6 pengalaman LUAR BIASA Qaradhawi sewaktu di penjara yang ramai tak tahu

Nama Yusuf Qaradhawi dah dibuang dari senarai ‘wanted’ INTERPOL. Sebelum ni dia disenaraikan di dalam notis merah dan wanted kerana didakwa terlibat dengan pembunuhan dan rompakan ketika rampasan kuasa tentera di Mesir pada tahun 2013.

Semua pun tahu, Yusuf Qaradhawi adalah bekas ketua bagi Kesatuan Ulama’ Sedunia sekarang ni. Jawatan lain dia termasuk ahli Majlis Rabitah al-Alam al-Islami di Mekah, ahli Lembaga Fiqah Islam di Mekah, ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis termasuk penasihat Shari’ah di beberapa buah bank Islam.

Qaradhawi waktu ambil anugerah. Imej dari Mstar

Walaupun dia ada jawatan yang banyak, dia juga masih sangat giat dalam bidang penulisan. Ada orang cerita yang dia telah menghabiskan masa 14 jam sehari di perpustakaan rumah untuk membaca dan menulis. Sampai sekarang, lebih daripada 120 buah buku dah dihasilkanya berkaitan dengan hal ehwal wanita, kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi, kewangan, perubatan, politik dan pemerintahan.

Di sebalik kehebatan dia, tidak kurang juga cabaran yang dihadapi sepanjang perjuangannya. Dia pernah dipenjara beberapa kali dan pernah didera serta diseksa. Kesan penderaan tu telah memberi kesan kat kesihatannya sampai sekarang.

Dulu dia juga pernah dilabel sebagai ‘terrorist’. Gambar dari Al Arabiya.

Tapi jarang kita baca dan dengar orang berkongsi pengalaman-pengalaman menarik Yusuf Qaradhawi waktu muda, terutamanya ketika dia ditahan dalam penjara. Di sini, SOSCILI nak kongsi pengalaman dia yang jarang korang dengar.

(Nota: Pengalaman dalam ni telah diambil dari buku ‘Aku dan Al Ikhwanul Al Muslimin’ tulisan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dengan tajuk asalnya adalah ‘Mudzakarah Qaradhawi’)

1. Ibu menjadi tebusan jika tidak menyerahkan diri

Pada 28 Disember 1948, tersebarlah berita bahawa Mahmud Fahmi Nuqrasyi Basya mati ditembak. Nuqrasyi waktu tu adalah Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Mesir merangkap komander tentera Mesir. Nuqrasyi sebenarnya telah mengharamkan Jemaah Ikhwanul Muslimun kerana Ikhwanul Muslimun telah menghantar pasukan tentera mereka untuk menghalau Israel Zionis yang cuba masuk ke Palestin.

Muka ada senyum. Hasan Al-Banna dan pengikutnya bergambar. Gambar dari Ikhwanweb

Akhirnya, ketegangan Kerajaan Mesir dengan Ikhwan menyebabkan kematian Nuqrasyi. Dilaporkan bahawa dia telah dibunuh oleh seorang mahasiswa kedoktoran dari Universiti Fuad Awwal di Kaherah. Mahasiswa Ikhwan itu bernama Abdul Majid Hasan. Turut ditangkap adalah Abdul Aziz Baqli dan Sheikh Sayyid Sabiq. Sayyid Sabiq turut digelar mufti berdarah tapi dia dilepaskan sebab tiada bukti yang kukuh tentang penglibatannya. Waktu kejadian ni, Hasan Al-Banna selaku orang tertinggi Ikhwan cakap,

“Mereka bukan Ikhwan, bahkan mereka bukan Muslim…”

Sebenarnya Qaradhawi seorang mahasiwa Ikhwan yang berpengaruh, jadi dia sangat berjaga-jaga. Pihak polis memang tengah buat penangkapan beramai-ramai termasuk mahasiswa. Jadi Qaradhawi telah berbincang dengan seorang kawan rapat dia bernama Muhammad Damirdasy Murad. Diorang ambil keputusan untuk tak datang kelas pengajian dan menyorok di kampung Damirdasy di Samlawiya. Tapi diorang lupa akan kantoi juga sebab diorang hilang serentak.

Mana budak-budak ni menyorok? Gif dari memeguy.com

Sampailah pada satu hari sewaktu Qaradhawi tengah study dengan member dia, tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat. Diaorang tahu ketukan tu datang daripada pihak polis, jadi ibu kawan dia tadi buka pintu dan diaorang pergi menyorok kat rumah sebelah. Ibu Damisrdasy punyalah terkejut bila tengok pihak polis yang ada depan rumah.

“Di mana anakmu dan kawannya?” – jerit polis kepada ibunya

Ibu Damirdasy cakap yang dorang ada kat Tanta. Pihak keselamatan tak percaya dan selongkar satu rumah tu. Waktu selongkar tingkat atas, diorang jumpa kasut, buku-buku dan pakaian diorang, tapi pemiliknya tak ada. Jadi pihak polis terfikir untuk check rumah sebelah pulak. Tapi tetap tak jumpa dan hanya ada cumalah bilik yang terkunci. Pihak polis ambil keputusan untuk bawa ibu Damirdasy ke balai polis. Bila diorang keluar dari tempat sembunyi baru diorang tahu yang ibu Damirdasy dibawa ke balai. Qaradhawi pun cakap,

“Kita harus menyerahkan diri. Ibumu tidak boleh bermalam di penjara walaupun satu malam”

Akhirnya, mereka berdua pun menyerahkan diri untuk melepaskan ibu Damirdasy.

2. Kerana Qaradhawi, penjara di balai polis bertukar menjadi masjid dan dewan kuliah

Bila diorang masuk je balai polis, diorang nampak lebih 40 orang tahanan di dalam. Kebanyakanyan adalah penjenayah dan para petani yang buat masalah berkaitan penanaman. Bila sampai Isyak, salah seorang pun azan dan ajak semua solat sekali. Kemudian Qaradhawi sendiri yang jadi imam solat malam tu dan kemudiannya bagi ceramah.

Macam ni kot suasana solat dalam kem tahanan. Gambar dari We Were There Too.

Diorang tidur beberapa jam je dalam sel penjara yang dikatakan berdebu tu. Jadi bila menjelang waktu Subuh, diorang bangun dan berwudhuk lalu ajak semua tahanan solat Subuh berjemaah. Lepas tu, Qaradhawi bagi ceramah kat semua tahanan dalam tu. Kemudiannya, Qaradhawi dan Damirdasy membaca al-Ma’thurat berdua sahaja kerana tahanan lain tak tahu. Tapi bila zikir-zikir lain tahanan lain pun turut ikut membacanya sampai salah seorang penjaga penjara datang dan sound,

“Kenapa dengan kalian? Suara kalian telah menganggu semua orang…”

Keesokkan harinya, Qaradhawi dibawa ke Tanta untuk bertemu dengan Sa’duddin Sanbathi ,ketua biro tugas-tugas khas yang sangat kasar dan kejam. Dia disoal siasat dengan dicaci-maki dan macam-macam pertuduhan dikaitkan. Dia mengeluarkan beberapa perkataan yang tegas dan tajam kepada Sa’duddin. Kemudian dia dimasukkan ke dalam penjara khas di Tanta selama 40 hari.

3. Dalam penjara pun ada demonstrasi

Pada 13 Februari 1949, Qaradhawi dan tahanan lain telah dikeluarkan daripada penjara di Tanta untuk dipindahkan ke kem tahanan di Kaherah. Itulah kali diaorang melihat cahaya matahari setelah sekian lama terkurung. Pada waktu tu juga, mereka terbaca berita mengenai kematian mengenai ketua mereka iaitu Hasan Al-Banna yang merupakan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimun. Dia dikatakan mati ditembak.

Kemudian semua tahanan telah dibawa menaiki bot untuk ke Penjara At-Tur. Kem tahanan di kawasan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Qaradhawi telah ditempatkan di kem nombor dua. Tiada apa yang difikirkan oleh tahanan Ikhwan waktu tu melainkan bagaimana nak buat masjid. Lalu mereka meletakkan beberapa biji batu di atas sebidang tanah sebagai tanda kawasan masjid. Imam yang dilantik waktu tu adalah Sheikh Ghazali.

Sheikh Ghazali dilantik menjadi imam di kem tahanan. Gambar dari al-muflihun.com

Hari semakin hari, para tahanan mula tak berpuas hati sebab makanan yang diberi sangat sikir dan hampir basi. Apatah lagi makanan disediakan adalah saki-baki sebab pegawai penjara dah makan dulu.

Jadi, suatu hari ni, Sheikh Ghazali pun bagi khutbah Jumaat berkaitan menghancurkan kezaliman dan rampasan hak-hak dalam kem tahanan. Khutbah tu telah menaikkan semangat para tahanan. Lepas selesai solat Jumaat, Sheikh Ghazali pun ketuai demonstrasi di dalam kem tersebut untuk menunjukkan bantahan terhadap layanan tu. Sementara Sheikh Ghazali berucap, Qaradhawi dan tahanan lain melaung,

“Hancurlah organisasi kezaliman! Binasalah politik kelaparan!”

Berita demonstrasi tadi telah sampai ke telinga pihak atasan. Pihak atas telah turun dan buat dialog dengan beberapa wakil tahanan termasuk Sheikh Ghazali. Hasil rundingan tu, para Ikhwan dibenarkan untuk mengagih makanan dan memilih makanan sendiri sesuai dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. Sebahagian daripada makanan itu diorang asingkan untuk disimpan dan dibersihkan. Makanan tadi tu diorang akan bagi kepada penduduk At-Tur yang sangat miskin dimana mereka tinggal di sekitar kawasan tahanan tu.

Bak balik makanan aku! Gif dari Giphy.com

4. Penjara bertukar menjadi tempat perbincangan dan pusat sukan

Sepanjang di kem tahanan tu, para Ikhwan termasuk Qaradhawi akan mengadakan kelas-kelas perbincangan. Ada kelas pengajian Sirah bersama Sheikh Ghazali, kelas pengajian feqah bersama Sheikh Sayyid Sabiq dan kelas pengajian lain-lain. Mereka menghabiskan masa di kelas-kelas perbincangan ni hingga matahari terbit. Habis penjara jadi dewan kuliah.

Biasanya lepas kelas perbincangan tadi, mereka akan bersenam beramai-ramai. Aktiviti senaman tu diketuai oleh Muhammad Mahdi Akif yang merupakan mahasiswa pendidikan sukan olahraga. Antara aktiviti sukan yang diorang buat macam warm up, latihan berlari, melompat dan lain-lain. Aktiviti senaman biasanya ambil masa satu jam. Lepas tu mereka akan bersarapan bersama-sama.

Tadaaaa!! Penjara bertukar jadi bilik study. Gambar dari nydailytimes.com

Selesai makan, biasanya diorang akan bergilir-gilir membersihkan dan menghias dewan besar. Waktu ni juga, ada yang mengisi masa dengan membaca buku. Qaradhawi juga ada membawa dan membaca buku-buku silibus pengajian dia waktu tingkatan 5. Dia dan kawan-kawan berharap akan dapat mengikuti exam bila tiba waktunya nanti.

5. Tandas penjara diubah suai oleh tahanan

Selepas beberapa lama kat Penjara At-Tur, Qaradhawi dan beberapa orang telah diarah untuk pindah ke penjara Haiktasib di Kaherah. Perjalanan untuk ke Haiktasib dahmemang menyusahkan. Mula-mula dicampak ke dalam lori tidak berbumbung seperti binatang. Lepas tu, perjalanan diaorang tadi melalui kawasan padang pasir yang panas untuk sampai ke kawasan penjara. Bagi yang muda takde hal la, tapi tahanan yang tua memang masalah. Tapi diorang gembira sebab dapat tengok pohon-pohon hijau lepas lama tak tengok.

Sampai sahaja kat sana, tahanan-tahanan dari Komunis dan beraliran kiri dah ada kat sana. Mereka dah ada terlebih awal sebelum Qaradhawi dan lain-lain sampai. Henry Correl yang merupakan pemimpin diorang masa tu sangat disegani oleh tahanan-tahanan di situ. Dia memerintah dan melarang pengikut dia dari patuh arahan pihak penjara.

Apa yang menarik, di penjara Haiktasib, reka bentuk tandasnya adalah rekaan ala Perancis atau tandas duduk. Bagi mereka, tandas rekaan macam ni tak sihat, sebab pengguna seterusnya akan duduk di atas bekas pengguna sebelumnya di mana kulit bersentuhan. Tandas cangkung adalah lebih elok selain dapat menguatkan kedua betis, jadi, diorang ambil keputusan untuk menyusun batu-bata untuk dijadikan tandas cangkung.

Gelilah tandas camni. Gambar dari PieceOPlastic

6. Berhibur di dalam penjara dengan hipnosis

Dalam kalangan tahanan tu, ada seorang yang boleh memukau orang lain dengan hipnosis. Nama tahanan tu ialah Dr. Ahmad Syauqi Fanjari. Dr. Fanjari biasa akan memukau tahanan-tahanan penjara terutamanya pelajar. Bila orang tu telah terpukau, diorang akan tanya macam-macam soalan kat orang tu.

Mana pergi duit 1MDB? Gif dari Giphy.com

Jadi suatu hari, Qaradhawi dan rakan-rakan lain dari dalam penjara ada dengar berita pasal revolusi yang berlaku kat Syria. Ada laporan bagitahu revolusi tu dilakukan oleh Jeneral besar dalam tentera Rusia iaitu Husni Za’eem. Jadi berita itu ta pasti sebab tak ada akhbar dan siaran tv dalam penjara.

Jadi ada yang minta Dr. Fanjari untuk pukau salah seorang tahanan dan bertanya pasal isu Syria ni. Tapi, kebanyakan jawapannya agak mengelirukan. Jadi diorang percaya bahawa tiada yang tahu perkara-perkara ghaib selain Tuhan. Qaradhawi juga tulis,

Maka, jika kami melakukan hipnosis, itu tidak lain hanyalah sekadar hiburan buat kami mengisi masa di penjara. Tidak ada salahnya. Kami tidak melakukan itu untuk mengetahui yang ghaib kerana perkara-perkara tersebut benar-benar dilarang  secara syariatnya

Orang hebat letak kat mana-mana pun hebat

Banyak lagi kenangan-kenangan yang Syeikh Qaradhawi kongsi yang tak dapat dicatat kat sini. Tapi kalau baca kenangan sepanjang penulisan ni kita nampak yang dia dan kawan-kawan sentiasa bawa kebaikan. Sama ada di letak dalam balai polis, sel penjara atau pun kem tahanan.

Buat masa sekarang ni, Syeikh Qaradhawi dah dapat banyak anugerah dan pengiktirafan. Lagi-lagi negara yang dipimpin orang Islam. Anugerah yang pernah Syeikh dapat termasuklah anugerah dari negara Arab Saudi, Malaysia, Brunei, UAE dan lain-lain.

Bak kata Dr. Tengku Hasmadi  bin T. Mohamad:

Hidup biarlah menjadi benih yang baik. Dicampak ke laut menjadi pulau, terlontar ke langit menjadi bintang, jatuh ke daratan menjadi pohon yang berbuah dan rendang.

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT