Ini PUNCA SAINTIFIK remaja lelaki ni boleh pregnant dengan kembar sendiri

Kali ni Malaysia digemparkan dengan cerita seorang remaja lelaki berusia 15 tahun megandung dengan kembar di Sungai Petani. Lelaki pregnant?? Wuu~~ Sebenarnya tuan empunya badan sendiri tak sangka dia bawak janin kembar selama ni, sampailah pembedahan dibuat. Kitorang difahamkan masa janin tu dikeluarkan, dia dah ada kaki, tangan, rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya termasuklah alat sulit.

Image dari Siakap Keli
Nilah bentuk kembar yang diusung dalam perut selama 15 tahun. Imej dari Siakap Keli.

Sebenarnya sejak kecik dia pernah dibawa menjalani pemeriksaan doktor sebab saiz perutnya yang membulat tu tak macam budak-budak lain tapi doktor takde pun nak lakukan pembedahan. Tapi lately ni je pergerakan dia dah terbatas sebab perut makin besar dan terasa sakit. Ia merupakan kejadian yang pelik yang pernah terjadi !

Ia bukanlah kejadian yang pertama di dunia

Ini mungkin merupakan kes pertama yang berlaku kat Malaysia, sebab tu la kot tiba-tiba jadi viral. Tapi untuk pengetahuan korang, kes ni pernah direkodkan kat India pada tahun 1999 di mana ia berlaku kepada seorang lelaki berusia 36 tahun!

Pada tahun 2012, kes ni pernah terjadi kat Indonesia membabitkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang mengandungkan janin lain berusia lima bulan!

Bayi dua bulan mengandung. Imej dari kezoom blogspot

Pada tahun 2012, kes ni berlaku di Cina di mana kanak-kanak berusia dua tahun mengalami bengkak di perut dan sukar bernafas.

Kalau korang nak tahu, kes ni di namakan sebagai fetus in fetu – kembar parasit. Kejadian ni dianggarkan berlaku 1 dalam setiap 500,000 kelahiran di dunia. Tapi pelik lah camne ia boleh mengandung kalau dia masih budak lagi? Lelaki pulak tu…

Lelaki dan kanak-kanak pun boleh mengandung? Macam mana pulak tu

Hasil kajian menyatakan yang ia berpunca dari dua sebab. Yang pertama disebabkan oleh embrio kembar yang tak terpisah sepenuhnya tapi ia terus membesar di dalam tubuh pasangan kembarnya.

Yang kedua, ibu yang asal sebenarnya pregnant anak kembar dan ada dua janin kat dalam rahim. So janin yang dominan akan bertumbuh dan membesar manakala janin lagi satu terbantut pertumbuhannya.

Janin yang terbantut tadi akan lenyap dan bertumbuh dalam janin kembar yang dominan. Tapi janin yang sihat dan kemudiannya membesar menjadi seorang manusia tadi akan mengalamani risiko masalah kesihatan akibat kembarnya yang menumpang hidup kat dalam perut.

Antara masalah daripada pergantungan kembar parasit tu mungkin pesakit tu akan mengalami penyerapan arteri berbalik atau TRAP. Bila mengalami TRAP, ia akan effect kat jantung atau kegagalan jantung untuk berfungsi dengan sempurna.

Biasa kalau sakit mesti ada tanda-tanda kan, so kalau macam mana kita nak kesan kejadian “fetus in fetu” ni, ada simptom ke?

Kalau daripada keding tiba-tiba jadi boroi macam Christian Bale ni, alamat kena check la tu.

Orang yang ada kena “fetus in fetu” ni, perut dia akan membesar cam pregnant dan sukar bernafas. Sebenarnya dari baby lagi patutnya doktor dah dapat detect “fetus in fetu” ni, menggunakan x-ray dan ultrasound, pastu kalau positif operate je untuk buang kembar tersebut. Lepas dah operate, camne cara nak uruskan janin tu?

Uruskan seperti jenazah atau tanam cam biasa je…

Kitaorang dok terpikir jugak camne cara dorang uruskan janin tu. So kitaorang pun try call pihak JAKIM untuk mendapatkan kesahihannya.

“Kalau dia dah membentuk seperti manusia mempunyai fizikal macam manusia, dia wajib disemadikan sebagai jenazah…” – Ustaz Umar, bahagain soal jawab agama di JAKIM dalam interview dengan SOSCILI

Tapi beliau kata, buat setakat ni pihak JAKIM belum putuskan lagi sebab benda ni kena disiasat dan dorang perlu berbincang dengan yang lain untuk dapatkan kepastian sepenuhnya kerana kembar tersebut dah mempunyai sifat cam manusia (rambut, kaki dan tangan).

Kitaorang akan update kat korang bila pihak JAKIM adah putuskan status kembar tu.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)