- 15Share sekarang!
- Email0
- Facebook15
- Share
Susulan krisis banjir di Kedah, Putra Medical Centre (PMC) telah memperkukuhkan komitmennya terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman, dan memastikan pesakit sediakala menerima sokongan yang sewajarnya.
“Fokus utama kami ialah untuk menjamin kesejahteraan pekerja-pekerja, ramai yang terkesan banjir, di samping memastikan pesakit sedia ada menerima rawatan tanpa gangguan.” – Lee Yong Qian, Pengarah Strategik PMC
Bantuan Perubatan untuk Pekerja yang Terjejas Banjir
PMC telah menyediakan perkhidmatan bantuan perubatan seperti saringan kesihatan dan pemeriksaan asas kepada 40–50 pekerja yang terjejas banjir. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma, menunjukkan dedikasi PMC terhadap kakitangannya.
Kebanyakan kakitangan tidak menunjukkan apa-apa gejala ataupun penyakit serius yang perlu dimasukkan di wad hospital.
Masalah dapat dikurangkan hasil langkah proaktif PMC dengan menyediakan makanan, air bersih, dan pembayaran gaji yang dipercepatkan. Bantuan termasuk sokongan pengangkutan daripada komuniti setempat dan bekalan makanan oleh PMC.
Komitmen Berterusan terhadap Penjagaan Pesakit PMC
PMC memastikan pesakit kami menerima rawatan yang terbaik. “Fokus kami ialah untuk mengekalkan kualiti penjagaan pesakit hospital semasa banjir, tanpa mengira samada mereka terlibat secara langsung ataupun tidak,” kata Lee.
Usaha ini termasuk pengagihan sumber yang dipertingkatkan bagi memastikan tiada gangguan dalam perkhidmatan serta sokongan kakitangan hospital mengambarkan dedikasi PMC terhadap kesihatan holistik dan belas kasihan.
Cabaran Operasi
Walaupun menghadapi masalah logistik seperti gangguan bekalan air dan halangan pengangkutan, PMC berjaya mengagihkan pek bantuan yang mengandungi makanan dan air kepada pekerja dan komuniti setempat. Usaha sukarelawan tempatan memainkan peranan penting di kawasan yang dilanda banjir, sekali gus menunjukkan kerjasama hospital yang baik semasa krisis.
Respon yang cepat dan efektif mencerminkan komitmen PMC terhadap penjagaan kesihatan masyarakat. Dengan menggabungkan langkah strategik dan belas kasihan, hospital ini terus berfungsi dengan baik dan berkesan untuk Kedah dan kawasan sekitarnya.
“Kami sentiasa bersedia untuk memperluaskan usaha kami seiring dengan situasi semasa,” – Dato’ Dr. Lee Gaik Cheng, Pengarah Urusan PMC.
- 15Share sekarang!
- Email0
- Facebook15
- Share