- 893Share sekarang!
- Email5
- Facebook888
- Share
Baru-baru ni kecoh bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dr Mujahid Rawa kata takde lagi serbuan khalwat akan dilakukan. Kalau korang tengah senyum-senyum kambing, korang tengah rancang eh? Jangan marah, kami gurau. Kenyataan Dr Mujahid ni buat ramai yang mengamuk dan ingin berjihad menentang sebab diorang nak pastikan Islam di Malaysia sentiasa dipertahankan!
Dari mufti sampailah orang yang baru belajar alif ba ta ambil peluang untuk lakukan kecaman terhadap Dr Mujahid. Diorang kata – kalau serbuan macam ni tak dilakukan, maka bertambahlah maksiat kat Malaysia. Kalau dah takde serbuan, mesti diorang boleh bermaksiat dengan nyaman.
Sebelum korang nak berjihad melawan kenyataan Dr Mujahid, korang kena tahu beberapa hal tentang bidang kuasa kerajaan negeri dan tajassus. Biar kitaorang mulakan dengan…
Kerajaan negeri berkuasa mengubal undang-undang agama Islam
Masa Dr Mujahid dilaporkan buat kenyataan tiada serbuan maksiat, Ketua Pemuda UMNO kata Mujahid takde apa-apa kuasa untuk ubah benda ni sebab hal-hal agama Islam dalam bidang kuasa sultan negeri masing-masing. Kalau korang nak tahu – kat Malaysia ni, dalam Perlembagaan Persekutuan hal ehwal Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.
“Pertama sekali saya tak pasti dia cakap dalam keadaan sedar atau tidak. Dia bercakap seolah dia punya ‘authority’ (kuasa) dan melangkaui Raja Melayu. Seolah-olah dia mempunyai kuasa paling tinggi dan besar. Raja Melayu ada kuasa menentukan hal agama negeri masing-masing.” – Asyraf Wajdi, dipetik dari AWANI
Inilah keunikan konsep federalisme kat Malaysia, Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing mempunyai kuasa tertentu untuk gubal undang-undang. Diorang macam ada sempadanlah, takdelah semua benda kena dilakukan di Parlimen je, nanti tak functionlah DUN. Kalau korang fikir secara logik, masuk akal – sebab setiap negeri ada suasana dan keperluan yang berbeza.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ehwal Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Hal yang demikian dapatlah difahami kerana Sultan adalah Ketua Agama bagi negerinya.” – Dipetik dari UTUSAN
Hahh..sekarang korang dah tahukan sultan atau raja yang ada kuasa untuk hal berkaitan agama Islam kat sesebuah negeri, jom kita sembang bab serbuan maksiat. Sebelum kita bincang bab serbuan ni, ada satu term yang korang kenta tahu – tajassus…
Perbincangan tajassus yang ramai tak tahu
Kalau korang tak tahu perkataan tajassus, korang tak perlu risau sebab korang tak bersendirian. Kitaorang tengok ramai je yang tak tahu benda ni – sebab tu diorang terus buat kesimpulan Dr Mujahid buat kenyataan yang salah. Bagi yang tak tahu tajassus ni, maksudnya;
“Mencari cari keaiban dan mendedahkan apa yang telah disembunyikan oleh manusia.” – Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah, dipetik dari Bayan Linnas
Korang kena faham dalam bab agama Islam memang agamawan dah cerita tentang benda ni, dan diorang pun masih banyak berbeza pandangan. Maksudnya ada ulama yang kata boleh intip dosa peribadi orang, dan ada yang takleh. Kalau boleh pun, tajassus tu kenalah dibuat bila korang dah confident gila babs.
Kat Malaysia ni, banyak je kes yang melibatkan serbuan khalwat. Kalau korang masih ingat, kitaorang pernah tulis artikel pasal serbuan maksiat ni. Pernah sekali tu – ada pasangan suami isteri siap saman Jabatan Agama Wilayah Persekutuan. Masa tu, pasangan ni dakwa diorang ditahan semasa serbuan maksiat, padahal diorang dah berkahwin.
Mari kita tengok apa pandangan agamawan pasal boleh ke tak boleh nak serbu-serbu rumah orang ni…
Ulamak ni kata dosa peribadi tak boleh dihebahkan
Sebelum korang terlupa, penulis SOSCILI bukan ustaz ustazah yer – kitaorang ambil pandangan mufti atau ulama yang dah terbukti keilmuan diorang. Sebelum kitaorang bincang tentang operasi serbuan, korang kena tahu bezakan di antara dosa peribadi dan dosa awam. Dosa peribadi ni hanya akan beri kesan pada dirinya, kalau dosa awam pulak akan libatkan orang lain.
Dosa peribadi ni contohnya – zina, minum arak atau berjudi. Dosa awam pulak macam ambik rasuah, merompak, atau pecah amanah. Menurut Dr MAZA, untuk kategori dosa peribadi kita boleh cegah tapi dilarang untuk hebahkan, sebab hal ni melibatkan individu dengan tuhan. Berbeza kalau dia lakukan dosa awam yang akan beri kesan pada orang lain, benda tu boleh didedahkan.
Pandangan ni ada ditulis dalam Kitab Ihya ‘Ulum al-Din karangan Imam Al-Ghazali;
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya.” – Dr. Maza, dipetik dari Drmaza.com
Apa yang Dr MAZA nak sampaikan ni simple je sebenarnya – dia percaya dosa peribadi yang dilakukan di tempat peribadi (macam rumah atau tempat tersembunyi) sepatutnya tak diganggu sebab tu kira dosa peribadi. Ingat yer – dosa peribadi ni kira orang yang buat tu sedaya upaya sembunyikan, bukan terang-terang beritahu orang lain yang dia gatal nak mengawan.
https://www.youtube.com/watch?v=wwCrpcohThc
Tapi…ulamak ni kata boleh?
Kitaorang akan berlaku adil dalam isu ni, tadi kitaorang dah berikan korang hujah yang tak benarkan serbuan maksiat dilakukan, so kitorang kena jugak beritahu kat korang ada je ulama yang benarkan. Salah satu pandangan yang popular dalam isu ni ditulis oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman pada tahun 2007. So, benda ni bukan isu baru.
“Harus juga untuk mengetuk, memeriksa rumah dan bilik hotel seseorang jika terdapat laporan yang boleh dipercayai tentang ia melakukan jenayah atau maksiat di dalamnya terutamanya apabila terzahir sehingga keluar bunyi jeritan minta tolong, bauan arak yang haram dan sepertinya.” – Dr Zaharuddin Abdul Rahman, dipetik dari website peribadinya
Dalam kes ni, Mufti Perak dan Negeri Sembilan setuju yang kerajaan patutnya lakukan serbuan maksiat untuk cegah kemungkaran. Kata Mufti Perak – dah memang selalunya orang buat maksiat kat tempat sembunyi-sembunyi, kalau tak boleh cegah maksudnya tak perlu undang-undanglah. Diorang percaya pihak kerajaan perlu jadi pemantau untuk pastikan maksiat tak berlaku.
“Pada asalnya mengintip atau tajassus tidak dibenarkan tetapi para ulama telah membuat pengecualian khususnya apabila ia melibatkan isu nyawa dan maruah, apabila ada sangkaan yang kuat mengenainya.” – Ustaz Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak
So, patutnya kerajaan ambik cadangan Mufti Wilayah ni untuk settlekan perdebatan…
Kitaorang dah beri korang dua pandangan yang berbeza dalam isu ni, kitaorang tak nak side mana-mana. Terpulang koranglah nak ikut pandangan yang mana – sebab dua-dua pun bukan setakat sembang kosong, diorang ada hujah masing-masing. Selain daripada isu boleh atau tak boleh, ada jugak orang komen – sebenarnya masalah dalam serbuan maksiat ni adalah Standard Operating Procedure (SOP) serbuan.
Dalam kes ni Dr Maza ada gariskan 6 panduan untuk lakukan serbuan maksiat, tapi kitaorang dah guna hujah dia untuk team tolak serbuan, so kitaorang ambik pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, takdelah korang kata kami bias pulak nanti. So mari kita tengok satu-satu;
- Serbuan tak dilakukan semata-mata sebab sangkaan. Bahkan ia dilakukan berdasarkan laporan yang diterima dari individu yang diyakini kebenarannya.
- Penguatkuasa kena minta izin dan beri salam terlebih dahulu sebelum memulakan serbuan.
- Memastikan semua pegawai yang dihantar untuk melakukan operasi tersebut merupakan individu yang terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan terhadap tugasan yang dilakukan.
- Hendaklah serbuan tersebut dilakukan setelah ada tanda-tanda yang jelas akan berlakunya maksiat yang mana sekiranya kita tidak melakukan serbuan tersebut akan berlakulah maksiat.
Kalau korang nak tahu, kitaorang memang dah korek gila-gila maklumat tentang serbuan maksiat ni. Kitaorang dapati – kebanyakan ulama yang setuju dengan serbuan macam ni tetapkan syarat yang ketat sebelum lakukan serbuan. Takdelah main tendang pintu lepas jerit-jerit tanya ada buat maksiat atau tak.
Geng-geng ulama ni ada satu kesimpulan yang lebih kurang sama, kalau nak serbu kena pastikan dalam bilik tu betul-betul ada orang tengah buat maksiat. Dr Mujahid dah umumkan yang satu SOP baru akan dikeluarkan untuk pastikan kes-kes serbuan yang main bedal je tak akan berlaku lagi. Dia kata;
“Bukan setakat dapat maklumat dan terus serbu. Kena ingat, sekarang pun kita memang ada SOP. Ia bermula dengan aduan kepada penguatkuasa untuk disiasat dulu. Setelah disiasat, kena ada waran sebelum mereka pergi ketuk pintu.” – Dr Mujahid, dipetik dari SINAR
Jangan setakat baca tajuk berita je
Perbincangan tentang serbuan khalwat ni sebenarnya dah lama wujud, cuma isu ni mula panas balik bila The Star laporkan kenyataan Dr Mujahid yang katanya nak pastikan tiada lagi serbuan. Apa lagi, berduyun-duyun orang pergi serang dia. Sampai tahap dia koyak ohhh, dia siap cakap korang fikir Menteri ni bodoh sangat ker?
“Daripada isu ini kita boleh lihat bagaimana tahap mentaliti seseorang, ada yang tidak membaca transkrip penuh tetapi memaki hamun, macamlah menteri agama ini bodoh sangat, tidak ada agama.” – Dr Mujahid, dipetik dari UTUSAN
Dia pun cepat-cepat buat penjelasan dan mohon NST minta maaf sebab diorang laporkan berita secara tak berapa nak tepat. Akhirnya NST minta maaf. Hidup dalam zaman siber ni, korang kena hati-hati baca tajuk berita, pastikan korang baca artikel penuh macam korang baca artikel kami ni.
Ingat eh, setakat ni serbuan masih ada, so kalau korang nak pergi buat projek – saranan kami kahwinlah cepat-cepat, jangan lupa jemput kami sekali!
- 893Share sekarang!
- Email5
- Facebook888
- Share