- 1.5KShare sekarang!
- Email101
- Facebook1.4K
- Share
UPDATE 11/2/2019: Isu ijazah palsu makin hangat dengan beberapa nama pemimpin yang dikesan seolah-olah terpali dengan isu ni. Antaranya Timbalan Menteri Luar, MB Perak, MB Johor dan beberapa yang lain.
Tak lama dulu, kita ada tulis pasal benda-benda meragukan pasal Boy Iman, terutama sekali pasal macam mana dia didakwa scam orang dengan businessnya, konvokesyen dia, dan pertikaian pasal title Dato dan Dr dia yang dikatakan dibeli.
Tak cukup dengan tu, beberapa bulan lepas Boy Iman sekali lagi menimbulkan kontroversi bila dia pos gambar kad matrik dia dengan sebuah buku berkulit tebal, yang ‘dipercayai’ hasil tesisnya di Universiti Malaya. Hal ni menyebabkan UM mengeluarkan satu memo yang mengatakan tiada pendaftaran atas nama Noruliman A. Rahman sebagai calon Doktor Falsafah di universiti berprestij tu.
Macam mana kalau kitorang bagitahu, kemungkinan, ahli politik yang bertanding untuk PRU lepas pun ada sijil-sijil yang meragukan, sama ada dalam bidang akademik dan pekerjaan sampingan diorang?
1. Azeez Rahim, MBA dari Preston University
Kalau korang ni orang Baling, confirm-confirm la korang kenal Azeez Rahim, iaitu Ahli Parlimen untuk kerusi daerah ni di negeri Kedah. Dia ni dikatakan antara yang selalu turun padang.
Selain daripada jadi MP Baling, dia juga dilantik sebagai pengerusi Tabung Haji, dan kat situlah dia memuat naik kelayakannya di portal tu tak lama dulu. Perkara ni pernah dinyatakan sendiri oleh Azeez,
“Dengan pendidikan SPM saya dan pengalaman dalam bidang perniagaan, saya buat Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan Pentadbiran di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat.”
Tapi bila ada beberapa pihak mempersoalkan sijil kelayakannya yang diperolehi dari Preston University di Amerika Syarikat, tahu-tahu je details pasal kelayakannya dari Universiti Preston tu dipadam dari laman web Tabung Haji.
Apa yang peliknya pasal University Preston ialah, institusi ni tak dapat dipastikan kewujudannya walaupun ada website tersendiri.
Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok website Preston University ni, dodgy habis. Muka pun tak macam orang Amerika, atau paling kurang pun mesti la Pan-Asia ke apa. Ni muka Pakistan habis semua tenaga pengajar sampai pelajarnya.
Bila kitorang korek lagi, baru la kitorang tahu yang Preston University ni termasuk dalam salah sebuah universiti degree mill, iaitu kilang ijazah, atau sebuah syarikat atau organisasi yang mendakwa diorang sebagai institusi pengajian tinggi. Dalam masa yang sama diorang sediakan sijil ijazah dan diploma akademik yang tak sah, dengan bayaran. Maksudnya, korang boleh beli sijil diploma atau degree korang tanpa perlu belajar kat sana pun. Mudahnya!
Dan sebenarnya, The Star sendiri pernah persoalkan perkara ni sejak tahun 2009 lagi.
“Seorang ketua Umno Kedah dan ahli Majlis Tertinggi Umno yang menjadi jutawan selepas sekolah (MBA, Preston University, US)”. – dipetik dari The Star pada tahun 2009.
2. Datuk Mohd Sabri Alwi dan MBA mininya
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi juga tak terlepas daripada menjadi perhatian apabila ada pihak yang mempersoalkan kelayakannya yang diragui.
Isu ni muncul bila orang dapat handout, atau risalah masa dia berkempen untuk diri sendiri sempena PRU yang lepas. Dia yang bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kerusi DUN Ladang, disenaraikan sebagai memegang “Master in Business Advanced Leadership” dari University of Cambridge dalam risalah tu.
Bila dah viral, dia pun jawab dakwaan pasal kelayakan akademiknya,
“Ia bukan satu Ijazah Sarjana, tetapi lebih seperti MBA mini,” – Datuk Mohd Sabri Alwi, dipetik dari The Star
Dia tambah lagi, nama penuh untuk kursus yang dia pergi tu ialah “Master in Business – the Cambridge Judge Business School Advanced Leadership Programme”.
Dalam risalah resumenya yang diedarkan tu juga, ada kesilapan di mana universiti yang dia pergi tu adalah di London, sedangkan sebenarnya Cambridge Business School Judge adalah sekolah perniagaan University of Cambridge yang terletak di Cambridge, dan bukannya kat London. Jarak antara Cambridge ke London pula adalah satu jam lebih.
Bila ditanya lebih lanjut lagi, dia pun kata yang dia tak tipu,
“Saya ambik masa kursus tiga minggu pada bulan Jun 2016 untuk memperbaiki diri. Kenapa saya nak tipu pasal sijil ni? Saya kerja keras dan layak memilikinya” – Datuk Sabri Alwi, dipetik dari The Star.
Datuk Sabri juga mengaku yang dia cuma mempunyai kelayakan SPM dan tak sambung belajar masa muda atas beberapa sebab tersendiri. Tapi, kitorang terfikir. Berapa lama masa sebenar untuk ambik Master in Business ni sebenarnya? Bila kitorang Google,
3. Ahmad Bashah ada SRP je tapi semua orang nak back up dia
Kerajaan negeri Kedah gempar sekejap bila ada pergolakan yang berlaku dalam parti politik UMNO, yang menyebabkan pertukaran MB Kedah dalam tahun yang sama.
Selepas penyingkiran Datuk Seri Muhkriz Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, kerana dipercayai sebagai watak penting kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Perasaan rakyat Kedah bercampur-baur sebab ada yang jadi penyokong kuat Ahmad Bashah, dan tak kurang yang menyokong Mukhriz Mahathir. Mana taknya, ramai yang mempersoalkan kewibawaan pemimpin yang akan mentadbir bukan sebuah kampung, tapi sebuah negeri yang dikenali sebagai yang tertua di negara ni.
Sebabnya, Ahmad Bashah diketahui rakyat Kedah dia tak belajar tinggi pun, hanya setakat SRP (setaraf PMR, atau sekarang dikenali sebagai PT3). Manakala Mukhriz pulak memang diketahui sebagai seorang yang berpelajaran tinggi.
Perkara tu menimbulkan kemarahan penyokong Ahmad Bashah yang marah dengan perbandingan tu. Antaranya adalah Lokman Adam, iaitu panel untuk JASA yang mengatakan, tahap kelulusan tinggi semata-mata tidak menggambarkan kemampuan seseorang pemimpin mentadbir sebuah negeri. Dia kemudiannya memberi contoh bekas Menteri Besar Kedah sebelumnya, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid,
“Dalam politik, seorang yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) seperti bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid juga gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.” – Lokman Adam, dipetik dari Astro Awani.
Ahmad Bashah dalam masa yang sama tak mengiyakan, atau menolak kenyataan yang mengatakan dia hanya mempunyai SRP. Malah dia jawab,
“Universiti saya adalah Umno kerana parti ini yang mendidik dan mematangkan saya. Saya tidak rasa terhina kerana ia menunjukkan hanya itu sahaja modal yang ada pada mereka untuk menyerang saya.” – Ahmad Bashah, dipetik dari Malay Mail.
Ok la, at least dia tak menipu ada sijil. Ala, semua BN. Nak jatuhkan BN la tu? Taklah. Calon daripada PAS dan Amanah pun boleh tahan juga ya.
4. Rajan Manikesavan yang belajar kat Berkeley
Selama ni, kita kenal Parti PAS sebagai imej Melayu Islam. Tapi untuk PRU pada tahun ni, PAS membuat kejutan dengan menampilkan orang bukan Islam dalam parti ni yang memang dikenali dengan imej Islamik sejak dulu lagi. Dan diorang ni adalah Santokh Singh untuk Pandamaran, Datuk Seri David Sew Kah Heng, untuk Bukit Gasing, Datuk Jonathan Lim Ying Ran untuk Kinrara, Kong Tuck Wah untuk Rawang, dan Rajan Manikesavan untuk Sentosa.
Salah seorang daripada lima calon ni, iaitu calon dari Sentosa – Rajan Manikesavan pula nampaknya juga terlibat dengan masalah sijil yang diragui. Dia dikatakan mempunyai sijil palsu dalam salah satu sijil-sijil yang dia ada, iaitu Diploma in business Management, Master of Business Administration (MBA) dan Doctor of Social Work (Uni. of Berkeley) USA.
Rasanya ramai yang tahu University of Berkley, atau Berkeley International University ni terkenal dengan penganugerahan sijil akademik palsu, tapi kadang-kadang orang tak perasan sebab namanya yang sama dengan University of California, Berkeley (ni yang real).
Universiti mill degree pulak yang ni, University of Berkley, atau Berkeley International University
5. Calon Pakatan Harapan (PH) yang didakwa seorang scammer
Kalau yang lain-lain ni semua tipu pasal kelulusan akademik dan sijil, lain pula dengan Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, calon dari Parti Amanah Negara yang akan bertanding di Meru. Dia didakwa terlibat dengan scam Financial Org, sebuah firma British yang diragui.
Financial.org menggambarkan diorang ni sebagai perniagaan pendidikan dan penaja pasukan Formula One. Tapi, Reuters pula melaporkan yang Financial.org, adalah firma British yang tak dikawal selia, tapi menguruskan beratus-ratus ribu dolar untuk pelabur Asia walaupun tak berlesen untuk terlibat dalam transaksi kewangan.
Konsep Financial Org ni pula sama seperti money game scam yang lain, di mana orang atas akan dapat duit penyertaan daripada peserta bawahan, dan menyasarkan mangsa di kawasan Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia. Malah, BNM juga dah letakkan Financial Org sebagai unaothorised, tak diberi kuasa atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Fakhrulrazi kemudiannya mengulas perkara tu dan berkata yang dia malas nak layan perkara tu yang nampaknya macam nak mengganggu kempen dia.
“Orang boleh bercakap apa sahaja berkenaan saya. Itu hak masing-masing. Terserah, saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada pihak dalaman parti sendiri mahupun parti lawan kerana ia jelas tidak akan menggagalkan usaha saya untuk meraih kemenangan di Dun Meru kali ini,” – Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, dipetik dari Sinar Harian.
Fakhrulrazi Mokhtar juga menganggap dakwaan dia terlibat dengan ‘scammer’ cumalah satu perancangan pihak tertentu untuk menjatuhkannya dalam PRU14 kali ini.
Pengguna sijil palsu ni tak boleh disabitkan dengan kesalahan undang-undang ke?
Kalau nak diikutkan, ada beberapa calon lain lagi yang ada sijil yang meragukan ni. Penipuan sijil ni bukanlah satu benda baru dalam negara kita, lebih-lebih lagi melibatkan orang ternama. Malah The Star sendiri pernah melaporkan pasal beberapa buah universiti luar negara yang terlibat dalam hal pembelian degree ni sejak tahun 2009 lagi. Tapi, takde tindakan langsung yang diambil dari situ.
Pada tahun 2013 pula, MP Serdang pada masa tu, iaitu Ong Kian Ming mempersoalkan sama ada kerajaan sedar atau tak pasal ijazah yang diragui oleh dua menteri kabinet, iaitu Ahli Parlimen Serian, Richard Riot dan Ahli Parlimen Ranau, Ewon Ebin. Sebabnya kalau di Pakistan, ada anggota Parlimen yang dijatuhi hukuman penjara sebab memiliki ijazah palsu, manakala di Jerman, dua menteri terpaksa meletak jawatan selepas dituduh telah memalsukan sebahagian daripada disertasi PhD diorang.
Kenyataan tu kemudiannya dijawab oleh Shahidan Kassim, dalam Dewan Rakyat dengan mengatakan yang sijil degree palsu tu boleh dianggap macam ‘Louis Vuitton palsu’ dan takkan ada tindakan akan diambil kalau digunakan untuk kegunaan peribadi.
Ong Kian Ming pula persoalkan,
Take Our Poll“Adakah standard integriti kita tenggelam begitu rendah sehingga kita dapat melihat perkara ini dan menjadikannya bahan jenaka?” – Ong Kian Ming, dipetik dari FMT.
- 1.5KShare sekarang!
- Email101
- Facebook1.4K
- Share