Apa yang ibu ini korbankan untuk anaknya buat kami sangat tersentuh

Bersempena dengan Hari Ibu yang jatuh pada 8 Mei 2016, kitorang kat SOSCILI buat throwback sikit tentang kisah pengorbanan ibu kat Malaysia ni yang memberi kesan dalam hati masyarakat.

Korang mungkin pernah dengar tentang kisah seorang warga emas Meliah Md Diah, atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Meliah yang tabah menjaga anaknya yang kurang upaya. Berumur 63 tahun, anaknya Abdul Rahman tak sempurna macam insan lain, semenjak diserang sawan selepas beberapa bulan dihasilkan, otot-otot tubuhnya dah lama mengeras.

Kasih ibu sepanjang hayat. Image dari SinarHarian
Tersentuh hati melihat gambar ni. Gambar dari SinarHarian.

Kisah Tok Melia ni dah pun jadi viral dan mendapat perhatian ramai masyarakat satu masa dulu, bukan je kat Malaysia malah kisahnya juga mendapat perhatian hingga ke negara jiran.

Komen dari Facebook.

Selain dari Abd Rahman ni, Tok Meliah ada lagi tiga orang anaknya yang lain termasuk seorang perempuan tapi kesemua anaknya itu jugak turut meninggal dunia pada usia yang muda dan Abd Rahman ni merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Imej dari wowberita.org

“… tak rasa beban nak jaga dia (Abd Rahman). Kalau boleh nak jaga dia sampai bila-bila. Sayang dekat dialah, tak mau pi mana-mana nak dok dengan dia sajalah…” – Tok Meliah, dipetik dari Bernama.

Sejak kematian suaminya 21 tahun yang lalu, Tok Meliah terpaksa menjaga anaknya seorang walaupun kudratnya sendiri pon tak berapa kuat. Setiap hari Tok Meliah akan suapkan nasi kepada anaknya itu sebab Abd Rahman tak boleh makan sendiri. Selain tu, Tok Meliah turut memberi mandi, pakaikan baju dan dudukkan anaknya tu di beranda rumah untuk berehat.

“… meskipon tahap ingatan Tok Meliah semakin lemah disebabkan faktor usia, tapi dia tak pernah lupa nama anaknya serta aktiviti rutin harian yang dilakukan bersama anaknya itu…” – Siti Jaleha Yunus, cucu saudara Tok Meliah, dipetik dari Sinar Harian.

Image dari InfoIslami.com

Tok Meliah tidak mempunyai sebarang pendapatan dan dia hanya bergantung pada bantuan bulanan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah sebanyak RM450 dan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apabila ditanya mengenai usianya yang panjang, Tok Meliah kata beliau banyakkan memakan ulam dan makanan berebus je.

“… Tok bersyukur sebab diberi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk jaga anak istimewa ni. Kalau kata satu hari nanti Tok pergi dulu (meninggal dunia), harap adik beradik lain dapat jaga dia (Abd Rahman) dengan baik…” – Tok Meliah, dipetik dari ohdailynews.

Keseorangan tanpa kasih seorang ibu

Ternyata, hajat Tok Meliah untuk menjaga anaknya hingga keakhir hayat  tertunai apabila dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Ogos 2015 di rumahnya selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

” … Tok Meliah jarang berenggang dengannya malah di saat-saat akhir pemergiannya juga dia tetap mahukan Abd Rahman berada di sisi seolah-olah tidak mahu berpisah dengan anaknya… ” – Siti Jaleha Yunus, cucu saudara Tok Meliah, dipetik dari Kosmo.

…akhirnya Tok Meliah kembali ke rahmatullah. Image dari kosmo

Setelah ketiadaan ibunda tercinta, Abd Rahman sering mengalirkan air mata meratapi pemergian ibunya serta tidak berselera untuk makan.

Siti Jaleha Yunus, cucu saudara Tok Meliah ni lah yang telah diamanahkan untuk menjaga Abd Rahman setelah ketiadaan Tok Meliah dan wang bantuan bulanan yang diterima oleh Abd Rahman tu di gunakan untuk menampung segala keperluan hariannya seperti makanan, perubatan serta lampin pakai buang.

Meliah Md Diah, wanita berusia 101 tahun dari Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang, Kedah, yang pernah menyentuh hati penonton
Berita TV9 dalam paparan Mei lalu kerana kasih dan semangatnya menjaga anak bongsu kurang upaya selama 63 tahun, kembali ke rahmatullah.

Anaknya itu hanya berdiam tanda faham dengan kehilangan orang yang tidak pernah menyesali menjaganya, hingga hujung nyawa.

Posted by Berita TV9 on Friday, August 7, 2015

Kini si anak mengikut ibunya setelah lapan bulan berlalu…

Pada hari Jumaat lepas (29 April 2016), Abd Rahman pulak menghadap Ilahi selepas lapan bulan kepergian ibunya itu. Abd Rahman meninggal di rumah sepupu yang menjaganya setelah kematian ibu tercinta.

Image dari Kisahdunia.com

Pelbagai respon dari netizen yang menzahirkan perasaan sedih mereka di atas kematian Abd Rahman :

Tetapi… ianya berlainan pula dengan kisah ni dimana si anak tergamak membuang ibunya sendiri…

Ratapan si ibu tua yang dibuang anak

Ni pulak merupakan antara kisah yang pernah menjadi viral di mana si anak sanggup buang ibu mereka sendiri! Korang ingat lagi tak kisah di Johor Bahru di mana si ibu tua berusia 70-an berlari 20 meter menggendong bungkusan baju untuk kejar kereta anaknya kerana mahu mengikut si anak pulang sambut Aidilfitri di rumah.

Image dari amelda hayati lubis

Ketika kecil si ibu menjaga dengan baik, tapi bila dewasa anak-anak ni sanggup berkelakuan seperti tanggang. Apa yang mengejutkan kitaorang ialah ada anak yang sanggup buang ibunya tu sebab dia cakap ibunya bawa sial dan anak-anak hanya datang melawat untuk minta tandatangan borang jual rumah! 

Ibu dianggap malang dan pembawa sial. Image dari amekaw.com

Korang rasa berbaloi ke jika perlakukan ibu seperti tu? Sedangkan ia sudah mendidik korang sedari kecil.

Hargai ibu korang selagi masih berkesempatan..

Mesti korang merindukan ibu di kampung halaman kan terutama bagi yang duduk di perantauan. So apa korang tunggu lagi? sebagai anak, ni adalah masa yang sesuai untuk korang luangkan masa bersama ibu selagi mereka masih ada sebelum korang terlambat. Sesungguhnya, pengorbanan ibu itu adalah sangat besar dan tidak ternilai.

Dipetik daru Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, sentuhan ibu sentuhan kasih, boleh membawa ke Syurga Firdausi. Ciumlah tangan ibu, sebelum ibu pergi bertemu Illahi dan takkan kembali lagi…

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. Dipetik dari alquraniqradigital.com

Selamat Hari Ibu dari SOSCILI!!

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)