Ini sebabnya kenapa presiden Filipina sangat digeruni

(This article is originally translated from CILISOS, read the English version here.)

Korang pernah ada nama gelaran tak? Biasanya budak yang pernah duduk asrama akan ada macam-macam nickname contohnya Kecik, Panjang, Sayur, Bob, dan banyak lagilah.

Kat Filipina, pilihanraya baru berakhir dan presiden yang dilantik (di mana dia menang majoriti) adalah Rodrigo Duterte. Nickname rasmi dia adalah ‘Digong’, tapi dia lebih dikenali sebagai… The Punisher.

The Punisher versi Marvel. Serupa tak dengan Presiden Filipina nih?
The Punisher versi Marvel. Serupa tak dengan Presiden Filipina nih?

Nak tau kenapa? Sebab sepanjang 22 tahun dia duduk kat Davao, dia telah menjatuhkan kadar jenayah sebersih-bersihnya. Sampai ada khabar angin palsu yang mengatakan ketua-ketua gangster letak harga 50 juta Peso (RM4.4 juta) untuk nyawa dia dan ketua polis dia.

Of course lah khabar angin ni palsu sebab harga bounty yang sebenar adalah satu billion Peso (RM 88 juta)! Macam mengarutkan letak harga tinggi-tinggi tapi gangsters ni semua ada alasan yang kukuh sebabnya…

Cara dia banteras jenayah sangat kontroversi, tapi efektif!

SEBIJIK Punisher. Gambar dari Inquirer.

Masa Rodrigo tengah bertanding nak jadi Presiden haritu, dia berjanji untuk menurunkan kadar jenayah di Filipina dengan membunuh sekurang-kurangnya 100,000 penjenayah dalam masa 6 bulan pertama dia:

“Kalau saya jadi Presiden, saya cadangkan kamu semua bukalah business pengurusan jenazah, confirm penuh. Nanti saya supply mayat” – Rodrigo Duterte, dipetik dari The Telegraph.

Bunyi macam sembang kencang je kan. Tapi jangan main-main, waktu dia jadi Datuk Bandar haritu, Davao jadi famous sebab ada “Death Squad” yang meronda dan membunuh penjenayah kalau dorang tak nak blah dari bandar dia – ada yang dibunuh terus bila keluar penjara. Bila dia dikritik oleh persatuan hak asasi manusia, Rodrigo offer untuk “bunuh penjenayah depan mata kepala dorang kalau dorang nak“.

Nak bad-ass lagi? Dia ronda bandar Davao sendiri untuk memastikan polis buat kerja masing-masing. Naik motor Harley. Takpun secara undercover naik teksi.

Macam Terminator kan.. Sebelah kiri adalah Rodrigo Duterte, kanan pula Arnold Susahnakeja.

Rodrigo juga terkenal dengan statement yang agak melampau seperti pasal rogol, membunuh wartawan, dan juga plan dia untuk jaga kedaulatan negara dia. Salah satu plan dia untuk settle kan isu pemilikan Pulau Spartly dengan China adalah dengan naik jet-ski ke pulau tersebut dan pacakkan bendera Filipina sendiri. Tak beragak dia ni.

“Saya akan minta tentera laut untuk bawa saya ke sempadan Laut China Selatan, kemudian saya akan naik jet-ski. Saya akan bawa bendera dan bila sampai di Spratly, saya akan tegakkan bendera Filipina.” – Rodrigo Duterte, dipetik dari Politiko

Rupa dia pun tak tumpah macam Bung Mokhtar, ahli Parlimen dari Sabah. Kepada yang taktau, Bung Mokhtar jugak terkenal dengan statement yang agak melampau. Baru-baru Bung minta supaya penagih dan penagih dadah ditembak, di mana kenyataan ini dipercayai telah dipengaruhi oleh Rodrigo.

Selain Bung, apa kena mengena Rodrigo dengan Sabah? Yang tu kita kena singgah sejarah jap.

Sebenarnya kita masih tak pasti yang British ni MEMILIKI atau MENYEWA Sabah

Kesultanan Sulu claim yang colour hijau tu dorang punya. Gambar dari wikipedia.

Korang mungkin ingat pasal kejadian Lahad Datu tahun 2013 di mana Kesultanan Sulu (yang tinggal kat Selatan Filipina) datang untuk menuntut balik Sabah. Dari segi Sejarah, boleh fahamlah kenapa dorang buat tuntutan ni. Sebab sehingga 1878, Kesultanan Sulu memang memiliki bahagian utara Sabah (dulu dipanggil Borneo Utara) sebagai pemberian dari Sultan Brunei tahun 1658 kerana menolong dia dalam perang.

Beberapa tahun lepas tu pada 1878, Kesultanan Sulu sain perjanjian dengan Alfred Dent dan Baron von Overbeck bagi membenarkan British North Berneo Company untuk menguruskan Borneo Utara dengan bayaran 5,300 emas Mexico setiap tahun. Cuma satu je perkataan dalam perjanjian tu yang mungkin disalah tafsir – Padjak.

Sultan Jamalul Kiram II, dia lah yang sign perjanjian dengan British. Gambar dari Rightways.

Bagi British, Padjak bererti “untuk kasi, memberi hak” sama macam grant lah. Tapi untuk Sulu pula, Padjak maksudnya adalah “menyewa, pinjam”. Lepas diskus, naik turun mahkamah apa semua, keputusan memihak kepada British. So Kesultanan Sulu tak boleh nak claim balik Sabah, dan British pun bayarlah duit pampasan dari 5300 emas Mexico bertukar jadi 5300 Malayan dollars dan sekarang ni RM5300.

Iyeee, Malaysia still bayar duit pampasan kat keturunan Kesultanan Sulu setiap tahun, dimana cek akan dihantarkan ke Kedutaan Filipina. Kerajaan Malaysia dari dulu lagi cakap yang ini merupakan duit pampasan tapi Kesultanan Sulu pula anggap ia sebagai duit sewa. SOSCILI tak pasti harga emas dulu berapa tapi dorang macam rugi je dari emas ke ringgit haha.

Surat rasmi dari kerajaan Malaysia kepada keturunan Ketuanan Sulu. Gambar dari wikimedia.

Isu bertambah rumit bila kerajaan Filipina sendiri masuk campur pada tahun 1962, mengatakan yang hak milik Borneo Utara telah dipindahkan oleh waris Sultan Sulu. Presiden Ferdinand merancang Operasi Merdeka pada tahun 1968, dan perbalahan ni menyebabkan terputusnya hubungan diplomatik kita sampailah tahun 1989. Lepas berkawan balik, dua-dua macam buat-buat lupa.

Jap, so kat mana Presiden Rodrigo Duterte dalam kisah sandiwara ni?

Sebenarnya, dia macam nak Sabah balik…

“Boleh eyh Malaysia, aku amek balik Sabah?”. Gambar dari starfmonline.

Apabila ditanya pasal pendirian Rodrigo pasal isu ni, dia kata kerajaan Filipina memperakui kes ni sah dan akan back up keturunan Kesultanan Sulu (yang kini merupakan rakyat Filipina) dalam pengambilan semula Sabah.

“Polisi kita tetap sama dan ia adalah demi kebaikan sejagat negara ini. Kita kena tuntut hak kita”. – Rodrigo Duterte, dipetik dari Philstar.

Tapi Rodrigo juga menegaskan segala tindakkan perlu dibuat dengan aman

“Kita tak mampu untuk berdepan dengan satu lagi masalah mahupun peperangan yang lain, kita hanya perlu berbincang dengan semua orang untuk membangunkan negara… Kalau kita failkan kes di mahkamah (antarabangsa), dan sudah tentu kita akan menang, tapi kita tak mahu masalah, jadi boleh kita selesaikan perkara ni dengan cara lain?” – Rodrigo Duterte, dipetik dari Inquirer.

Tapi komen Rodrigo pasal Sabah macma tak kena masa sebab kita baru je settle kan hal Lahad Datu haritu. Sewaktu Asia-Pasifik Roundtable, PM Najib sound balik Rodrigo, mengatakan yang baiklah dia guna masa untuk menyelesaikan masalah militan MILF dan Abu Sayyaf di selatan Filipina daripada ungkit balik cerita Sabah.

Ahli Parlimen Sabah, Datuk Rahman Dahlan ada memberi komen pasal hal ni di Twitter:

Petikan dari Twitter Datuk Rahman.

Err…. perlu ke kita risau?

Petikan dari video Rodrigo di Youtube Insider. Tekan gambar ni untuk tonton.

Bila dilihatkan resume Rodrigo ni, memang dia jenis yang cakap serupa bikin. Baru-baru ni polis Manila dah start tahan orang mabuk tepi jalan, anak-anak terbiar, dan juga gelandangan. Tak cukup dengan tu, 15 pengedar dadah telah mati, siap bagi ganjaran pada pihak penguatkuasa. Nak tau apa yang paling best? Rodrigo belum lagi ambil alih jawatan Presiden secara rasmi, hujung bulan Jun ni baru dia start.

Tapi berkenaan Sabah, mungkin takkan ada apa-apa kot. Salah satu sebabnya adalah kalau apa-apa serangan berlaku, Filipina akan melanggar Undang-Undang Antarabangsa dan juga diingatkan bahawa Malaysia ni dibawah perlindungan PBB. Sebab ni jugalah kerajaan Filipina tak setuju dengan tindakan Kesultanan Sulu time kejadian Lahad Datu 2013. Seperti yang dikatakan oleh Rodrigo, sebarang tuntutan terhadap Sabah akan dibuat dengan aman.

Seperti yang kami cakap tadi, Rodrigo ni juga terkenal dengan komen yang agak melampau. Jadi ada kemungkinan yang dia tersembang lebat tentang isu Sabah, nak lagi bila kebanyakan rakyat Filipina anggap mereka memiliki Sabah. Sekarang ni pun, Rodrigo nampak macam tengah fokus dengan pembasmian jenayah di negara dia dan juga settle kan masalah pengganas di selatan Filipina.

Jadi buat masa ni mungkin kita tak perlu risau akan adanya perang dengan Filipina. Cukuplah sekadar kita menikmati betapa bad-ass gambar Rodrigo yang menaiki motor Harley ala-ala Sembilu ini.

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance