Lelaki ini bukan je membunuh, tapi turut beronani pada mayat mangsanya

Kita ni kalau tengok orang kemalangan pun dah risau teruk (menyibuk). Apatah lagi kalau kemalangan tu sampai keluar darah dan terputus tubuh badan semua. Maunya tak boleh makan nasi seminggu. Tapi lain pulak dengan seorang pembunuh ni iaitu Jeffrey Dahmer, yang juga dikenali sebagai Milwaukee Cannibal. Bagi dia, mayat ni sangat menarik sampai dia boleh kerat-kerat dan ceraikan anggota badan mangsa. Kes homisid dia ni terlampau kejam kalau nak dibandingkan dengan kes Mona Fandey kat negara kita.

Jeffrey Dehmer semasa dalam perbicaraan. Imej dari dailymail.uk

Mungkin korang tak pernah dengar pun pasal pembunuh bersiri ni. Dilahirkan di Ohio pada Mei 1960, Jeffrey Dahmer merupakan anak pertama daripada dua orang adik-beradik. Ayah dia seorang ahli kimia, mak dia pula seorang pengajar.

Selain daripada pembunuh bersiri, dia juga adalah kanibal (makan mayat manusia), homoseksual, necrophilia (melakukan persetubuhan dengan mayat), dan juga meleraikan anggota badan mayat sama ada untuk dimakan dan dijadikan ‘trofi’ atau ‘cenderahati’. Dia bermaharajalela di Milwaukee sejak tahun 1978 sampai tahun 1991.

Daripada seorang kanak-kanak yang periang kepada seorang yang pelik

Jeffrey membesar sebagai seorang remaja yang penuh dengan rasa ingin tahu. Imej dari vulture.com

Masa kecil, dia dikatakan seorang yang periang, tapi berubah jadi pendiam apabila meningkat remaja. Jeffrey juga dikatakan lahir dalam keluarga yang bermasalah di mana mak bapak dia selalu bergaduh dan buat dia rasa tertekan. Dia juga tak ramai kawan sebab selalu pencilkan diri.

Ada satu hari tu, ayah dia tengah buat projek kimia yang membuatkan Jeffrey rasa tertarik. Sebagai seorang ahli kimia yang selalu sibuk, dia rasa ni je la bonding ayah dengan anak yang dia ada dengan Jeffrey. Jadinya, ayah dia ajar la sikit-sikit pasal eksperimen yang dia buat dan macam mana nak preserve mayat atau tulang menggunakan larutan yang sesuai supaya bangkai tu kekal bentuknya dan tak mereput.

Jeffrey Dehmer dengan eksperimennya. Gambar dari vulture.com

Sejak tu la dia akan bereksperimen dengan semua bangkai yang dia jumpa. Dia akan kerat badan tikus, melunturkan tulang ayam dengan menggunakan asid, dan dia juga pernah pakukan bangkai anjing dekat pokok secara terbalik.

Salah seorang kawan sekolah Jeffrey ada cakap yang dia ni bijak, tapi pendiam dan suka simpan masalah sendiri. Tapi naik sekolah menengah pula, perangai dia makin pelik. Dia ada perasaan dekat kaum sejenis dan selalu berfantasi dengan lelaki yang selalu lalu kat rumah dia untuk berjogging. Malah sejak usia 14 tahun lagi dia dah mula jadi ‘pemabuk’ dan dengan selamba je dia minum arak kat sekolah sehingga menyebabkan prestasinya kat sekolah semakin teruk.

Jeffrey dan masalah mabuknya diterangkan pelukis. Imej dari cnn.com

Dia jugak suka buat gimik dekat tempat awam. Kat mana ada ramai orang berkumpul, kat situlah dia mula buat perangai macam buat bunyi pelik-pelik, buat-buat kena sawan dan macam-macam lagi untuk dapatkan perhatian orang sekeliling.

Dia suka buat gimik tak masuk akal. Imej dari comicsbeat.com

Jeffrey Dahmer dan pembunuhan pertamanya

Keadaan jadi makin teruk lepas mak ayah dia bercerai masa dia berumur 18 tahun. Yang paling menyedihkan ialah satu hari tu, mak dia lari dengan adik dia tanpa pesanan dan tinggalkan apa-apa pun kat dia. Disebabkan Jeffrey ni tak pandai luahkan perasaan, dia cuba untuk ‘tenangkan diri’ daripada segala duka lara tu dengan minum alkohol. Masa ni la permulaan segala masalah dan terciptalah episod pembunuhan Jeffrey Dahmer yang pertama.

Tak sangka, tiga minggu lepas gambar ni diambil, dia mula bunuh orang. Imej dari murderpedia

Beberapa minggu lepas dia habis sekolah menengah pada tahun 1978, dia pun keluar rumah untuk meronda dan terjumpa sorang lelaki, Steven Hicks yang minta tumpangkan dia balik. Mungkin sebab dia suka ada teman berborak, dia pun ajaklah kawan baru dia ni ke rumah untuk minum dan borak-borak. Masa tu, ayah dia takde kat rumah sebab urusan kerja.

Diorang mula mabuk dan kawan baru dia tadi pun nak balik la sebab dah lama sangat lepak. Tapi tak semena-mena Jeffrey jadi bengang. Dia bertindak ganas dengan mula mencekik dan pukul kepala mangsa dengan dumb bell sampai mati

Tak cukup dengan tu, Jeffrey leraikan pula anggota badan mangsa, bungkus dalam plastik dan tanam kat belakang rumah. Beberapa minggu lepas tu dia korek balik tanah untuk pecahkan tulang-temulang mayat tu menggunakan tukul besi, dan buang sisa-sisa yang dah hancur tu kat dalam hutan.

Takde siapa yang tahu pasal hal pembunuhan tu. Jeffrey kemudiannya sambung pelajaran, tapi hanya beberapa bulan je. Kemudian dia masuk pulak tentera atas saranan ayahnya untuk mendisiplinkan diri. Tapi tu pun hanya bertahan dua tahun je disebabkan masalah mabuk.

Duckface before it’s popular. Susah nak percaya orang buat duckface ni boleh bunuh 17 orang. Imej dari murderpedia

Mangsa-mangsa Jeffrey Dahmer dibunuh di pelbagai tempat, termasuk rumah neneknya

Sembilan tahun lepas pembunuhan pertama dia, Jeffrey secara tak sengaja terbunuh mangsa keduanya di sebuah bilik hotel. Dia terlampau mabuk untuk ingat apa yang dia buat sebab bila dia sedar je dari bangun pagi esok, mangsa kedua tu dah mati dengan darah penuh dalam mulut!

Tak tahu macam mana nak keluarkan mayat daripada bilik hotel tu, Jeffrey kemudian beli beg pakaian besar untuk bawa mayat tu ke bilik bawah tanah rumah nenek dia. Sama macam apa yang dia buat kepada mangsa pertama, dia leraikan badan mayat tu. Tak cukup dengan tu, dia kemudiannya melancap atas mayat tu sebelum membuang mangsa. Lepas tu, makin kerap dia cari mangsa untuk kepuasan diri.

Mangsa-mangsa Jeffrey Dahmer yang kebanyakannya adalah bangsa Afrika-Amerika. Imej dari rebelcircus.com

Dalam jangka masa 13 tahun je, dia dah bunuh seramai 17 mangsa yang kebanyakannya berbangsa Afrika-Amerika. Sebelum nak culik tu, dia akan kenal pasti latar belakang mangsanya dulu dan selalunya dia akan pilih orang yang kurang dapat perhatian masyarakat sekeliling. Sebabnya kalau hilang pun orang tak tahu dan bila macam tu, orang pun takkan jumpa bukti untuk sabitkan dia.

Selain tu juga, Jeffrey ni banyak berpindah randah. Lepas mak bapak dia bercerai, Jeffrey duduk dengan ayah dia, lepas tu tinggal dengan nenek dia pulak sampailah nenek dia sendiri tak tahan dengan perangai dia yang suka mabuk tu.

Selama dia tinggal kat rumah ayah dia, dia sempat bunuh mangsa pertama dia. Masa tinggal kat rumah nenek dia pula, dia sempat bunuh tiga orang mangsa lagi dekat bilik bawah tanah. Selama tu, diorang tak pernah tahu pun pasal pembunuhan yang terjadi. Cumanya, nenek dia terkejut bila jumpa pistol dan juga patung lelaki (sex doll kot) dalam almari.

Rumah nenek Jeffrey. Imej dari nydailynews

Bukan tu je. Selain tak tahan dengan bau alkohol, nenek Jeffrey juga tak tahan dengan bau pelbagai bahan kimia hasil projek Jeffrey tu, iaitu pengawetan anggota badan dan organ mangsa-mangsa dia.

Jeffrey Dahmer dan ritual peliknya

Keluar je daripada rumah nenek dia, Jeffrey kemudiannya tinggal kat rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja dia, sebuah kilang coklat di Milwaukee. Masa zaman 1980-an tu, LGBT ni bukanlah sesuatu yang terbuka sangat jadi dia ni mengalami kekeliruan identiti bila dia tahu yang dia punya orientasi seks tu lain macam.

Macam ni la nak bagi orang khayal. Imej dari Youtube

Tapi bila dia jumpa sebuah bar khas untuk golongan gay, dia pun sikit sebanyak faham apa yang dia nak. Dia jadi lebih berani bila dia cuba bereksperimen dengan cubaan mengkhayalkan mangsa (meletakkan dadah dalam minuman). Dia juga akan ambik gambar mayat menggunakan Polaroid dan simpan beberapa ‘cenderahati’ mangsa-mangsa dia iaitu penis, tengkorak, tulang dan pelbagai lagi.

Salah satu gambar mangsa Dahmer. Imej dari pinterest

Biasanya dia akan membunuh mangsanya dengan mencekik, menetak, mengelar leher, dan paling seram sekali dia menggerudi kepala mangsa dan masukkan asid supaya mangsa jadi macam zombie.

Cara dia ‘melupuskan’ mangsanya adalah dengan memotong daging-daging manusia tu dari tulang dan tulang-tulang tu pulak dia musnahkan menggunakan asid. Tapi kalau ada bahagian anggota mangsanya yang dia suka tu, dia akan simpan contohnya dia ada simpan bisep salah satu mangsanya dalam peti sejuk.

Bila tertangkapnya Dahmer, barulah orang tahu dia bukan je bunuh, tapi turut makan mangsanya!

Dalam tempoh 13 tahun pembunuhan, tahun 1991 la yang paling banyak mangsa, iaitu seramai 9 orang. Tapi nasib tak menyebelahi dia sebab mangsa yang ke-18 berjaya larikan diri dan laporkan pada polis.

Bila polis datang rumah dia dan check, diorang terkejut gila sebab jumpa macam-macam benda yang mengerikan. Ada tiga kepala dan beberapa organ dalaman dalam  freezer, badan tanpa kepala, beberapa tengkorak, sepasang pergelangan tangan manusia, dua kemaluan lelaki yang diawetkan dalam bekas, kulit manusia, sebuah tong asid yang sangat kuat (boleh melarutkan isi daging manusia) dan macam-macam lagi. Yang paling seram, ada jantung dalam freezer, dengan nota “untuk dimakan nanti”.

Jiran Jeffrey Dehmer kata ramai yang komplen pasal bau busuk yang datang daripada rumah dia. Imej dari murderpedia.org,

Selain tu, polis jugak menjumpai sebanyak 74 keping gambar polaroid mayat mangsa yang mengerikan dan gambar aktiviti homoseksual Jeffrey dengan mangsa yang masih hidup dan mati. Kebanyakan mangsa Jeffrey Dahmer tak dapat dicam sebab badan dan muka semua dah dileraikan, jadi kebanyakannya dikenalpasti melalui rekod pergigian.

Tong yang memuatkan 3 badan manusia dalam asid yang meleraikan daging mangsa-mangsanya.

Tak tahu la berapa ramai lagi yang menjadi mangsa Jeffrey Dehmer kalau mangsa terakhir tak terlepas. Malah disebabkan semua penemuan tu juga, apartmen yang diduduki Jeffrey dirobohkan kerajaan yang tak nak jadikan tempat tu sebagai tarikan pengunjung.

Masa Jeffrey dibicarakan, dia cakap,

“Saya mempunyai keinginan dan fikiran yang obsesif yang ingin mengawal mereka (mangsa). Saya cuma nak mengawal seseorang dan tak perlu fikir apa yang mereka mahukan, dan simpan mereka selama mana yang saya nak”- Jeffrey Dahmer

Malah masa dia diinterview pasal sifat kanibalnya, dia bagitahu

“Memakan hati mangsa adalah satu cara untuk membuat saya merasa yang mangsa adalah sebahagian daripada saya. Pada mulanya saya cuma nak tahu macam mana rasanya, tapi makin lama saya tak boleh tahan”- Dahmer masa diinterview Inside Edition.

https://www.youtube.com/watch?v=vPMBfX7D4WU

Masa kes perbicaraan dia pula, ada ahli keluarga mangsa yang mengamuk dalam mahkamah disebabkan pembunuhan kejam ahli keluarga diorang. Tapi, raut wajah Jeffrey tak menampakkan yang dia menyesal pun. Jeffrey Dahmer dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Januari 1992. Tapi dua tahun lepas tu dia disahkan mati kerana dibunuh oleh tahanan lain kat penjara.

My Friend Dahmer, sebuah buku yang ditulis kawan sekolah menengah dia, Derf Backderf

Komik lukisan kawan Jeffrey. Image dari google books

Kalau korang nak tahu, lukisan komik yang korang tengok kat atas tadi adalah hasil seni kawan sekolah Jeffrey sendiri, iaitu Derf Backderf. Komik yang bertajuk My Friend Dahmer tu banyak dapat pengiktirafan dan merupakan salah satu bestseller di Amerika. Kalau korang perhati seni lukisan pada komik tu, korang mesti perasan komik tu agak ‘dark’ dan ada makna tersendiri. Komik tu banyak memfokuskan perangai pelik Jeffrey Dahmer di sekolah berbanding kenapa dia jadi pembunuh.

Derf Backderf, kawan sekolah Jeffrey Dahmer. Imej dari illustrationhistory

Kat sini, Derf Backferf cuba untuk buatkan pembaca faham setiap perkara yang berlaku mesti ada puncanya. Contohnya kisah yang diceritakan ni berkisar kepada zaman kanak-kanak Jeffrey, di mana kekejaman dia memang wujud sejak kecil, tapi orang ambik ringan je dengan perbuatan dia. Malah dia juga ada cakap pasal tingkah laku budak-budak ni kena ambik serius sebab perangai ni boleh terbawa-bawa sampai dewasa dan terjadinya permulaan jenayah.

Komik tu juga dapat banyak pujian disebabkan mesej yang disampaikan bersahaja dan takde sensored pasal perangai pelik Jeffrey Dahmer, dan macam mana masyarakat tak ambik berat pasal sekeliling diorang sampailah kejadian pembunuhan ni terbongkar.

“One of the most thought-provoking comics released in a long time.”-Slate.com

Tertarik dengan kisah Milwaukee Cannibal ni, sebuah produser filem akhirnya bekerjasama dengan Derf Backderf untuk menghasilkan filem dengan tajuk yang sama dengan buku tu.

Tanpa perhatian keluarga, anak yang baik boleh berubah sebaliknya

Dalam salah satu bual bicara tv, pakar psikiatri yang jadi saksi di mahkamah berpendapat Jeffrey Dahmer sepatutnya di hantar ke institusi mental berbanding ke penjara. Bukan nak elak daripada hukuman, tapi untuk pakar psikiatri lain mengkaji minda seorang pembunuh tentang macam mana orang macam dia boleh bertindak sejauh tu.

Salah satu sebab yang disebutkan adalah pengabaian oleh keluarga dan masyarakat sekeliling yang membawa kesan buruk. Derf Backderf sendiri pun kata yang dia tak pernah jumpa orang yang paling sunyi, sampai dia kata Jeffrey ni sebagai, “The loneliest kid I’ve ever met”. Disebabkan dia terlampau sunyi, dia buat sesuatu perkara yang tak pernah disangka-sangka, sampai satu tahap dia tak rasa takut atau bersalah pun dengan apa yang dia dah buat.

Sebenarnya, kita sebagai masyarakat juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan benda macam ni terjadi. Janganlah jadi masyarakat yang tahu menghukum je, tapi tak menyumbang apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Jadi kalau korang rasa ada kawan yang perlukan bantuan, janganlah sisihkan diorang. Bagi sokongan sebab kadang-kadang, diorang ni tak minta lebih, cuma nak didengari. Malah korang sebagai pendengar sendiri pun kadang-kadang perlu didengari. Kalau rasa macam tak boleh kawal keadaan, cadangkanlah kawan korang untuk jumpa pakar supaya perkara macam ni boleh dielakkan.

Muka Jeffrey dihitamkan dan dipanggil “The boy who don’t belong”. Imej dari komik Derf Backderf