- 101Share sekarang!
- Email4
- Facebook97
- Share
(Read this article in English)
Kalau korang tak dengar cerita lagi… pada 4 Mac hari Jumaat, pemimpin-pemimpin UMNO, PAS, AMANAH, PKR, dan DAP buat persidangan untuk menolak pentadbiran lelaki paling kurang glemer di Asia Tenggara, PM kita Najib Razak. Kami post gambar pelik bin ajaib ni kat Facebook dan dalam masa 2 jam je ia telah dilihat 60,000 kali.
“Kami bersatu dengan satu isu iaitu Najib perlu disingkirkan sebagai perdana menteri Malaysia. Itu apa yang menyebabkan kami bersama,” – Tun M kepada Malaysiakini
Sampaikan Ambiga dan Maria Chin Abdullah pun ada, dan of course #SaveMalaysia trending kat Twitter.
So diaorang bergabung jadi parti politik baru ke?
Er takde la sampai bergabung (setakat ni la). Tapi bekerjasama tu memang ada. #tajuktakseindahrupa #tapilebihkurangsama
Kumpulan ini BUKANLAH sebuah parti politik yang baru, tapi sebuah Deklarasi Rakyat (mereka hadir dalam kapasiti peribadi, bukan mewakili parti). Tapi kalau tengok siapa yang datang, memang orang penting belaka. Jom tengok betapa muhibahnya dorang ni semua:
- BN (atau bekas BN) (8) – Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Khairuddin Abu Hassan, Ling Liong Sik, Zaid Ibrahim, Siti Hasmah, Sanusi Junid
- PAS (6) – Mustafa Ali, Mahfuz Omar, Khairuddin Aman Razali, Husam Musa, Tamrin Ghafar, Kamaruddin Jaafar
- AMANAH (4) – Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Hasanuddin Mohd Yunus
- PKR (7) – Azmin Ali, Tian Chua, Rafizi Ramli, Kamaruddin Jaafar, Muhammad Muhammad Taib, Elizabeth Wong, Afif Bahardin
- DAP (3) – Lim Kit Siang, Anthony Loke, Teresa Kok
- Lain-lain (6): Kadir Jasin, Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ivy Josiah
* Syed Saddiq menyatakan yang Daim Zainuddin, Shafie Apdal, Zaman Khan, Matthias Chang, and Tony Pua juga menyokong deklarasi, walaupun tidak hardir. Terdapat 58 individu yang menandatangani deklrasi ini.
Nurul Izzah nak datang tapi time tu tengah setel kes kat mahkamah, dan Wan Azizah pulak diminta rileks kat rumah supaya dia boleh pantau ahli PKR.
Haah, nak ummph lagi? Anwar sendiri pun turut bagi sapot dari penjara (hantar mesej guna WeChat ke pe…) walaupun orang yang mulakan gerakan inilah yang menyebabkan dia mula-mula masuk penjara.
Kalau bukan parti politik baru, apa sangat la yang dorang ni boleh buat?
Lamaaa dulu tahun 1985, artis-artis terkenal seantero dunia berkumpul untuk nyanyi “We Are The World”, lagu tu meletup, jutaan derma sedekah mencurah-curah dan satu dunia mula bagi perhatian untuk menyelesaikan masalah di Afrika.
Lebih kurang sama la dengan apa yang jadi sekarang ni bila orang-orang penting kita duduk semeja (bermula dengan Tun M) dan tandatangan dokumen untuk mencapai matlamat-matlamat di bawah:
- Penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri secara aman dan mengikut undang-undang
- Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
- Pemansuhan undang-undang yang melanggar Perlembagaan Persekutuan
- Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
Cuba baca teks Deklarasi Rakyat ni sebab ia penuh dengan dakwaan akan jenayah yang Najib dah buat ke atas Malaysia, kesemuanya dibaca oleh Tun M sewaktu persidangan. Ini termasuklah betapa buruknya reputasi Malaysia, 1MDB, dan pemecatan orang macam Muhyiddin. Dokumen ni macam bersembang pun ada, contohnya kat poin 31:
“#31. Rakyat juga semakin menderita.” – Deklarasi Rakyat, dipetik daripada Malaysiakini.
Kami diberitahu yang ianya bertujuan menarik perhatian orang ramai akan isu-isu berkaitan Najib dan juga untuk menunjukkan akar umbi yang mereka boleh menentang kerajaan.
“Lebih kurang sama dengan G25 (Kumpulan 25 Tokoh Melayu yang menyokong kesederhanaan), tapi lagi power la. Perkara pertama yang dorang buat adalah mengubah pandangan awam. Orang-orang kampung semua sayang lagi kat Mahathir do,” – orang dalam kami yang menghadiri persidangan (bukan dari CILISOS).
“Bersatu teguh, bercerai roboh” – Pepatah yang dah lama kita tak guna.
Bila sedara-sedara kita di kampung lihat macam mana bekas pemimpin dorang boleh berlaga bahu dengan musuh ketat, tu maknanya… ini bukan benda main-main. Orang dalam UMNO sendiri pun makin berani untuk bersuara.
Dan siapa yang akan memimpin?
Secara rasmi, kumpulan ni takde cakap pun mana-mana calon untuk menggantikan PM, dan keutamaannya sekarang adalah untuk buat Najib berundur. Tapi ada bukti yang kukuh yang Tun M ada pengaruh kuat. Dalam permintaan dorang sendiri, ada point ni kat nombor 4…
“Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-“Cash is King” – Deklarasi Rakyat
…yang menunjukkan memang Tun M sendiri yang tulis dokumen ni. Tapi tu semua orang dah agak kan. Apa yang tak terduga adalah macam mana Tun M DAN seteru lama termasuklah dua orang yang masuk jel sanggup lupakan sengkata lama untuk matlamat yang lebih penting. Siap kena tanya lagi tentang macam manalah Tun nak yakinkan penentang DAP:
“Ini menunjukkan kita masih berfikir tentang parti. Kita adalah rakyat Malaysia,” – Tun M.
Tun M siap kata yang kalau UMNO ditolak, kalau DAP yang paling banyak undi, maknanya memang itulah pilihan rakyat. Bila ditanya kalau dia akan menentang UMNO dalam PRU14, Tun jawab…
“Selagi Najib tak ada, saya boleh kempen untuk siapa pun. Tapi kalau ada Najib, tak gunalah; dialah yang merosakkan parti. Semua jentera musnah, termasuklah polis, Peguam Negara, dan seterusnya.” – Tun M.
Tahun lepas, kami ada la buat poll tanya samada Tun M masih sayangkan Malaysia… 53% jawab “Yes“, 32% jawab “Tak setinggi dia sayang diri sendiri“. Sekarang apa cerita?
Take Our Poll
- 101Share sekarang!
- Email4
- Facebook97
- Share