- 27Share sekarang!
- Email0
- Facebook27
- Share
Amway, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang diterajui usahawan, telah memperkenalkan Penulen Air eSpring™ baharunya untuk membantu rakyat Malaysia memerangi pengambilan mikroplastik berbahaya, sisa farmaseutikal dan bahan cemar lain daripada penggunaan air mereka secara berkesan.
Dalam kajian terkini Jurnal Sains & Teknologi Alam Sekitar, Malaysia mempunyai tahap mikroplastik yang tertinggi di kalangan 109 negara yang terlibat dalam kaji selidik. Mikroplastik ditakrifkan sebagai zarah plastik yang bersaiz lebih kecil daripada 5mm yang boleh memasuki tubuh manusia melalui beberapa cara seperti pengambilan makanan dan air. Penduduk Malaysia secara purata mengambil 502.3mg mikroplastik setiap hari per kapita¹, yang bersamaan dengan memakan satu kad kredit setiap minggu.
Menurut laporan berkenaan, zarah plastik ini mencemarkan sistem air dan memasuki persekitaran air tawar dan air masin, sebelum ia tersebar melalui arus air atau udara dan menembusi rantaian makanan. Salah satu daripada pendekatan yang disarankan untuk mengurangkan kehadiran sisa plastik daripada sumber air kita adalah penggunaan sistem air termaju dan amalan pengurusan sisa pepejal yang berkesan. Pelancaran Penulen Air eSpring™ baharu Amway di Malaysia ternyata tepat pada masanya dengan mengambil kira kebimbangan dari segi kesihatan yang kian meningkat terhadap bahaya penggunaan mikroplastik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dikuasakan oleh teknologi LED UV-C terkini, Penulen Air eSpring™ baharu Amway bukan sahaja mengurangkan mikroplastik. Ia berkesan untuk mengurangkan lebih daripada 170 bahan cemar berukuran sekecil 0.2 mikron (atau 300 – 500x lebih kecil daripada sehelai rambut manusia), termasuk 145 bahan cemar yang menjejaskan kesihatan.
Tambahan pula, penuras baharu itu sudah terbukti dapat menuras 19 produk sampingan farmaseutikal – bagi menyediakan Air Sihat untuk Kehidupan Sihat. Berdasarkan kajian terkini yang dijalankan di Putrajaya, sehingga 3.8ng/L daripada sembilan kepekatan farmaseutikal telah dikesan dan ditemui dalam sampel air minuman harian yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan risiko kesihatan ².
Di samping menangani mikroplastik dan sisa farmaseutikal berbahaya, Penulen Air eSpring™ baharu Amway sudah terbukti oleh NSF mampu menghapuskan bakteria sehingga 99.9999%, virus sehingga 99.99%, dan sista bawaan air sehingga 99.9%. Penghapusan bahan cemar berbahaya dengan berkesan, memastikan air minuman mereka bersih dan sihat dengan rasa yang tepat dan mineral yang bermanfaat.
“Amway memberi sokongan kepada kesejahteraan fizikal pengguna menerusi inovasi yang memanfaatkan kuasa mikrobiom, bahan berasaskan tumbuhan dan fitonutrien, serta menyediakan laluan untuk meningkatkan minda yang sihat menerusi empati dan pemahaman mengenai sinergi tubuh dan minda.” – Mike Duong, Pengarah Urusan, Amway Malaysia & Brunei, Indonesia, dan Singapura.
Memandangkan perihal kemampanan terus menguasai perbualan utama masa ini, Amway mendahului dengan produk berwawasan yang dilengkapi teknologi LED UV-C direka untuk bertahan sehingga 10 tahun atau 500 jam (yang mana terdahulu). Justeru, tiada keperluan untuk pelupusan lampu UV tahunan, dengan 25% pengurangan tenaga apabila dalam mod aktif untuk merawat sehingga 5,000L air setahun, yang bersamaan dengan air dalam 10,000 botol plastik 500ml sekali guna yang akan dibuang. Syarikat berbangga dapat memberi sumbangan kepada planet yang lebih sihat menerusi pengurangan kesan alam sekitar. Ia terlaksana dengan penghasilan produk dan penyelesaian yang dicipta secara teliti bagi membolehkan masyarakat menjalani gaya hidup yang mampan seperti yang diketengahkan oleh Penulen Air eSpring™ baharu ini.
Penulen Air eSpring™ baharu ini merupakan jenama pertama dan satu-satunya yang menawarkan sistem rawatan air karbon/UV atas kaunter untuk keempat-empat Piawaian NSF/ANSI: 42, 53, 55 dan 401. Sempena pelancaran berkenaan, Aplikasi Amway™ Healthy Home yang baharu juga boleh dimuat turun bagi membolehkan pengguna menjejaki Peranti Amway kolektif mereka serta pada masa yang sama, menawarkan maklumat produk, kemas kini masa nyata, statistik penggunaan, maklumat perubahan penuras dan lain-lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari eSpring Water Purifier | Home Living | Amway Malaysia.
- 27Share sekarang!
- Email0
- Facebook27
- Share