Tun Razak, gunakan seragam Jepun untuk jatuhkan Jepun. Ini kisahnya

Baru-baru ni ramai orang kecoh pasal sebuah program anjuran Pejabat Konsulat Jepun dari Pulau Pinang, Persatuan Sejarah Malaysia (Cawangan Kedah) dan Muzium Negeri Kedah mengadakan Majlis Perasmian Tugu ‘Wira’ Jepun di Alor Setar. Program ni dikatakan telah mengkhianati perjuangan rakyat terdahulu sebabnya Jepun adalah negara yang telah menjajah kita.

Ini banner program tu. Imej dari PATRIOTS

Macam biasalah, kalau ada isu-isu macam ni – mestilah social media influencer era Malaysia Baharu akan ambik port, siapa lagi kalau bukan Najib Razak. Dia ada komen kat Facebook – katanya ada orang nak kaitkan Barisan Nasional dengan tugu peringatan Jepun, tapi Najib kata benda tu dah memang ada sejak zaman penjajahan lagi. Dia juga sempat bahan Pakatan Harapan – sebab menurut Najib benda macam ni tak patut berlaku.

Tapi, apa yang buat kitorang terkejut…

Ada orang dakwa Tun Razak sebenarnya tentera Jepun…

(Subtopik ni sehingga subtopik hasil daripada risikan ‘orang dalam’ telah sebabkan 40 askar Jepun terkorban, kitorang rujuk artikel Faris Jamaludin di PATRIOTS)

Bagi yang terlupa, Tun Abdul Razak adalah ayah kepada Najib Razak. Sebab tu orang kaitkan posting dia pasal tugu Jepun dengan Tun Razak…

Ini adalah salah satu komen pengguna FB berkaitan isu Tun Abdul Razak ni. Imej dari Facebook

Macam yang korang dah tahu, kitorang ni bukanlah penyokong mana-mana parti politik atau ahli politik, #bukanmacai. Tapi kitorang rasa, ada baiknya jugak kalau kitorang sembang benda sebenar kat korang. Sebabnya nak tuduh seseorang tu ikut askar Jepun hanya sebab dia ada sekeping gambar pakai baju tentera Jepun – macam gelojoh sangat je.

Sebelum sembang panjang, korang kena tahu – Tun Razak pada tahun 1939 sebenarnya berkhidmat di bawah Malay Administrative Service (MAS) yang jadi asas kepada perkhidmatan awam yang ada pada hari ni. Oleh sebab penglibatan dia dalam MAS ni – dia diberikan biasiswa untuk sambung pelajaran kat kat Kolej Raffles masa tu. Bila meletus je perang, dia terpaksa balik semula ke Kuantan.

Tun Abdul Razak. Imej dari DinMerican

Habis tu, sebab apa Tun Razak guna baju tentera Jepun?

Nak dijadikan cerita, apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, diorang ambik keputusan untuk panggil semula kakitangan awam yang pernah berkhidmat masa zaman British. Benda ni dilakukan untuk mudahkan kerja-kerja pentadbiran Jepun, sebabnya kebanyakan askar Jepun masa tu manalah reti nak cakap bahasa Melayu.

Macam korang dah belajar dulu kat sekolah menengah – masa Jepun menjajah Tanah Melayu; diorang perkenalkan banyak dasar yang cuba ‘men-JEPUN-kan’ orang Tanah Melayu. Salah satu polisi yang diorang perkenalkan adalah latihan “seishin”. Latihan ni adalah latihan lasak dan bersifat kententeraan untuk diambik oleh penjawat awam yang ada kat Tanah Melayu masa tu.

Ingat lagi gambar ni yang ada kat buku teks sejarah kita? Imej dari ehm.my

Apa yang buat kitorang terkejut, sebenarnya penglibatan Tun Razak sebagai penjawat awam pada zaman Jepun ni jadi permulaan untuk dia mula jadi ‘pemberi maklumat’ tentang tentera Jepun kepada askar wataniah. Kalau korang nak tahu, Tun Razak adalah di antara 250 askar wataniah pertama yang direkrut di Batu Malim, Raub.

Lagi best, Tun Razak dinaikkan pangkat ke Pegawai Daerah. Lagilah senang dia buat kerja untuk hantar maklumat kepada askar wataniah. Masa tu ada je orang yang nampak Tun Razak ni macam pengkhianat sebab kerja dengan Jepun, padahal diorang tak tahu Tun Razak bertindak sebagai perisik.

Macam ni kot kalau korang jadi SPY. Imej dari Giphy

Hasil daripada risikan ‘orang dalam’ telah sebabkan 40 askar Jepun terkorban

Kalau orang sekarang sebut ‘kabel’, nak masuk kerja kenalah ada kabel. Tapi tugas Tun Razak masa tu bukan nak rekrut orang masuk kerja – tapi bagi maklumat penting kepada wataniah kita. Hasil daripada maklumat orang dalam ni telah sebabkan aktiviti-aktiviti untuk sabotaj dan serang tentera Jepun lagi efektif.

Oleh sebab serangan-serangan yang dilakukan oleh tentera wataniah ni gempak gila, orang Jepun mula je curiga; diorang terfikir mesti ada pengkhianat dalam kalangan diorang. Kehebatan tentera wataniah kita ni turut tarik perhatian askar British – kumpulan ni digelarkan Force 136. Pada awalnya diorang tak percaya sangat dengan tentera Melayu, sebabnya diorang nampak Melayu macam pro-Jepun.

Gambar askar Melayu kat ibu pejabat Force 136 pada tahun 1944. Imej dari Pintrest

Masa pasukan Force 136 melakukan pendaratan kat Pahang, tentera wataniah kita adakan perjumpaan dengan diorang. Mula dari sinilah Force 136 berikan bantuan kepada tentera wataniah kita untuk serang Jepun. Diorang harapkan tentera wataniah kita untuk adakan serangan atau sabotaj terhadap Jepun.

Kemuncak kewujudan orang dalam ni berlaku apabila Leftenan Yakin ketuai 20 orang anak muda askar wataniah untuk melakukan serang hendap ke atas konvoi tentera Jepun yang sebabkan 40 tentera Jepun terkorban dan lebih 41 buah kenderaan tentera dimusnahkan. Kejayaan serangan ni berlaku disebabkan peranan penting Tun Razak dan kakitangan kerajaan yang beri maklumat time tu.

Korang kena hati-hati bila lakukan kecaman, jadilah pembawang berhemah

Pasal isu tugu peringatan tentera Jepun kat Kedah tu, nampaknya kerajaan Kedah dah mintak maaf. Dan kitorang rasa benda tu tak payahlah nak dibesar-besarkan lagi, sebab tak berfaedah pun. Wakil kerajaan Kedah kata kesilapan tu timbul apabila syarikat yang cetak papan maklumat dan kain rentang majlis perasmian tugu Jepun tu tersalah terjemah maklumat yang disediakan pihak Konsulat Jepun.

Pemuda MCA Kedah gantung banner tanda protes kat tugu tu. Imej dari Blog CucuTokSelampit

Hahhh…untuk kaki membawang pulak, korang kena pastikan korang tahu apa isu yang korang gosipkan. Sebabnya kita kenalah jadi orang yang bergosip dengan fakta – takdelah korang malu nanti bila tengah sedap-sedap bergosip, ada pulak orang betulkan dan beritahu yang korang cakap benda yang tak betul.

Macam kes Tun Razak ni lah, sekeping gambar je tak boleh ditafsir sesuka hati. Sebabnya kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jadinya, hari ni kita tahu jasa Tun Razak sebenarnya bukan setakat semasa dia jadi Perdana Menteri, tapi sebenarnya sebelum zaman merdeka lagi. Korang pulak, apa jasa korang pada negara? hashtag sentap…

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka