Rasa bazir makan kat bufet? Korang lupa caranya…

Minggu lepas, kawan-kawan kami di Sunway Resort Hotel & Spa ajak kitorang menjamu selera dekat Jemput Makan Dinner Buffet diorang. Kalau korang nak tau, bufet ni ada lebih daripada 400 HIDANGAN MAKANAN bertema bazar dan hanya akan berjalan hingga 14 Jun. Harganya RM178 untuk dewasa, tapi kalau nak menikmati bufet ni dengan harga istimewa RM98, ambil la kesempatan tempoh diskaun diorang dari 11 hingga 14 Jun!

Bufet ni ada punyalah banyak makanan, sampai kitorang kena pakai seluar longgar nak muatkan perut…

Sori la pergi hotel mewah pakai baju tak senonoh. Ni demi sains.

Tapi sebelum kita lawat bufet diorang, kita mintak korang kongsi tip-tip yang korang guna untuk makan lebih. Sini, kita bahagikan tip-tip kepada SEBELUM dan SAMBIL tengah makan.

 

SEBELUM MULA MAKAN… 

1. “Pergi bersenam sebelum makan!” – Tan Yu Yong

  • Berapa banyak dapat makan: “Banyak!”
  • Dari mana dapat tip ni: “Saya kerap pergi gym dan saya sedar bahawa saya boleh makan lebih daripada dua jam terus selepas berlatih.”

“Jika kita bersenam, metabolisme kita akan lebih tinggi, dan kita boleh makan lebih banyak,” kata Tan Yu Yong. “Pada hari tu jugak, pergi bersenam, mandi, pastu terus ke bufet.”

Mengikut tip ni, kitorang hantar pengurus pengarang CILISOS, Lydia untuk cuba sebab dia memang biasa bersenam tiga kali seminggu.

Si Lydia berpura-pura senyum, padahal dah nak mati sebenarnya.

“Tadi saya makan tengah hari lewat pada pukul 3PM, dan bila saya sampai gym pada pukul 6PM, saya masih kenyang… jadi macam mana nak makan bufet ni?!

Lepas saya habis bersenam pun (masa ni dah nak mati dah), saya masih kenyang. Tapi peliknya, lepas mandi, saya tetiba rasa lapar betul dan macam boleh makan satu ladang. Gila betul.” – Lydia, CILISOS.

Sebenarnya tip ni pun agak jelas. Kalau bersenam membakar kalori, tentulah badan akan memerlukan lebih kalori lepas dah bersenam, kan? Ni memang dah dikaji banyak kali, dan ada ia telah didapati bahawa badan kita akan mengeluarkan ghrelin (hormon kelaparan untuk orang tak pas bio) selepas bersenam. Jadi kalau korang nak makan tapi masih kenyang, cuba la tip ni kalau nak lapar.

Keputusan: 100% jadi! Cuba la! 

2. “Makan setengah buah limau 30 minit sebelum makan.” – Rachel Low

  • Berapa banyak dapat makan: “Dei. Saya makan lebih kurang lima hidangan salmon dan ais krim, dan dua hidangan daging-daging di bufet Jepun… dah la saya baru je 16 tahun!”
  • Dari mana dapat tip ni: “Pengalaman.”

Petua yang kami dapat dari Rachel ni sebenarnya agak mudah. Setengah jam sebelum makan bufet, makan separuh sebiji limau. Takda hal kan?

Aduhai masamnya…

“Sebab limau tu memang masam, saya pun terkejut beruk la. Tapi saya tak rasa ia membantu saya makan lebih.

Oh, satu lagi… ni dah dua hari tapi gigi saya masih sakit sebab gigit limau tu…” – Lydia

Ikut kata pakar pemakanan Dr Josh Ax, jus limau adalah umpama jus pencernaan perut. Jadi ia boleh jadi pengganti hati untuk menghasilkan hempedu bagi membantu makanan melalui badan dengan lancar. Namun, tak semestinya ia boleh membantu korang makan lebih. Satu kajian menunjukkan yang limau sebenarnya boleh mencegah korang makan berlebihan! Jadi kalau nak makan bufet, ni mungkin tak membantu sangat.

Keputusan: 1 cili. Cuba sekali dah cukup la. 

3. “Minum BANYAK air untuk luaskan perut” – Caleb

  • Berapa banyak dapat makan: “3 jam dekat bufet Jepun a la carte dengan pelbagai pinggan-pinggan udang, sashimi, daging, dll”
  • Dari mana dapat tip ni: “Kajian Google.”

“Pada hari bufet, minum air BANYAK dan makan karbohidrat putih je (contohnya nasi putih, roti putih)”, kata Caleb. “Kedua-duanya akan meluaskan perut korang, dan karbohidrat putih akan dicerna dengan cepat supaya korang akan lapar balik sebaik sahaja waktu makan”.

Untuk cuba strategi ni, ketua pengarang CILISOS, Chak minum sebanyak 3 liter air (biasanya dia minum 1 liter je) dan sepinggan roti canai. Sepanjang hari sebelum bufet tu, dia merungut je tak habis-habis.

Yang dia paling stress, berapa banyak kali dia kena pergi tandas sebab minum banyak sangat.

“Pergh tak sampai setengah hari, kencing saya pun dah macam air mineral. Tapi strategi ni agak berkesan la.

Saya memang lapar sepanjang hari tu sebab langsung tak makan daging. Jadi masa bufet, saya memang rasa macam saya dapat makan lebih. Tapi tu pun mungkin sebab saya langsung tak sentuh karbohidrat kat bufet tu” – Chak, Ketua Pengarang CILISOS

Sebenarnya, memang ada orang berlatih mengembangkan perut diorang dengan air! Kitorang jumpa rutin latihan seminggu, tapi ada juga rutin yang dilakukan untuk berbulan-bulan. Tapi kalau nak buat latihan ni, kena berhati-hati sebab ia boleh merosakkan buah pinggang korang. Cara terbaik adalah untuk berlatih dengan makan DAN minum.

Idea Caleb ni pun sebenarnya bijak jugak. Karbohidrat putih memang boleh dicerna dengan lebih laju, walaupun ia tidak mengandungi nutrien yang mencukupi. Tapi takpalah, semua khasiat tu boleh dapat dekat bufet nanti ;)

Keputusan: 80% jadi! Memang berbaloi kalau korang cuba, tapi pastikan korang dekat dengan tandas sepanjang hari. 

 

SEMASA TENGAH MAKAN… 

4. “Kunyah chewing gum antara setiap pinggan” – Wong Yee Ling

  • Berapa banyak dapat makan: “Saya dapat sapu punyalah banyak makanan laut sampai terpaksa berkhemah di stesen sambil diorang mengisi semula makanan tu.”
  • Dari mana dapat tip ni: “Saya memang dari keluarga berpendapatan rendah dan kita memang jarang berpeluang bermakan bufet. Jadi bila dapat, kita akan pikir cara kreatif untuk dapat sebanyak semungkin.”

“Saya biasa bawak satu pek gula-gula getah untuk bersihkan lelangit saya sebelum menyambung memakan” – Yee Ling.

Jadi, Chak pun membawa bersamanya satu pek Xylitol dan mengunyah satu biji selepas setiap pinggan makanan. Kesian jugak sebab dia kena makan LAPAN biji gula-gula getah malam tu, tapi untung la kita tak payah dengar dia cakap.

Tengok mulut besar macam tu pun korang tau mesti dia cakap banyak.

“Mengunyah gula-gula getah membantu sikit la, tapi saya berjalan merata-rata jugak, jadi makanan tu memang dah dicerna pun” – Chak

Jadi apa penjelasan di sebalik ni? Mengunyah gula-gula getah sebelum atau selepas makan menyebabkan badan mengeluarkan air liur, yang kemudiannya mengeluarkan lebih banyak asid dalam perut. Ini pula akan membantu badan korang mencerna makanan dengan lebih baik.

Tapi kalau nak guna gula-gula getah untuk merangsangkan selera, Chak berkata ia tak begitu efektif.

Keputusan: 10%. Boleh cuba, tapi lain kali mungkin guna pembersih langit-langit lain seperti coklat gelap atau keropok pulak.  

5. “Estimate harga sepinggan dan makan sampai cukup harga yang dibayar bufet tu.” – Kuzairy Safiyan

  • Berapa banyak dapat makan: Takda lah banyak, tapi tak rugi banyak.
  • Dari mana dapat tip ni: Bapak Kuzairy yang ajar.

“Selalunya aku akan buat estimate harga sepinggan sampailah cukup dengan berapa harga yang aku bayar bufet tersebut. Contohnya, makanan pertama yang diambil kau letak rm10. Pinggan kedua ambik rm15, dan seterusnya sampai cukup harga yang kau bayar bufet tu” – Kuzairy Safiyan

Untuk cuba strategi ni, kami dapatkan Chak untuk mengira makanannya kerana dia memang jenis kedekut yang suka berkira. Jadi dengan setiap pinggan makanan yang diambil, dia menganggar harga pinggan tersebut berdasarkan harga-harga yang boleh didapati dari restoran-restoran mewah.

Ni anggaran-anggaran yang dibuatnya untuk setiap pinggan makanan yang diambil.

Tekan untuk besarkan gambar!

Jadi kalau kira balik harga keseluruhan pinggan-pinggan yang diambil dari bufet itu, harga makanan yang Chak berjaya makan boleh dianggarkan berjumlah… RM329! Bufet Jemput Makan tu pulak RM178 je untuk setiap dewasa, jadi ternyata Chak memang makan dengan cukup berbaloi (Sunway Resort Hotel & Spa patut letak nama dia kat senarai hitam bufet diorang).

Ni pun tak kira lagi benda-benda lain seperti cappucino dan gelas-gelas air asamboi jambu yang Chak minum tau.

“Sebenarnya strategi ni betul-betul menyeronokkan. Terdapat beberapa makanan dengan harga yang mahal macam sashimi, durian, dan makanan laut yang memang berbaloi untuk duit korang di sini. Makanan-makanan yang ada pun dimasak dengan sangat baik secara keseluruhannya (betul… tak tipu)” – Chak, Ketua Pengarang CILISOS.

Keputusan: 5 cili strategi yang berguna lagi menyeronokkan. 

6. “Tambah sayur untuk melancarkan pergerakan usus korang” – Faisal Suhaimi

  • Berapa banyak dapat makan: Makan pizza satu kotak sorang-sorang, pahtu makan spaghetti, pahtu makan maggi, pahtu makan chips, pahtu makan coklat. Pernah gak beberapa kali makan bufet sushi, dan paling kurang, dapat makan 40 ketul malam tu jugak.
  • Dari mana dapat tip ni: Dari YouTube, tengok ada orang yang boleh makan sampai 10,000 kalori sehari. Rupa-rupanya tak mustahil kalau ikut panduan untuk makan sebanyak tu.

“Trick kat sini… tambah la sayur lagi, sebab kalau tak, nanti dapat sembelit. Tak pasal-pasal kena ambik laxative untuk melancarkan pergerakan usus korang. Kalau tengah-tengah makan rasa nak buang air, pergi la kosongkan perut supaya boleh makan lagi” – Faisal Suhaimi

Mula-mula, strategi ni memang masuk akal. Ini kerana salah satu cara untuk meningkatkan selera adalah dengan makan bahan-bahan makanan yang berkhasiat tinggi macam sayur-sayuran dan buah-buahan. Lagi-lagi, kerana sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu melancarkan proses membuang air, ia akan mengosongkan ruang perut yang membolehkan kita makan lebih.

Tapi, bila Chak cuba teori ni di bufet tu, dia tak rasa kagum.

“Kalau ambik pil serat pun, awak masih kena tunggu 12-48 jam untuk ia berkesan. Ni pulak baru makan sayur-sayuran, takkan boleh terus rasa macam nak buang air kat situ jugak.

Sepanjang masa aku makan, aku tak berasa macam nak buang air. Biasanya aku akan buang air besar pada pukul 8 setiap malam, tapi malam ni aku hanya dapat buang air besar lepas balik ke rumah pada pukul 10.30 malam. Lepas tu pun, aku masih rasa kenyang lagi, jadi aku tak rasa tandas mewah Sunway Resort Hotel & Spa pun boleh bantu untuk makan lebih” – Chak

Keputusan: 0 cili. Bagus untuk dapatkan makanan berkhasiat, tapi tak berkesan langsung pun.

7. “Kunyah sehingga 44 kali.” – Aliff Saiman

  • Berapa banyak dapat makan: “Dapat rasa semua makanan yang ada, sebab perut ada ruang.”
  • Dari mana dapat tip ni: “Keadaan sekeliling, YouTube, rakan-rakan, dan sebagainya.”

“Jangan ambil nasi sebab ia akan menampatkan ruang di perut dan kunyah sehingga 44 kali supaya mudah hadam” – Aliff Saiman

Sebenarnya ramai je yang cadang kitorang jangan makan nasi. Tapi tip kunyah 44 kali ni pulak berasal daripada hadith tabiat makan Nabiia sebenarnya PALSU. Walau bagaimanapun, kita dapatkan editor SOSCILI, Iqbal untuk cuba tip ni supaya kita dapat tengok sama ada ia membantu dia makan lebih atau tak. Biasanya, dia telan makanan macam vacuum cleaner. Jadi kalau dia terpaksa kunyah, boleh la kita tengok sama ada tip ni berkesan atau tak.

Dah selalu makan macam ular, Iqbal memang tak biasa makan macam manusia pulak.

“Masa aku cuba tip ni, aku terpaksa menahan diri daripada menelan selagi makanan tu belum dikunyah sebanyak 44 kali. Sebenarnya, tip ni memang susah kalau makanan tu lembut, macam ikan atau daging kisar, sebab memang tak payah dikunyah banyak mana pun. Tapi bagi makanan yang liat macam daging atau kupang, sakit rahang terpaksa kunyah macam tu.

Ni dua hari dah lepas pun rahang masih sakit.” – Iqbal, Editor SOSCILI.

Akhirnya kitorang sedar yang tip ni memang tak boleh pakai. Satu kajian telah mendapati bahawa peserta-peserta yang mengunyah 40 kali telah makan 12 peratus lagi sikit daripada mereka yang hanya mengunyah sebanyak 15 kali. Jadi tip ni bagus kalau nak jaga badan, tapi kalau kita nak makan lebih… tak payah la nak kunyah lebih-lebih.

Keputusan: 0 cili! Dah la hadith palsu. Buat sakit rahang je.

8. “Jangan minum air langsung.” – Ezwan Azizul

  • Berapa banyak dapat makan: Ketam size jumbo sekor, nasi putih 4-5 pinggan minimum.
  • Dari mana dapat tip ni: Pernah tengok world championship pertandingan makan burger. Perempuan yang menang. Dia cakap makan rilek dan sabar, jangan gelojoh, dan kurangkan minum.

Jangan minum air langsung waktu makan kalau boleh,” tulis Ezwan. “Minum 5-10 minit sebelum makan. Dah habis makan, baru minum air”.

Dah la kena kunyah 44 kali. Pastu takleh minum pulak.

Bagi Iqbal, tip ni mencabar sikit sebab sebelum mula pun dia dah dahaga. Untuk cuba strategi ni, dia dibenarkan minum tak lebih dari 10 sip air sepanjang masa dia makan dan juga tak dibenarkan mencuba hidangan-hidangan berkuah macam sup gearbox.

“Sebenarnya, tip ni jadi jugak. Yang susah cuma bila makan makanan masin seperti udang kertas goreng atau benda-benda pedas macam sambal. Masa tu bila rasa nak minum, boleh la ambik satu sip air sekadar nak basahkan bibir.

Tapi saya memang perasan ia berkesan sebab sepanjang masa tengah makan, perut memang tak rasa kembung. Setelah habis makan je dan minum dua gelas air bandung dan air tebu, baru rasa macam nak meletup” – Iqbal

Ye lah, biasanya salah satu sebab perut boleh terasa kembung adalah kalau air tu diminum secara banyak-banyak dengan laju-laju kalau baru habis makan. Namun, sebagai taktik untuk makan lebih di bufet, menahan diri dari minum memang berguna kalau nak jimat ruang perut untuk makanan.

Keputusan: Memang power. Kalau dahaga tu, tahan la minum sampai lepas habis makan.

9. “Pilih makanan yang berlainan suhu setiap kali” – Leonie Luar

  • Berapa banyak dapat makan: “3-4 pinggan makanan laut, 5-6 pinggan tempura, sashimi, dan hidangan lain-lain… dan juga berketul-ketul daging.”
  • Dari mana dapat tip ni: “Ikut akal. Dah memang nak jadikan berbaloi.”

“Elakkan semua kabohidrat, ambik semua makanan laut, elak makanan berkuah, makan makanan masam, dan pilih makanan yang berlainan suhu setiap kali (sejuk, panas, sejuk, panas)” – Leonie Luar

Ni jalan pemakanan Iqbal.

“Saya mula makan bufet tu dengan sashimi dan ulam sebab tu makanan sejuk, dan kemudian, saya cuba pula kambing golek dengan sayur bakar sebab tu makanan panas.

Lepas tu, saya cuba pulak hidangan makanan laut sejuk. Ketika tu, badan saya rasa macam saya baru mula makan makanan pembuka selera dan ia menipu pemikiran kita yang kononnya kita baru mula makan.” – Iqbal

Selepas makan hidangan makanan laut sejuk itu, Iqbal teruskan dengan makan hidangan itik, cendawan dan udang kertas goreng (yang tak sangka punyalah sedap). Kemudian dia sambung makan sayur-sayuran masakan Arab sejuk. Lepas tu pulak, spaghetti, shepherd’s pie, dan kentang bakar yang sangat sedap.

Masa ni dah mula kenyang, jadi dia pergi pulak ke meja pencuci mulut di mana dia dapat telan puding mangga, kustard durian, dan karamel kopi sejuk, sebelum menamatkan makan malamnya dengan puding roti coklat hangat bersama dengan ais krim. Habis telan je ais krim tu, Iqbal pun tersenyap tak tercakap apa-apa sebab seolah-olah dijampi bomoh. Kagum jugak kitorang tengok.

Keputusan: 4 cili kali ni, dapat sumbat sampai DUA hidangan pencuci mulut. 

10. “Cuba makan hidangan pemula, utama, dan pencuci mulut ikut turutan dan berulang.” – Katelyn Su

  • Berapa banyak dapat makan: “Secara purata, 7 pinggan makanan laut, daging, dan segala makanan kegemaran saya”.
  • Dari mana dapat tip ni: “Dari melatih diri setiap kali makan bufet.”

Seperti tip #9, Katelyn bagitahu kami, “Ambil setiap hidangan cukup untuk beberapa sudu je supaya tak membazir”. “Kalau nak sambungkan makanan, korang boleh cuba pusingan pemula, hidangan utama, dan pencuci mulut berulang kali“, katanya lagi. Lydia pun cuba la tip ni, dan mendapati pengalaman dia sama macam Iqbal tadi.

Syukur ya ampunnnn.

“Mula-mula, saya agak ragu. Biasanya, sebaik sahaja saya makan pencuci mulut, saya akan rasa CUKUP. Tapi bila saya cuba tip ni, saya rasa macam saya sedang menipu badan saya.

Saya dapat makan sebanyak TIGA ROUND makanan pemula, utama, dan pencuci mulut. Oleh sebab itu saya dapat rasa hampir semua makanan kegemaran saya, termasuklah ais kacang dengan durian, kek keju durian, dan sup gearbox.

Last-last sekali pun saya berhenti hanya sebab Chak dengan Iqbal dah buat muka nak tidur” – Lydia

Ambil sikit-sikit daripada setiap hidangan juga membantu. “Terdapat lebih daripada 400 hidangan nostalgia dekat bufet tu, jadi kalau saya makan mana-mana satu lebih, tentu saya tak akan dapat cuba yang lain,” tambah Lydia.

Keputusan: 5 cilisos! Petua ni memang gempak. 

Haihhhhhh terima kasih pada semua yang beri tip! Dan kepada pemenang, korang dapat makan free! ?

Pergh, banyak betul entri-entri korang – jadi terima kasih la kepada semua yang menghantar entri korang kat kami! Kepada pemenang-pemenang kita di atas, korang boleh check emel korang untuk 2 tiket kepada Jemput Makan Dinner Buffet dekat Sunway Resort Hotel & Spa.

Kepada yang lain, kalau korang guna kad kredit Maybank/AMEX/UOB Bank/Public Bank pula, korang boleh dapat promosi 25% daripada Jemput Makan Dinner Buffet ni. Dan dengan Sunway Pals, korang juga boleh dapat 2x ganda mata ganjaran!

Sementara tu, terima kasih kepada Sunway Resort Hotel & Spa kerana belanja kami makan. Sekarang boleh la kita tidur nyenyak…

Tengok semua muka tak tau malu ni.