Kadang-kadang, kita sanggup bayar lebih kat kedai serbaneka sebab malas nak redah jem atau cari parking. Tapi untuk korang yang guna LRT Laluan Kelana Jaya atau tinggal sekitar Keramat-Jelatek, sekarang dah ada pilihan yang jauh lebih jimat: Lotus’s Datum Jelatek!

Terletak dalam Datum Jelatek Shopping Centre, pasaraya kejiranan ni dihubungkan secara terus dengan Stesen LRT Jelatek (Laluan Kelana Jaya). Maksudnya, lepas balik kerja, korang turun tren, jalan sikit, terus boleh tapau barang dapur.
Konsep dia sesuai untuk orang bandar yang nak cepat
Sebagai cawangan ke-70 Lotus’s Malaysia, Lotus’s Datum Jelatek ni direka untuk warga kota yang sibuk dan tak nak pening kepala.

Walaupun saiznya sekitar 2,000 meter persegi je (lebih kecil berbanding hypermarket Lotus’s lain yang siap jual peti sejuk), pilihan barang kat sini tetap padu dengan lebih 12,000 barangan, termasuk:
- Sayur, ayam, daging dan makanan laut segar
- Makanan sejuk beku
- Barangan runcit
- Produk kesihatan & kecantikan
- Keperluan isi rumah
- Peralatan elektrik kecil


Dan untuk yang suka roti yang dibakar fresh, korang boleh singgah kat Lo’Ti, iaitu bakeri Lotus’s sendiri yang menawarkan pelbagai jenis kek, ban dan kroissan kegemaran ramai.
Jadi tak kisahlah sama ada korang nak beli sebiji bawang je, top-up barang dapur seminggu, atau air fryer baru, semua boleh settle sekali jalan.

Harga padu sempena pembukaan Lotus’s Datum Jelatek
Sempena pembukaan pasaraya ni, Lotus’s Datum Jelatek tawarkan promosi harga yang gila-gila dan diskaun sehingga 40% untuk barangan terpilih.

Kalau korang terlepas promosi ni pun jangan risau, sebab Lotus’s memang sinonim dengan harga berpatutan dan diskaun yang berbaloi-baloi.
Dan kalau korang nak tahu barang apa yang tengah ada diskaun kaw-kaw, senang je. Korang boleh download aplikasi Lotus’s Malaysia di Apple App Store atau Google Play Store untuk semak promosi dan kumpul mata ganjaran setiap kali korang belanja.

Bukan sekadar memudahkan pembeli, tapi juga komuniti
Selain memudahkan penduduk berdekatan beli barang dapur, pembukaan Lotus’s Datum Jelatek ni juga akan membawa manfaat kepada komuniti setempat.
Sebenarnya, Lotus’s dah lama ada program “food rescue”, di mana makanan yang tak terjual tetapi masih elok dimakan akan diselamatkan dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Program ni bukan benda baru, malah dah berjalan sejak 2016 lagi.

Di bawah inisiatif #KitakanJiran, Lotus’s kini bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk memastikan lebihan makanan ni sampai kepada golongan yang betul-betul memerlukan.
Tapi tak kisahlah sama ada korang singgah Lotus’s Datum Jelatek sebab dekat, murah, atau untuk sokong program komuniti mereka, yang penting, sekarang ada satu lagi pilihan yang buat hidup kita di bandar jadi kurang serabut.
