- 4.5KShare sekarang!
- Email23
- Facebook4.5K
- Share
Makin ramai yang view sesebuah video dalam YouTube tu, jadinya makin naiklah rating seseorang tu. Contohnya bintang pop British yang terkenal dengan lagu New Rules – DUA LIPA, artis wanita paling muda pernah cecah 1 billion tontonan di YouTube!
Dan nampaknya, baru-baru ni partner kitorang, Lazada kata mereka akan menampilkan Dua Lipa ni dalam sebuah konsert anjuran mereka bersempena dengan ulang tahun Lazada yang ke-7, hujung bulan ni! APAAAAAA?????
Bukan tu je tau! Nampaknya, pemenang Grammy Awards dan Brit Awards ni akan datang perform satu pentas dengan… artis Malaysia!?
Ismail Izzani, penyanyi remaja yang dah cecah lebih 22 juta tontonan di YouTube!
Bagi korang yang memang ambil tahu perkembangan seni kat negara kita, korang mesti pernah dengar punyalah tentang penyanyi remaja ni, iaitu Ismail Izzani.
Nama Ismail Izzani nampaknya makin naik sejak single pertamanya, Sabar, yang dimuat naik ke YouTube pada tahun 2017. Punyalah popular, dalam masa dua tahun je, video ni dah mencecah lebih 22 juta tontonan! Not bad, kan?
Tapi di sebalik popularitinya tu, dia dilanda kontroversi pada dua tahun yang lepas. Mana taknya, masa remaja sebaya dia serabut kepala otak nak fikir pasal SPM, dia pula ambil keputusan untuk tak ambil SPM.
Tapi korang pun tak payah la melatah lebih, sebab perkara ni dah pun dibincang terlebih dulu dengan kedua ibu bapa dia sebelum buat keputusan tu.
“Masa saya mula-mula bagitahu kedua ibu bapa saya, kedua-dua mereka menunjukkan respon yang berbeza. Ayah saya pada mulanya tak bersetuju sebab dia expect saya untuk teruskan pelajaran dan ambil engineering. Tapi saya tak minat. Mama pula pasrah, terima je dengan keputusan saya” – Ismail Izzani, masa Soscili contact dia.
Perkara ni juga bukanlah satu isu besar pun buat keluarga Ismail Izzani sebab dia memang serius nak teruskan kerjaya dia dalam bidang seni ni. Malah bila kitorang tanya siapa yang menginspirasikan lagi ni, kata Ismail:
“Saya start buat lagu sejak tahun 2016 lagi. Saya tak keseorangan, malah dibantu oleh beberapa orang lain macam Adib Hamdi (manager) dan Omar K yang memang pandai buat lagu. Saya juga suka tanya pendapat orang lain sebelum buat sesuatu”
Dia juga pesan awal-awal lagi, bila dia decide untuk tak nak ambil SPM, dia bukanlah nak bagi contoh yang tak baik kepada para peminatnya yang lain. Tapi, dia dah fikir masak-masak untuk memilih jalan yang dipilih sekarang, iaitu dengan meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik, berbanding teruskan pelajaran di mana dia tahu dia tak minat.
“Saya masih cuba untuk bekerja keras. Disebabkan saya tak minat belajar, saya perlu bekerja keras. Kalau saya nak teruskan pelajaran tapi saya tak minat pun, saya risau ia tak ke mana, takut jadi tak ikhlas.”
“Lagipun to be in the industry is also learning. Takde sebab untuk saya berhenti belajar darinya. I love to do what I do. Kenapa saya perlu berhenti? Lagipun Mama selalu pesan, there will be ups and downs in life. Learn, and keep on learning”.
Bakal menyanyi satu pentas dengan artis pop British, DUA LIPA?!
Yang menariknya, Ismail Izzani baru-baru ni terpilih menjadi salah satu artis yang akan membuat persembahan untuk sebuah konsert yang dianjurkan partner kitorang, Lazada! Woohoo!
Kalau korang nak tahu, Ismail Izzani adalah penyanyi paling muda yang akan berkongsi satu pentas dengan Dua Lipa nanti. Bertuah betul!
“Masa saya dapat tahu yang turut membuat persembahan tu adalah Dua Lipa, saya terkejut habis! Nervous dia lain macam, tak macam sebelum-sebelum ni walaupun it’s just a performance.”
“Saya sangat sukakan dia. She have her own character, ada transformation tersendiri. Contohnya masa lagu dia New Rules tu, orang lagi nampak dia as herself.”
Bukan tu je tau! Selain Dua Lipa dan Ismail Izzani, Lazada juga menjemput pemenang Anugerah Juara Lagu 2019 iaitu Hael Husaini, disamping beberapa artis lain dari seluruh Asia Tenggara macam artis Indonesia – Agnez Mo; penghibur hot dari Filipina – Nadine Lustre dan Sam Concepcion; dan pemenang The Remix Contest 2015 dan jurulatih untuk The Voice Vietnam 2017, Dong Nhi.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Walaupun Konsert Lazada Super Party ni akan berlangsung di Indonesia pada 26 Mac 2019, pukul 8.30pm waktu tempatan, Lazada faham sangat isi hati korang di mana korang juga berpeluang untuk menonton konsert ni.
Sebab tu la mereka dah start buat konsep Shoppertainment, di mana sementara korang shopping kat Lazada, dalam masa yang sama korang juga boleh saksikan konsert tu secara live streaming melalui aplikasi Lazada. Ia juga distrim khas ke Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan juga Vietnam.
Dan sementara tonton konsert Lazada Super Party nanti, korang dalam masa yang sama berpeluang untuk dapatkan baucar yang bernilai sehingga RM777 masa livestream tu.
Korang juga berpeluang untuk kumpulkan baucar dengan main game je!
Sementara nak tunggu konsert tu, korang yang suka main game tu boleh la try main game yang ada dalam platform Lazada tu, iaitu LazGAME dari 21 hingga 27 Mac ni. Game macam Fruit Slash, Popping Ballons dan Birthday Blast ni membolehkan korang untuk kumpulkan cupcakes, yang boleh ditukarkan kepada baucar di Reward Store, dan redeem untuk shopping sebelum tengok konsert tu.
Selain tu juga, korang juga boleh guna Group Buy, iaitu dengan kumpulkan kawan korang untuk beli barang yang sama, dan dalam masa yang sama, semua dapat diskaun secara berkumpulan. Caranya, dalam tempoh masa 21-27 Mac ni, korang cari je produk yang ada ikon Group Buy, pilih produk yang korang nak, dan terus ke Checkout. Lepas tu korang akan nampak butang ‘create group’, di mana masa tu la korang ajak kawan-kawan yang minat nak beli, dan dapatkan diskaun sehingga 70%, tau!
Tapi, korang ada masa 24 jam je untuk memenuhi bilangan orang yang dikehendaki. Cukup je orang, order korang akan terus diproses beserta diskaun lagi, macam mesin basuh yang berharga RM77.70, PS4 yang berharga RM777 je, dan banyak lagi! (Ni kawan kitorang dari Lazada sendiri bagitahu, cepat bagitahu kawan-kawan!).
Bukan tu je tau, banyak lagi promosi dan diskaun lain yang Lazada bagi masa ulang tahun mereka contohnya macam:
- Dengan Slash It, korang boleh dapatkan piano, gitar, telefon untuk RM1 je!
- Korang juga boleh dapatkan diskaun sampai 90% untuk barangan macam earphone bluetooth, tetikus, cable handphone korang, malah permainan Monopoly!
- Ada juga tawaran barangan berjenama popular yang bagi diskaun sampai 50%, contohnya anting-anting Habib Jewel yang hanya RM68, kasut New Balance berharga RM89, lipstick L’Oreal RM19? Kerana dirimu begitu berharga!
Selain tu juga, korang boleh dapatkan banyak lagi tawaran istimewa lain dari partner Lazada macam Domino’s Pizza yang akan bagi korang piza sederhana dengan harga RM7.70 je, iflix yang bagi akses VIP kat korang selama 3 bulan semurah RM1 je, Traveloka yang bagi diskaun sampai 20% untuk hotel dan penerbangan, dan macam-macam lagi lah! Korang boleh tengok deal lain dalam website Lazada sendiri kalau tak percaya.
Dan macam biasa la, korang topup je Lazada Wallet korang awal-awal supaya pembayaran jadi lebih mudah dan tak payah tunggu nombor TAC dari bank dah.
Main game sambil tonton konsert, apa lagi pembeli mahu?
Korang main game pun boleh kumpul baucar, kumpul geng untuk beli barang yang sama, dapat diskaun yang banyak untuk shopping. Kalau tak minat shopping, korang boleh tengok konsert secara live. Ala dalam ramai-ramai artis yang ada, takkan takde satu pun yang korang tak minat, kan? Ada lagi yang tak cukup?
Jadi… korang tunggu apa? Shopping sakan la sempena ulang tahun Lazada kali ni, jangan lepaskan peluang korang untuk tonton konsert Lazada Super Party pada 26 Mac 2019, 8.30pm live dari Indonesia, terus ke aplikasi Lazada dalam telefon korang secara langsung. Takde la tunggu instastory kawan korang yang cuma nampak dari jauh, dan kualiti macam CCTV je ?
- 4.5KShare sekarang!
- Email23
- Facebook4.5K
- Share