fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
May 17, 2025

Misteri logo Malaysia Airlines: Wau bulan, atau benda lain sebenarnya?

February 29, 2024 Tasyalysha Budaya
  • 20Share sekarang!
  • Facebook18
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email2

Kalau korang rajin perhati logo kat kapal terbang, mungkin korang pernah tengok logo Malaysia Airlines (MAS) macam dalam gambar ni:

Logo Malaysia Airlines setakat November 2023. Imej oleh Jahurz93, Wikimedia Commons.

Pernah tak korang terfikir benda apa tu sebenarnya? Kalau korang cakap “Hak alah, wau bulan kan?”, korang tak bersendirian dalam anggapan tu, tapi mungkin korang cuma separuh betul.

Ramai sangka benda ni adalah wau bulan, tapi…

Sekilas Google, rata-rata mengatakan yang benda ni adalah wau bulan, termasuklah pihak Malaysia Airlines sendiri.

Petikan dari Rnggt.com.
Imej dari FB Malaysia Airlines.

Jadi memang wau bulan lah kan? Tapi kalau korang bandingkan bentuk ekor logo tersebut dengan wau bulan, agak berbeza sebenarnya. Kalau korang perasan, ada dua jenis bulan kat reka bentuk wau bulan: bulan sabit kat ekor, dan bulan penuh kat pinggang.

Anatomi wau bulan (kiri) dan logo MAS (kanan). Imej dari Warisan Kelantan XXXIV dan Campaign Asia.

Ekor dan pinggang wau dalam logo MAS tak ada ciri-ciri tersebut. Mungkin ni hanyalah pilihan reka bentuk bagi menampakkan yang wau ni laju, tapi menurut satu pandangan yang popular…

Logo MAS sebenarnya dari bentuk wau kucing

Selain wau bulan, ada banyak lagi jenis wau kat Malaysia yang berbeza gaya, sejarah, dan asal usul.

Antara jenis-jenis wau popular di Malaysia. Imej dari blog Najatul Alia.

Tiga daripada wau-wau ni diiktiraf Majlis Pelayang Malaysia sebagai wau tradisi Malaysia, iaitu wau bulan, wau kucing, dan wau jala budi. Berdasarkan bentuk pinggang dan ekor wau kucing dan bagaimana dada wau kucing lebih lebar dari ekor, memang jelas yang logo MAS adalah berdasarkan wau kucing.

Wau kucing dinamakan sempena bentuk ekornya yang seakan-akan kepala kucing jika diterbalikkan, dan menurut petikan dari brosur Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia,

“Wau Kucing merupakan salah satu daripda tiga wau rasmi kebangsaan. Wau ini begitu sinonim dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerna kewujudannya diiktiraf oleh syarikat penerbangan tersebut dan dijadikan lambang korporat mereka.”

– petikan dari Informasi Kraf Malaysia.

Tapi walaupun dari segi bentuk memang jelas ini memang wau kucing, kenalah tanya tuan badan untuk dapat kepastian. Dan lepas kami hubungi pihak MAS untuk tanya, nampaknya…

MAS sendiri bagaikan kurang pasti dengan identiti korporat mereka

Walaupun tak penting, tapi nak cakap jugak yang susah nak telefon MAS ni, jadi kami e-mel je. Setelah satu hari bekerja, diorang balas dengan bagi link kepada post Facebook yang kami paparkan kat atas.

Petikan e-mel yang kami terima. Link post tersebut: klik sini.

Namun begitu, post Facebook tersebut juga ada informasi yang bercanggah dalam ruangan komen. Ada orang bertanya betul ke wau bulan, sebab rupanya lebih kepada wau kucing. Setelah bertanya pada jabatan yang terlibat, mereka menyahihkan yang logo tersebut direka berdasarkan “Wau Kuching”.

Posting MAS tersebut, bagaimanapun, masih wujud hingga hari ini tanpa sebarang pembetulan.

Sumber paling sahih yang kami jumpa – buku terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan – pun kurang jelas dalam menerangkan isu ini, dengan mengatakan yang “wau” (bukan “wau bulan”) dijadikan lambang penerbangan Malaysia.

Petikan dari “Warisan Kelantan XXXIV“.

Jadi kami nak cilok ayat terakhir dalam screenshot tersebut dan katakan yang tak kisahlah logo MAS ni wau bulan, wau kucing, atau wau kikik sekalipun: untuk sebuah elemen budaya tradisional Melayu diangkat sebagai identiti syarikat penerbangan tempatan dan dilihat dari serata dunia, agak stylo sebenarnya.

  • 20Share sekarang!
  • Facebook18
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email2
  • logo
  • malaysia airlines
  • MAS
  • wau bulan
  • wau jala budi
  • wau kucing
Sebelum

Tali telefon bimbit premium Korea ‘ARNO’ dilancarkan secara rasmi di Shopee di Malaysia

Seterusnya

KWSP kekal prestasi kukuh: Dividen 5.5% untuk Simpanan Konvensional, 5.4% untuk Shariah

Artikel Berkaitan

Agama

Terbitkan Al-Quran kena ‘cukai’ tambahan buatkan penerbit rugi? Kami siasat…

September 7, 2019 Nadiya Othman Agama, Letup Minda

20Share sekarang! Facebook18 Twitter0 WhatsApp LinkedIn0 Email2 Semua orang tahu tentang mukjizat paling agung yang diturunkan untuk semua umat manusia …

Informasi

Selain MH17, ini 5 kemalangan pesawat Malaysia yang penuh konspirasi dan misteri

January 25, 2017 Faiz Ibrahim Informasi, Ringan Minda

20Share sekarang! Facebook18 Twitter0 WhatsApp LinkedIn0 Email2 UPDATE 9/3/2020: Untuk pengetahuan korang, hari ni (9 Mac 2020) bermulanya kes perbicaraan …

Informasi

Sejauh mana keselamatan kapal terbang milik Malaysia? Kami bandingkan dengan negara-negara lain

July 2, 2017 Adi Putri Informasi, Ringan Minda

20Share sekarang! Facebook18 Twitter0 WhatsApp LinkedIn0 Email2 (This article has been translated. For the original, you can visit our sister …

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 20Share sekarang!
Send this to a friend