Pesta SIMBAH AIR ni asalnya daripada kes pancung kepala sendiri? Ini kisahnya

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA)

Kalau korang perasan, ada tular kat media sosial baru-baru ni, yang ura-ura pasar terapung yang ala-ala kat Thailand tu akan dibuat jugak kat Jengka, Pahang. Tapi itu baru cadangan, yang selanjutnya kita tunggu dan lihat.

Kalau kita perhatikan, banyak je budaya Thailand yang diserap masuk dalam negara kita ni. Dan diterima secara meluasnya kat Malaysia (Sedapnya Tomyam, Kerabu Maggi, Thai Tea, Thai Green Tea). Tapi korang tahu tak ada satu pesta tahun baru Thailand pada 13 hingga 15 April yang diadakan kat Kedah hari tu? Macam mana pesta tahunan Thailand boleh ada kat Malaysia pulak ye? Artikel ni ada ceritanya…

Jangan lupa orderkan! Imej dari Meme Generator

Pesta Songkran jatuh waktu hari kemarau kat Thailand; sebab tu mereka perlukan air

Songkran merupakan perkataan Thailand sanskrit ‘samkranti’ yang bermaksud pergerakan astrologi. Dan Pesta Songkran ni jugak merupakan pesta tahun baru bagi masyarakat Thailand. (Sawadikaappp). Pada awalnya, tarikh tahun baru ni memang ikut pergerakan astrologi, sebab tu lah dinamakan Pesta Songkran.

Apa yang menariknya pesta dan hari tersebut akan jatuh pada hari dan tarikh yang paling panas dan hangat dalam kalendar Thailand. Boleh jugak dikatakan sebagai hari yang terakhir dalam musim kemarau. Disebabkan itulah, Pesta Songkran ni jugak dikenali sebagai pesta air sebab dalam pesta ni, upacara utama dia dengan menyimbah air. Jadi, Pesta Songkran tahun ni jatuh pada 13 hingga 15 April hari tu. Dan, Malaysia pun sambut pesta ni!

Bila dah panas sangat. Imej dari Giphy

Songkran pun boleh diertikan sebagai melangkah masuk kerana ia bermaksud melangkah masuk ke tahun baru Siam. Aktiviti utama kat Pesta Songkran ni adalah menyimbah air yang merupakan tradisi masyarakat Thailand. Adat menyimbah air ni merupakan sebagai salah satu cara untuk tunjukkan hormat kat generasi yang lebih tua.

Adat menyimbah air ni jugak dikatakan sebagai pemberi tuah. Sebabnya, air yang disimbah tu merupakan air yang digunakan untuk membersihkan dan memandikan patung Buddha. Jadinya, bila ada orang simbah air kat seseorang tu, diorang percaya ia akan membawa tuah berdasarkan adat dan kepercayaan diorang. Tu jugak merupakan ritual rohani diaorang sebagai simbolik membersihkan diri dari dosa dan nasib buruk.

Upacara mandikan patung Buddha. Imej dari Says

Bagi golongan dan generasi muda sekarang ni, Pesta Songkran ni boleh dikatakan sebagai pesta untuk diaorang berseronok. Sebab tu sekarang ni kalau kita tengok, bukan orang Thailand pun sertai pesta ni sebab bagi diaorang itulah masanya untuk rasai keseronokkan dengan menyimbah air kat sesiapa saja.

Dewa Kabil Maha Phrom: Dewa yang pancung kepala sendiri sebab teka-teki

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa diaorang lakukan pesta air ni sebagai aktiviti utama diaorang waktu Pesta Songkran ni. Okay, kisahnya bermula begini…

Ia mengenai kisah seoarang pemuda yang memahami bahasa binatang terutamanya burung dan pemuda tersebut sangatlah bijak. Kehandalan pemuda ni dicemburui dan tidak disukai oleh Dewa Kabil Maha Phrom yang dipercayai merupakan Tuhan bagi masyarakat Thailand.

Ilustrasi waktu zaman tu. Imej dari Khao Lak Explorer

Bila dewa ni tahu tentang kehandalan pemuda tersebut, dewa ni turun ke bumi dengan bagi cabaran untuk menguji dia. Cabaran tersebut berbentuk teka-teki, jadinya pemuda tersebut perlu menyelesaikan teka-teki tu. Kalau pemuda tu tak dapat jawab dan selesaikan teka-teki tu dalam masa tujuh hari, kepalanya akan dipancung. Dan jika sebaliknya yang terjadi, dewa tersebut akan pancung kepala dewa tu sendiri.

Bila pemuda tu dah give up sebab tak dapat selesaikan cabaran tu, pemuda tu pun dah buat keputusan untuk jumpa dewa tu dan redha untuk dipancung. Disebabkan pemuda tu terkenal dengan kebijaksanaannya dan faham bahasa binatang, waktu dia tengah rehat, dia terdengar perbualan burung tentang jawapan kepada teka-teki yang diberikan tu. Pemuda tu pun terus berjumpa dewa untuk bagitahu dia dah bersedia untuk berikan jawapan kat cabaran yang diberikan. Wah pantas!

Diaorang membawang apa lah tu. Imej dari Khao Lak Explorer

Bila pemuda ni dah berjaya selesaikan cabaran tersebut, dewa tu kenalah tunaikan syarat perjanjian awal yang dia dah deal dengan pemuda tu waktu awal-awal diaorang berjumpa tu. Jadi, disebabkan janji dan cemburu tengok kehebatan orang, dewa tu pun terpaksalah pancung kepala dia sendiri. Kira bunuh diri sendiri lah tu kan. Tu lah orang tua-tua cakap senjata makan tuan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Siam, kepala dewa ni sangat merbahaya dan panas. Dan sebab tu lah kepala dewa disimpan di dalam gua dan dipercayai dalam gua tu ada syurga untuk menyimpan kepala dewa ni. Tapi kat mana gua tu, sampai sekarang tak boleh nak dipastikan lagi. Kalau kepala dewa ni jatuh ke bumi, bumi akan jadi panas dan kalau jatuh kat lautan, lautan akan jadi kering. Betapa dahsyatnya dewa ni.

Jadi, mengikut kepercayaan turun temurun, pada hari Songkran, anak dewa yang bernama Nang Songkran bersama anaknya yang lain akan bawak turun kepala tu dan diarak dalam tempoh hari Songkran tu. Sebab tu lah pada hari tersebut dikatakan panas dan kemarau. Oleh sebab itulah, diaorang kena simbah air antara satu sama lain untuk menyejukkan badan daripada bahang kepala dewa tu.

Kemeriahan waktu pesta air Hari Songkran. Imej dari Says

Ada yang kata Pesta Songkran ni haram, betul ke?

Disebabkan pesta ni merupakan pesta berunsurkan keagamaan dan kepercayaan diaorang, umat Islam tidak digalakkan untuk menyertai pesta ni.

“Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan,” – Datuk Dr. Juanda Jaya, bekas Mufti Perlis, sumber dari Says.

Walaupun aktiviti menyimbah air sewaktu Pesta Songkran ni bukanlah daripada ajaran agama Buddha, tapi aktiviti ni merupakan adat dan kepercayaan masyarakat Siam. Air yang disimbah tu jugak hasil daripada air mandian patung Buddha yang dianggap air suci, disebabkan itulah, umat Islam tak digalakkan untuk sertai Pesta Songkran ni. Selain tu, kena tengok jugak dari segi aspek pembaziran air tu semua, Islam kan tak galakkan kita membazir…

Antara suasana waktu Pesta Songkran. Imej dari Giphy

Dan kebiasaannya, Pesta Songkran ni bukan saja dipenuhi dengan aktiviti menyimbah air ataupun pesta air. Ia jugak dipenuhi dengan aktiviti dan ritual-ritual keagamaan lain. Sebelum pesta air tu dijalankan, masyarakat Siam akan bersembahyang dan melumur wangian ke atas patung Buddha tersebut, dalam pesta tu jugak akan ada sami yang mengetuai upacara tersebut. Bukan saja-saja nak simbah air tau.

Tujuan Pesta Songkran ni diadakan di Malaysia hanya untuk bagi kemudahan kat masyarakat Siam dan Thailand yang menetap kat Malaysia. Selain tu, untuk mengetengahkan budaya Thailand dalam kalangan rakyat Malaysia. Dan, kat Perlis pesta ni diadakan sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelancong dan aktiviti tu memang dah tertakluk dalam kalendar pelancongan kat Perlis.

Eh macam kenal je siapa. Diaorang pun kena lumur bedak jugak waktu simbah air tu. Imej dari mStar

Tapi kalau ada pengunjung yang nak merasai pengalaman dalam pesta ni dengan tujuan untuk memahami budaya masyarakat tertentu, takdelah kena tangkap terus. Cuma tak digalakkan untuk join je, bukan diharamkan terus. Tapi apa salahnya kan nak tahu dan kenal dengan budaya orang lain, yang penting kena penuh iman di dada lah. (Hehe).

Bukan orang Thai je yang excited tau. Imej dari Krabi by Hotels.com

Bagi pendedahan mengenai amalan budaya baru

Pesta Songkran yang baru saja diadakan di Alor Setar, Kedah hari tu anjuran Kelab Aerobik Rimba (RAC) adalah untuk bagi pendedahan bagi penduduk banda raya mengenai kemeriahan Pesta Songkran ni. Selain tu, aktiviti yang diadakan menerusi Pesta Songkran tu lebih menerapkan mengenai tradisi budaya Siam tu sendiri.

Jadi, rakyat Malaysia yang turut serta dalam pesta tersebut dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai budaya dan amalan tradisi masyarakat luar. Dan dalam pesta yang diadakan tu, takde unsur-unsur agama yang boleh pesongkan akidah umat Islam, hanya hiburan untuk mengetengahkan budaya dan kemeriahan je.

“Selepas ini, saya tidak akan lepaskan peluang menyertai pesta ini dan orang tempatan sudah tak perlu ke Thailand, cukup di sini. Memang seronok dan meriah,” – Norhayati Rejab, pengunjung yang menyertai Pesta Songkran, sumber dari My Metro.

Antara acara yang ada waktu Pesta Songkran. Imej dari iTourism

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA)

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)