Lembah Klang di dapur Food Aid Foundation.

Misi ni bermula di Lotus’s Kota Bharu sebelum bergerak ke 5 cawangan di Pulau Pinang, dan akhirnya sampai ke sekitar Lembah Klang. Daripada abang rider motor yang bawa beg besar kat belakang, sampailah ke abang kurier yang bawa van penuh dengan kotak parcel, semua dialu-alukan singgah untuk ambil pek berbuka diorang.

Bukan setakat riders je, pemandu teksi, bas, Lalamove semua dijemput sekali

Juadah ini disediakan melalui kerjasama erat antara Lotus’s dan Food Aid Foundation yang sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2016 lagi. Menurut wakil Food Aid Foundation, 

“Food Aid Foundation dah bekerjasama dengan Lotus’s Malaysia sejak tahun 2016. Kita menyelamatkan lebihan makanan di outlet-outlet Lotus’s seluruh Malaysia. Secara total, kita dah berjaya menyelamatkan 2.4 juta kilogram makanan. Ia bersamaan dengan 10.4 juta hidangan. Dalam nilai Ringgit, ia bersamaan dengan RM62.4 juta yang kita dah selamatkan.”

Afraz Said, Pengurus Besar Food Aid Foundation
Afraz Said (empat dari kiri) dan geng-geng dari Lotus’s Malaysia

Selain dari selamatkan lebihan makanan, diorang juga dah berjaya agihkan lebih 6,000 hidangan kepada komuniti yang memerlukan sejak 2022. Tahun ini pula, Food Aid Foundation siap buka dapur pusat diorang supaya sukarelawan Lotus’s boleh berkumpul dan masak hidangan fresh khas untuk para rider.

Pek makanan khas untuk hero yang sentiasa bergerak

Satu benda yang kami perasan, pek berbuka ni bukan je ada set makanan panas, tapi penuh dengan snek-snek lain juga. Rupanya ada sebab tau! Menurut sukarelawan Lotus’s, bila diorang bersembang dengan para penghantar, ramai yang mengaku memang rushing gila sampai tak sempat nak duduk makan betul-betul masa azan berkumandang.

“Mereka kerja kuat. Bulan Ramadan pulak, pukul 4 petang sampai 7 petang dan ke atas, itu lah waktu paling sibuk. Biasanya mereka bergegas sampai lupa nak berbuka, kadang-kadang berbuka dengan air masak saja.”

Hanim Hamdan, Ketua Komunikasi dan Kelestarian Lotus’s

Jadi, Lotus’s pastikan pek ni penuh dengan pilihan snek dan minuman macam biskut Tiger, air Minute Maid, kurma, dan macam-macam lagi. Kalau abang rider masih atas motor atau dalam van masa Maghrib, diorang boleh terus capai biskut atau air untuk berbuka dulu sementara nak selesaikan tugasan.

Snek-snek ni pula disumbangkan oleh rakan-rakan jenama Lotus’s macam Coca-Cola, Nestlé, Mondelez, F&N, dan All Kurma. Memang lengkap!

Realitinya, ramai rider kita ni berbuka puasa bukan kat rumah dengan lauk pauk penuh atas meja, tapi cuma kat tepi bahu jalan atau masa tengah tunggu lampu trafik hijau. Dalam keadaan diorang yang tengah rushing hantar pesanan kita, benda simple macam air sejuk dan kurma tu dah cukup bermakna nak buat alas perut sementara nak selesaikan tugasan.

Dan sambil-sambil Lotus’s nak ukir senyuman di wajah abang dan kakak penghantar seluruh Malaysia, diorang juga tidak lupa untuk jaga kita yang tengah sibuk buat persiapan Raya.

Lotus’s nak pastikan semua orang tersenyum lebar Raya ni

Sambil-sambil kita hargai jasa abang dan kakak rider kita, korang yang tengah buat persiapan Raya pun boleh senyum juga. Sebabnya, kempen Senyuman Ekstra Bernilai di Lotus’s sekarang tengah tawarkan diskaun gila-gila sehingga 8 April 2026.

Antara diskaun kaw-kaw di Lotus’s sekarang

Diorang sediakan diskaun sampai 50% untuk lebih 4,500 barang, termasuklah 2,500 barangan bawah program Sumbangan Asas Rahmah. Bukan tu je, ada baju Raya serendah RM39 dan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk macam-macam barang keperluan. Memang masa terbaiklah nak berjimat sambil buat persiapan Aidilfitri.

Diskaun sampai hampir RM400 pun ada. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini

Kalau nak tahu macam mana korang boleh berjimat atau nak tengok apa lagi aktiviti menarik di Lotus’s, follow je media sosial diorang kat Facebook, Instagram, atau TikTok @lotussmalaysia.