Mengumumkan AmbikKau, laman web baru oleh SOSCILI, RojakDaily, AskLegal & SoyaCincau

Disebabkan tertekan untuk meningkatkan jumlah pembaca, empat laman web Malaysia bergabung untuk membina laman web berita sosial yang baru dengan bantuan Artificial Intelligence

KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2019 – Dengan peralihan penggunaan internet di Malaysia oleh para pembaca dan juga para pengiklan kepada laman-laman web yang menerbitkan berita-berita tular, suatu projek mengejutkan pun dimulakan – laman-laman web macam RojakDailyCilisosSoyaCincauSosciliand Asklegal kini teruja mengumumkan pelancaran AMBIKKAU.COM, suatu platform berita sosial yang baru!

Some of the amazing content that the AmbikKau team and CV Control have found on the internet
Beberapa berita hebat yang dahdijumpai oleh tim AmbikKau di seluruh internet.

Dalam masa tiga hari selepas pelancarannya pada 28 Mac 2019, AmbikKau dah pun mendapat sebanyak 40,000 pembaca, sebagai laman web berita sosial dwibahasa di mana rakyat Malaysia boleh dapat tahu lebih berita-berita tentang:

  • Gaya Hidup
  • Trend Semasa
  • Teknologi
  • Sosiopolitik
  • Undang-undang dan Pendidikan

Beberapa tahun lalu, Cilisos, Soscili, SoyaCincau, RojakDaily, dan AskLegal adalah budak baru dalam bidang penerbitan online, dan mendapat pengikut yang ramai dalam masa yang singkat. Walau bagaimana pun, baru-baru ni kami telah mendapati bahawa terbitan-terbitan laman-laman web berita baru semakin pendek dan bersensasi. Para pengiklan juga telah mengikuti trend ini, dan makin suka beriklan dengan laman-laman web seperti ini yang mempunyai bilangan pembaca yang ramai untuk menyiarkan iklan mereka.

AmbikKau dah dicipta sebagai jalan penyelesaian masalah kat atas ni, serta memanfaatkan peluang yang ada untuk fokus pada berita-berita yang laju dan semestinya tular. Dalam 3 hari selepas pelancaran, laman web AmbikKau dah menerima 40,000 pembaca. Penulis-penulis yang ada pun akan fokus kepada kelajuan dan keberkesanan sewaktu menulis. Kalau korang nak tahu, AmbikKau pun tak perlu sangat penulis. Sebab semua benda boleh copy paste!

Ketua Pengarang SoyaCincau, Amin Ashaari menerangkan pasal benda ni, “Ia adalah permainan nombor, trafik yang tinggi mengatasi kualiti. Dan klien akan ok juga dengan benda ni, apa yang diorang nak hanyalah nombor, jadi kami tengok kalau kalau CV Control boleh menghasilkan result yang lebih laju dari kewartawanan yang betul.”

Nama AmbikKau ni diilhamkan dari Ketua Pengarang Cilisos, Chak Onn Lau yang menggambarkan bahawa, “Kami mahu pembaca kami balik, jadi kami ambik balik perhatian mereka, ambik masa korang, ambik kesetiaan korang, dan paling penting, kami nak ambik kau.”. Pengarang Soscili, Iqbal Fatkhi juga ada cakap, “Tak ingat senang camne. Entah mengapa kerja macam bangang sebelum ni nak tulis panjang panjang

Pengarang Asklegal.my, UiHua Cheah menrangkan betapa pentingnya untuk membiasakan diri dengan perubahan: “Lipas dan dinosaur pernah sekali hidup bersama, tapi hanya satu sahaja yang selamat dari kepupusan melalui membiasakan diri dan evolusi. Kalau kita berpegang kepada maksud lama “kandungan tak bermanfaat” dan “kewartawanan”, apa yang perlu kita tanya pada diri kita…adakah kita nak jadi dinosaur atau lipas?”

Ketua RojakDaily, Amresh Jessey melihat yang Ambik Kau sebagai benda baru untuk media Malaysia, ” Ia macam Kapten Planet. Dalam detik-detik yang suram, lima elemen bergabung untuk menghasilkan sesuatu yang baru, berkuasa dan menarik. Tapi korang kena sentiasa ada prinsip.”

Kalau nak baca banyak lagi benda panas, lawati ambikkau.com atau facebook.com/ambik99