- 1.6KShare sekarang!
- Email3
- Facebook1.6K
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Isu pelarian dekat Malaysia ni bolehlah dikatakan sensitif, bila kita sembang tentang bab pelarian ni, macam-macam pandangan yang kita dengar. Kembar kitaorang dekat CILISOS pernah tulis cerita tentang isu pelarian Syria masuk Malaysia dan pelarian Rohingya nak masuk kat Malaysia. Bercakap pasal pelarian – kitaorang teringat ada orang buat kempen kahwin dengan pelarian Syria, walaupun akhirnya diorang nafikan.Tapi kenapa kempen macam ni takde untuk pelarian Rohingya?
Korang kena tahu jugak, bukan setakat pelarian masuk ke Malaysia je yang wujud – orang Malaysia jadi pelarian pun ada jugak. Contohnya kat Australia – 50% permohonan pelarian kat sana datang dari rakyat Malaysia. Kalau Syria dan Rohingya, logiklah jugak sebab negara diorang tengah bergolak. Diorang ni lari daripada siapa kat Malaysia ni?
Kalau korang nak tahu, pada tahun 1970-an, salah sebuah pulau kat Terengganu pernah jadi tempat tinggal pelarian sampai tempat tu jadi kawasan yang paling padat kat dunia…
Pelarian Vietnam yang digelar Vietnamese Boat People
Pada zaman 1970-an berlaku krisis yang hebat kat Vietnam, krisis ni sebabkan sebanyak 2 juta rakyat Vietnam terpaksa keluar dari negara diorang. Diorang terpaksa cari tempat perlindungan kat kawasan yang terdekat. Malaysia merupakan salah satu tempat yang terdekat tu – bagi pelarian Vietnam yang lari kat Malaysia, diorang ditempatkan kat Pulau Bidong, Terengganu.
Bagi yang tak tahu sebab apa warga Vietnam ni jadi pelarian – sebab Perang Vietnam. Dulu Vietnam dibahagikan kepada dua bahagian – Vietnam Utara yang bersekutu dengan komunis dan Vietnam Selatan yang berkawan dengan tentera bersekutu. Kedua-dua kawasan ni dok gaduh dalam perang sampailah geng Vietnam Utara berjaya tawan Saigon (sekarang ni dipanggil Ho Chi Minh) pada tahun 1975.
Sepatutnya perang kat Vietnam ni habis kat situ, tapi nampaknya konflik kat sana semakin meruncing. Peperangan ni beri kesan yang buruk kat Vietnam, terutamanya kepada rakyat yang ada kaitan dengan kumpulan tentera yang kalah. Ada pihak yang kata lebih kurang 300,000 orang dihantar ke kem-kem pemulihan. Kat kem-kem “pemulihan” ni – diorang terpaksa jadi buruh paksa, kebuluran, dan didera.
Keadan yang teruk buat kebanyakan diorang ambik keputusan untuk tinggalkan Vietnam – maksudnya jadi pelarianlah. Perjalanan jadi pelarian ni susah gila babs – selalunya diorang berada dalam kumpulan yang terlalu padat dan bot yang digunakan tak selamat. Diorang jugak berhadapan dengan masalah kebuluran. Kalau musim tengkujuh pulak – cabaran diorang makin besar sebab kena hadap angin yang kuat.
Hal ni tak termasuk lagi ancaman daripada lanun-lanun yang ada kat laut, macam lanun dari Malaysia dan Thailand yang akan culik orang perempuan dan ambik barang-barang berharga yang diorang ada. Bila diorang berjaya mendarat kat darat pulak, selalunya diorang takkan diterima oleh pihak berkuasa tempatan. Diorang akan dihalau dan ditolak semula ke laut. Cuba korang bayangkan…
“Ibu bapa saya terpaksa berundur kerana kebencian terhadap orang Cina. Orang Cina yang tinggal, dianiaya oleh penduduk tempatan, bersama dengan adik-beradik mereka memperoleh perahu melalui kawan, kompas, dan peta untuk perjalanan mereka. Mereka tidak mempunyai tujuan tertentu dalam fikiran, hanya untuk melarikan diri dan mencari kebebasan.
Mereka meninggalkan rumah mereka, barang-barang, dan foto perkahwinan dengan harapan untuk melarikan diri dari negara komunis.Mereka mengambil apa yang paling penting kepada mereka. Perkara yang paling berharga yang dibawa ibuku adalah cincin berlian yang dibeli oleh ayah saya untuk perkahwinan mereka. “- Dipetik dari Blog Pulau Bidong
Berbaloikah perjalanan diorang sejauh ni?
Selepas kemenangan Vietnam Utara kat Saigon – kapal pelarian pertama sampai kat Malaysia pada bulan Mei 1975 yang membawa 47 pelarian. Apabila peperangan kat Vietnam semakin rancak – semakin ramai pelarian datang ke Malaysia. Pihak berkuasa tempatan tak suka benda ni sampai tahap diorang baling batu kat kapal-kapal yang bawak manusia ni.
“Pada musim luruh tahun 1978 jumlah bot pelarian yang tiba dari Vietnam di Malaysia, Indonesia dan Hong Kong meningkat. Lebih 100,000 orang tiba pada bulan Mei dan Jun 1979, membanjiri kem pelarian … PBB menggambarkan keadaan tersebut sebagai krisis pelarian paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.”- Mike Molloy, pengarang buku berkenaan Kanada dan Pelarian Indochina, 1975-1980.” – diambil dari CBC
Untuk atasi masalah ni, pada 8 Ogos 1978 kerajaan buat satu kem pelarian yang khusus untuk diorang kat Pulau Bidong. Pada asalnya kem pelarian ni dibina untuk tampung 4,500 pelarian je. Tapi pada Januari 1979, angka pelarian dah cecah 18,000 orang dan pada Jun tahun yang sama dah cecah 40,000 orang. Gila babi punya padat. Pulau ni siap dikatakan pulau yang paling padat kat dunia.
Seorang pelawat yang bernama Leo Cherne mengambarkan pulau tu seperti pulau neraka. Pelarian tinggal kat pondok sementara tiga tingkat tanpa ada tandas dan bekalan air bersih yang mencukupi. Walaupun kat kem tu ada doktor perubatan yang cukup, ubat-ubatan tetap tak cukup. Benda ni buat penyakit semakin senang menular.
Daripada cerita seorang pelarian – pihak kerajaan dan sukarelawan dah buat macam-macam kemudahan kat pulau tu. Pulau tu siap ada rumah panjang, sekolah, rumah ibadah, dan siap ada pejabat pos lagi! Apa yang lebih gempak, ada pelarian yang siap buat perniagaan kecil-kecilan kat pulau ni. Pada lewat 1980-an, ada pentas muzik lagi kat sana untuk pelarian atau sukarelawan buat persembahan.
Keamanan kat pulau tu dijaga oleh pihak polis kita, diorang jugak ada lantik pegawai dalam kalangan mereka untuk pastikan pulau tu diuruskan dengan baik. Bila ada masa lapang, diorang pergi buat latihan vokasional, kerja-kerja sukarelawan, lepak kat kedai kopi, main bola sepak dan siap belajar main sepak raga dari pihak polis kita! Diorang jugak ada terowong bawah tanah.
Budak-budak pulak akan sibuk ke sekolah, gereja atau buat kerja-kerja Pengakap. Tapi masalahnya…
Tempat tu cuma penempatan sementara, bukan tempat tinggal yang kekal
Macam kitaorang dah cakap – Pulau Bidong ni cuma tempat sementara untuk pelarian. Pada tahun 1979 – Tun Mahathir yang masa tu jadi Timbalan Perdana Menteri pernah keluarkan statement kontroversi untuk halau 70,000 pelarian yang ada kat Malaysia. Dia siap kata boleh tembak pelarian yang ada kat darat.
“Berperikemanusiaan tidak menguntungkan kita. Apa yang kita peroleh adalah kemasukan pendatang tanpa izin Vietnam dan kita mempunyai hak untuk mengusir mereka.” – Tun Mahathir, pada tahun 1979, seperti yang dilaporkan oleh New York Times
Tapi lepas tu kerajaan betulkan balik kenyataan akhbar yang nakal ni – pihak kerajaan jelaskan yang diorang takdelah akan tembak pelarian tu hidup-hidup, dan Tun Mahathir sebut ‘shoo’ bukan ‘shoot’. Kerajaan jugak mengaku dah usir lebih daripada 40,000 pelarian sejak Januari 1979. Rakyat tempatan risau gak – kalau-kalau pelarian ni akan tinggal kekal kat Malaysia bukan nak lepak kejap macam tujuan asal diorang.
Bila laporan tentang pelarian-pelarian ni diketahui oleh masyarakat Barat, diorang setuju untuk tingkatkan penerimaan pelarian pada Julai 1979. Diorang siap bagi dana yang lebih untuk penempatan semula pelarian-pelarian yang pergi negara diorang. Pegawai-pegawai dari negara Eropah, Amerika Syarikat, Kanada datang ke pusat-pusat pelarian kat Asia Tenggara dan temubual pelarian. Diorang siap bawak pelarian yang bertuah pergi negara diorang.
Akhirnya pelarian kat tempat tu pun makin sikit, sebab tu Kem Pelarian kat Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991. Pelarian yang masih ada kat sana dipindahkan kat Pusat Pelarian Sungai Besi kat KL. Diorang lepak kat sana sampailah diorang dapat penempatan baru atau pulang semula ke Vietnam. Pada tahun 2005, pelarian terakhir diterbangkan ke Vietnam…
Walaupun Pulau tu dah ditutup, orang tetap datang ke sana
Kalau korang pergi ke Pulau Bidong hari ni, tempat tu jadi sebahagian dari Pusat Kajian Maritim Universiti Malaysia Terengganu. Korang masih boleh jumpa bangunan lama dan kuburan orang dulu-dulu kat sana. Tapi sayangnya, kebanyakan benda-benda berharga kat tempat tu dah dirosakkan oleh geng-geng buat kerja vandalisme pada masa lapang.
Masih ramai yang lawat pulau tu untuk tujuan pelancongan awal tahun lepas – Pulau Bidong dibuka untuk orang awam. Sejak pulau ni dibuka, lebih kurang 5,000 orang datang melawat. Macam-macam orang yang datang melawat – pelancong, orang tempatan dan bekas pelarian yang sesetengahnya siap bawak anak ke sana.
Kalau korang berpeluang, kitaorang rasa korang patut pergi melawat tempat ni. Syukurlah Malaysia masih aman, kata-kata yang selalu didengar. Tapi sebab keamanan Malaysia ni yang buat kita tak perlu jadi pelarian. Saja je kitaorang bagi ayat deep – sebabnya macam ada pihak yang nak kita bergaduh.
- 1.6KShare sekarang!
- Email3
- Facebook1.6K
- Share