PPZ-MAIWP lancarkan bayar zakat guna phone saja!

Siapa yang tak bayar zakat lagi tu, sila hadirkan diri, yang dah bayar, tahniah awak dah jalankan tanggungjawab agama. Berita baik buat semua rakyat Malaysia, iaitu lepas ni kalau nak bayar zakat, tak perlu guna duit, pakai kad saja.

Ye betul, tak perlu susah guna wang kertas kerana PPZ-MAIWP baru saja melancarkan ujian rintis yang membolehkan pungutan zakat fitrah melalui teknologi ‘Tap on Phone’ atau ‘Sentuh pada telefon’ yang membolehkan peranti Android dengan kapasiti Near-Field Communication (NFC).

Usaha ini adalah satu kerjasama antara PPZ-MAIWP dengan (Fass Payment Solutions Sdn. Bhd.). yang menawarkan pembayaran ‘Sentuh pada telefon’ menggunakan aplikasi Fasstap, sistem Titik Jualan berasaskan Perisian (Software-based Point of Sale [SoftPOS]).

Majlis pelancaran yang berlangsung di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, berkata:

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, “Ujian rintis ini
adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi kami selaku antara institusi zakat bawah kerajaan
pertama di dunia yang membolehkan penerimaan bayaran menggunakan kad secara ‘Tap on Phone’
menerusi Fasstap. Mereka yang ingin membayar zakat boleh melaksanakannya dengan kad ATM
MyDebit, yang dikuasakan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. [“PayNet”].

Mesti awak semua tertanya-tanya…

Apa itu teknologi ‘Tap on Phone’ atau Fasstap?

Kami akan terangkan secara mudah, ringkas dan padat dengan informasi.

Fasstap: Satu mod pembayaran alternatif untuk pembayaran menggunakan kad debit atau kod QR menerusi telefon pintar saja. Ia bertujuan untuk menggalakkan micro-transactions berlaku.

Teknologi ini sebenarnya dipanggil (Software-based Point of Sale [SoftPOS]). Ia merupakan teknologi yang membolehkan pengguna menerima pembayaran kad terus pada telefon pintar tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan. Buat masa sekarang, teknologi ini hanya berfungsi dengan Android OS saja.

Senang cerita, kalau nak bayar duit member awak, keluarkan kad tap saja pada bahagian NFC telefon pintar dan transaksi wang akan berlaku. Mudah kan?

Kalau tak faham lagi boleh tengok video di bawah:

Jadi…

Di manakah awak semua boleh bayar zakat guna Fasstap?

PPZ-MAIWP memberitahu bahawa mereka bersama syarikat Fass Payment Solutions Sdn. Bhd. akan melancarkan pembayaran zakat ini di tiga lokasi terpilih, iaitu:

  • Ibu Pejabat PPZ-MAIWP.
  • Masjid Al-Syakirin KLCC.
  • Jalan Masjid India.

Jadi, sesiapa yang belum bayar zakat ada di kawan tersebut, boleh la cuba bayar guna Fasspay tu. Takpun, siapa yang shopping raya di Jalan Masjid India, boleh cari mereka.