Sejarah & Politik

Misteri kapal terbang Malaysia pertama yang telah dirampas

(Click here to read the original English article on Cilisos.)

Bulan ni, genaplah 3 tahun kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini. Pada tahun yang sama, kita juga telah kehilangan kapal terbang MH17 dan AirAsia Q85301 yang terhempas. Tahun-tahun selepas tu, semuanya kembali kepada normal.

Tapi sebenarnya pada tahun tahun 1977, kejadian malan yang pertama pernah berlaku pada industri penerbangan Malaysia, di mana sebuah kapal terbang MH643 yang sedang menuju ke Lapangan Terbang Subang telah dirampas. Beratus-ratus penumpang kehilangan nyawa, tapi masih banyak lagi persoalan yang belum dijawab sehingga kini.

Rakaman mendebarkan tentang kapal terbang yang dirampas

Pada 4 Disember 1977 di Lapangan Terbang Pulau Pinang, kapal terbang MH653 dijadualkan berlepas pada 7.15 malam menuju ke Lapangan Terbang Subang. Beberapa orang VIP turut dilaporkan berada di dalam kapal terbang tersebut termasuklah ialah Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali bin Ahmad dan duta Cuba ke Jepun, Mario García Incháustegui.

Hari tu pun penuh dengan kontrovers apabila ada khabar angin yang mengatakan salah seorang bodyguard Datuk Seri Ali bawak senjata api dan enggan beri kerjasama sebelum naik kapal terbang. Tapi mereka akhirnya dibenarkan berada di atas kapal.

 

Capt. G. K. Ganjoor, the pilot on MH653. Image from Malaysian Wings

Capt. G. K. Ganjoor, juruterbang di MH653. Imej dari Malaysian Wings

Dalam kokpit, Captain G. K Ganjoor duduk dan mula buat pemeriksaan pra-penerbangan. Hari tersebut merupakan hari yang istimewa sebab dia dan isterinya menyambut ulang-tahun juruterbang mereka masing-masing. Pesawat tersebut berlepas tanpa sebarang masalah, dan kurang daripada setengah jam kemudian, mereka sudah menghampiri lapangan terbang Subang. Di sinilah kotak hitam MH653 mendedahkan cerita yang sangat tragik.

Bila Kapten Ganjoor tarik gear pendaratan, tiba tiba ada ketukan kat pintu kokpit. Kapten tanya co-pilot dia sebelum menjerit yang pintu tu tak berkunci pun. Perampas kapal terbang tu pun masuk ke dalam kokpit.

“Keluar! Putuskan semua hubungan radio! Putuskan semuanya sekarang!”- kata hijacker, menerusi transkrip kotak hitam MH653 

Kapten Ganjoor tak menunjukkan tanda-tanda panik. Dia tanya hijackers tu mana mereka nak pergi, sebab petrol yang tinggal cukup nak pergi Singapore je. Hijackers tak mempunyai banyak pilihan, setuju saja dan suruh juruterbang tadi laporkan pada airport yang mereka nak pergi Singapura.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Juruterbang akur dengan keputusan tu, dan Kapten Ganjoor menyuruh pramugari tenangkan semua penumpang untuk tidak panik.

“Sekarang, jangan cakap apa apa dengan penumpang ok. Saya tak nak penumpang buat hal. Bagitahu mereka yang kita akan mendarat di Singapura sebab cuaca atau apa-apa la ok… jangan bagitahu mereka apa-apa, semuanya ok, kita biarkan pintu terus berkunci.

Tutup (pintu) sekarang – relax – layan tetamu jika mahu,” kata Kapten G. K Ganjoor kepada pramugari, daripada transkrip kotak hitam MH653.

MH653 melintasi Melaka dan menghampiri Batu Pahat. Mereka semakin menghampiri Singapura, tapi hijacker tadi mula berasa penat dan marah-marah dengan juruterbang. Mungkin sebab mereka panik, takut ditipu juruterbang, atau takut yang juruterbang tadi bagi isyarat kepada pihak berkuasa setibanya pendaratan. Jadi hijacker ni buat satu je benda yang mereka boleh fikir – menembak mati pilot tu semua.

Pada pukul 8.33 malam, sedas tembakan kedengaran

“Tidak, tolong jangan – *tembakan* tidak… tolong tidak… *tembakan* tolong, oh…” – Kapten G.K. Ganjoor, dari transkrip kotak hitam MH653

Selepas beberapa das tembakan kedengaran, pelbagai bunyi penggera dan pemberitahuan telah dikeluarkan daripada dalam kokpit. Rakaman daripada kotak hitam mencadangkan yang selepas membunuh pilot, perampas gagal mengawal pesawat itu sendiri. Saksi mendakwa bahawa mereka melihat pesawat Boeing 737 turun naik pada sudut tajam berulang kali.

 

Kapal terbang terjunam

The New Straits Times, 5 Dec 1977

The New Straits Times, 5 Disember 1977

“Saya terdengar dua letupan dan sesuatu tiba tiba jatuh bersama api yang sangat marak. Pada mulanya saya ingat ianya merupakan latihan ketenteraan Singapura, tapi kemudiannya saya nampak ada nota RM50 dan sesuatu dengan logo MAS. Kemudian baru saya sedar tentang apa sebenarnya yang berlaku”- Sulaiman Osman, saksi nahas MH653

The crash site in Tanjung Kupang, Johor. Image from Malaysian Wings

Kawasan nahas kapal MH653 di Tanjung Kupang, Johor. Imej dari Malaysian Wings

Pada pukul 8.36 malam, MH653 terhempas di Tanjung Kupang, Johor. Beberapa saksi memberitahu bahawa mereka nampak sebuah letupan sebelum kapal terbang tersebut jatuh terhempas. Tetapi, laporan siasatan rasmi mendakwa sebaliknya.

Pasukan pencari dan penyiasat tiba sejurus nahas tersebut berlaku. Tetapi malangnya, tiada sesiapa pun yang terselamat, dan tak ada sesiapapun yang boleh dikenal pasti. Mereka mula berhenti membawa pengusung, dan mula membawa beg polystrene  untuk mengumpul mana-mana bahagian badan hangus yang mereka temui.

Semua mayat yang tidak dapat dikenalpasti telah dikebumikan di sebuah kubur besar.

Search teams looking at one of the engines found at the MH653 crash site. Image from NZ Herald

Pasukan pencari melihat salah satu enjin ditemui di lokasi nahas MH653. Imej dari NZ Herald

Malangnya, tiada bukti daripada kotak hitam tu sendiri ataupun kawasan kemalangan tersebut boleh menjawab soalan utama kes ini, iaitu…

Siapa yang merampas kapal tersebut?

Selepas beberapa tahun kejadian nahas berlaku, pelbagai teori muncul mengenai identiti perampas. Ada yang kata hijacker ni merupakan militan Vietnam, nak lagi lepas Singapura menangkap 3 militan Vietnam yang bertanggungjawab merampas sebuah pesawat Air Vietnam. Ada jugak teori yang kata mereka mungkin pengganas Cuba kerana Mario García Incháustegui turut berada dalam kapal MH653.

Selain itu juga, ada teori lain melibatkan pengawal peribadi Datuk Seri Ali bin Ahmad yang mengatakan dia adalah salah seorang hijackers. Teori ini merupakan sebuah dakwaan besar sehingga ianya telah dibincangkan di Parlimen. Malah ada yang menuduh menuduh bahawa kekurangan bukti rasmi adalah untuk melindungi imej Datuk Seri Ali.

Bagaimanapun, teori paling kuat tentang perampas ini mengatakan yang mereka adalah Japanese Read Army.

The Star going with Red Army hijacks Penang jet as one of their subheaders.

The Star dalam akhbar mereka melaporkan tentang teori perampas kapal merupakan Red Army sebagai subheader dalam akhbar mereka. The Star, 5th Dec 1977

The Japanese Red Army (JRA) atau Tentera Merah Jepun merupakan kumpulan militan yang ditubuhkan pada 1971. Matlamat mereka pada asalnya adalah untuk menggulingkan kerajaan Jepun dan institusi raja, dan juga yang mahu mencetuskan revolusi dunia. JRA aktif pada 1970-an, dengan beberapa kejadian keganasan termasuk rampasan Japan Airlines Penerbangan 351 pada tahun 1970 dan Pembunuhan Lod Airport pada tahun 1972.

Jadi, MH653 bukanlah penglibatan mereka yang pertama di Malaysia – JRA yang menjadi dalang disebalik krisis tebusan AIA Bangunan pada tahun 1975, dan kami pernah tulis mengenainya disini.

A JRA militant hold two hostage during the 1975 AIA Building hostage crisis. Image from the BBC

Militan JRA bersama dua tebusan pada tahun 1975 di bangunan AIA semasa krisis tebusan. Imej dari BBC

Walaupun ini masih salah-satu teori terkuat setakat ini, kedua-dua Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan kerajaan Jepun menafikan rampasan itu dilakukan oleh Japanese Read Army.

Jika identiti tersebut diketepikan pun, misteri lain yang masih belum dirungkai ialah bagaimana hijackers tersebut boleh berada diatas kapal tersebut pada asalnya?

Tiga puluh tujuh tahun selepas itu, kita masih tidak tahu perkara sebenar, “- Ruth Parr yang kehilangan bapanya dalam kemalangan ini.

Tapi susah nak cakap sebab… semua orang senang-senang boleh masuk aiport waktu tu

The airport fencing which was opened up for the construction site. Image from The Star, 8 Dec 1977

Pagar lapangan terbang yang terbuka di tapak pembinaan. Imej dari The Star, 8 Disember 1977

Lapangan Terbang Pulau Pinang pernah disenaraikan sebagai lapangan terbang yang mempunyai “kekurangan yang kritikal” oleh Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Persekutuan Antarabangsa.

Wartawan The Star yang membuat kerja-kerja penyiasatan di situ juga berpendapat yang tahap keselamatannya “terlampau longgar”. Mereka mendapati bahawa pintu untuk kargo dan akses VIP terbuka tanpa seorang pengawal pun. Pagar di sekitar landasan lapangan terbang pun terbuka sebab ada  pembinaan sebuah terminal lapangan terbang baru berlaku pada masa yang sama.

Malah sebulan sebelum nahas berlaku, seorang penceroboh telah melepasi keselamatan tanpa tiket yang sah dan berjaya menaiki kapal terbang MAS. Dia hanya berjaya dijejaki apabila seorang penumpang mengadu bahawa ada seseorang duduk kat tempat duduknya. Tetapi itu bukan kes terpencil. Hanya seminggu sebelum rampasan berlaku, empat lelaki berjaya melepasi keselamatan lapangan terbang sebelum ditangkap.

Tragedi MH653 membuatkan kerajaan lebih peka untuk memastikan lapangan terbang lebih selamat

MAS mengumumkan bahawa mereka akan membayar pampasan berjumlah RM8.8 juta kepada keluarga mangsa (jumlah itu agak banyak pada 70-an). Namun, ianya masih tidak menjawab pelbagai persoalan yang menghantui keluarga mangsa.

Batu peringatan di Tanjung Kupang, Johor. Imej dari The Star

Tragedi ini, beserta dengan kerja penyiasatan daripada wartawan The Star, telah mendedahkan pelbagai kelemahan dalam keselamatan Lapangan Terbang Pulau Pinang yang membawa kepada perubahan besar dalam industri penerbangan Malaysia.

Salah satu perubahan besar yang berlaku selepas nahas MH653 ialah pengenalan Unit Keselamatan Penerbangan yang ditubuhkan untuk “melindungi penerbangan awam domestik dan antarabangsa terhadap gangguan yang menyalahi undang-undang” dan juga untuk memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan dalam lapangan terbang mencapai standard kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, keselamatan lapangan terbang mula menjadi lebih ketat, dengan lebih banyak pemeriksaan rapi ke atas penumpang dan kargo. VIP juga tidak lagi dikecualikan daripada pemeriksaan sebelum menaiki pesawat.

Tragedi MH653 kekal sebagai titik hitam dalam sejarah penerbangan Malaysia, tetapi pada masa yang sama ia menjadi pemangkin kepada banyak perubahan yang positif, yang mungkin telah menyelamatkan lebih ramai orang dalam dekad-dekad seterusnya.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend