Molfix Raikan ‘Bayi Merdeka’ dengan Set Hadiah Istimewa bersama MommyDaddy&i

Kuala Lumpur, 02 September 2025 – Sempena sambutan Hari Merdeka ke-68, Molfix sekali lagi bersama  keluarga Malaysia meraikan detik kelahiran baharu melalui inisiatif tahunan Bayi Merdeka dengan  kerjasama MommyDaddy&i. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kempen ini memberi  penghormatan kepada bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos dengan pemberian set hadiah bayi Molfix  khas di hospital-hospital terpilih sekitar Lembah Klang. 

Tahun ini, Molfix bekerjasama dengan Hospital Tunku Azizah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Serdang, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Hospital Ohana, serta Hospital Pusrawi untuk berkongsi keceriaan Merdeka bersama ibu bapa dan bayi mereka.

Sambutan bayi merdeka di Hospital Pusrawi.

Inisiatif Bayi Merdeka ini adalah tanda penghargaan terhadap keluarga yang menyambut ahli baharu  pada Hari Kemerdekaan Malaysia, melambangkan kegembiraan, kebanggaan dan perpaduan yang  diwakili oleh hari istimewa ini. 

Sejak memasuki pasaran Malaysia, Molfix telah mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa kerana lampin berkualiti tinggi yang memberikan keselesaan, kekeringan, dan penjagaan terbaik untuk bayi. Komitmen jenama ini terhadap kecemerlangan telah meraih pelbagai pengiktirafan, termasuk Anugerah Lampin Inovatif Terbaik, Tape Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik di Parents’ Choice Awards, serta Tape Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik di BabyTalk Mama Papa Awards. 

Sambutan bayi merdeka di Hospital Tuanku Azizah.

Molfix berbesar hati untuk meneruskan tradisi ini buat tahun ketiga, meraikan semangat Merdeka  bersama keluarga dan berkongsi kegembiraan mereka. Kelahiran seorang anak adalah detik yang penuh makna, dan kelahiran pada Hari Merdeka menjadikannya lebih istimewa.