Kita rasa gaji RM3K pun miskin, tapi kenapa kerajaan kata RM980 sebulan?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Walaupun ada banyak bangunan tinggi di KL dan teknologi canggih di Malaysia, kita tetap nampak orang hidup dalam keadaan begini…

Makan di jalanan. Imej dari Utusan

…dan ini…

Duduk di rumah usang. Imej dari Kosmo

Walaupun begitu, ia sebenarnya sangat mengejutkan apabila angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan menunjukkan, hanya 0.4% dari keseluruhan populasi rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan. Bercakap pasal kemiskinan, ia berkaitan pendapatan isi rumah bawah RM980 sebulan dalam satu keluarga tu ada lima orang. Dan peratusan kemiskinan tu dilaporkan berkurang secara drastik beberapa tahun lalu sejak tahun 70-an (dari 49%) dan dalam masa 30 tahun!

Walau bagaimanapun, pegawai kanan PBB, Philip Alston yang melawat Malaysia mendedahkan berita yang mengejutkan pasal kadar kemiskinan kita: ia sebenarnya lebih tinggi daripada angka rasmi.

Philip (bukan lampu) melawat kawasan perumahan dhaif di Malaysia. Imej dari MalaysiaKini

“Realitinya, Malaysia seolah-olah mempunyai kadar kemiskinan yang hampir sama dengan kebanyakan negara lain, dan ia seperti 15 peratus [ … ] ia adalah kemiskinan yang sangat signifikan.” – Philip, petikan dari Malaysiakini.

Dia juga mengatakan yang garis kemiskinan tak konsisten dengan kos sara hidup hari ini dan ia mungkin masuk akal pada tahun 70-an. Dalam laporannya, dia menulis, “pendapatan isi rumah meningkat lima kali ganda sejak tu, dan negara bergerak daripada negara “berpendapatan rendah” kepada “berpendatan pertengahan atas” pada masa tu”.

Tapi, betul ke ia tak konsisten?

Kami membandingkannya dengan harga beras selama beberapa tahun

Kami jumpa statistik harga beras dari indexmundi.com dan kadar kemiskinan dari un.org.my. Kami bandingkan angka ini dan…

Peningkatan harga beras = (RM1700-RM900)/RM1700 x 100%

47%

Peningkatan garis kemiskinan = (RM980-RM510)/RM980 x 100%

=47%

Jadi, adakah ini bermakna angka rasmi kerajaan tu betul? Mungkin betul, tapi itu pun kalau kerajaan menggunakan cara kiraan macam kat atas ni yang merupakan kaedah yang diiktiraf antarabangsa, dipanggil KEMISKINAN MUTLAK (Absolute Poverty) untuk mengenalpasti garis kemiskinan di Malaysia. Ada satu lagi kaedah yang dipanggil KEMISKINAN RELATIF (Relative Poverty), tapi kami akan terangkan nanti.

Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan minima keperluan asas bagi lima sekeluarga:

  • Makanan (lima sekeluarga memerlukan jumlah 9.910 kalori makanan sihat/hidangan penuh)
  • Pakaian dan kasut – info dah dikumpul dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Barangan bukan makanan: sewa, tenaga dan bahan api – info berdasarkan perbelanjaan bagi isi rumah berpendapatan rendah yang dikumpul dari Survei oleh Jabatan Statistik yang dijalankan setiap tahun.

Kerajaan kemudiannya akan membandingkan semua ini dengan pendapatan isi rumah bagi mengenalpasti isi rumah yang mana bawah atau atas garis kemiskinan.

Dan dengan menggunakan kaedah ini, angka rasmi bukan sahaja rendah untuk kadar kemiskinan tapi juga bagi kadar kemiskinan melampau yang berada pada peratus 0%! Memang mengejutkan, sebab macam sukar nak percaya dengan perasaan orang Malaysia yang merasakan pendapatan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan.

Kenapa? Bayangkan ni: Dengan hanya RM980 sebulan untuk sara keluarga, korang secara kasarnya hanya boleh survive dengan RM7 setiap orang untuk sebulan. Mengambil kira kos kasar sara hidup di Malaysia berdasarkan angka yang kami jumpa di numbeo.com dan food advisor:

P/S: Ini hanyalah angka kasar sebab ia berbeza mengikut negeri (kami akan terangkan nanti)

Dan ia LEBIH dari kemampuan keluarga ini! Secara faktanya, kalau pendapatan isi rumah sebuah keluarga ialah RM1,100 (pendapatan minima), keluarga itu akan hidup di bawah kemiskinan kerana mereka tak mampu memenuhi keperluan asas. Tapi, tu bukan benda yang kita nak bincang sekarang.

Mula-mula tadi, kami terangkan yang kos sara hidup berbeza dari satu negeri dengan yang lain. Dan sebab tu, garis kemiskinan mungkin berbeza mengikut negeri.

Sebuah keluarga dengan pendapatan isi rumah RM980 sebulan akan survive hidup sebulan di negeri tertentu di Malaysia. Sebagai contoh, isi rumah T20 di Kelantan atau Perlis mungkin akan jadi B40 di KL. Korang juga boleh semak website ni untuk tahu anggaran (dengan kos makanan dan pakaian) yang lebih lengkap bagi kos sara hidup di setiap negeri di Malaysia.

Inilah yang kaedah Kemiskinan Mutlak tak boleh ukur menurut kajian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), A.H Roslan kerana ia agak sukar untuk mengenalpasti keperluan asas minima bagi setiap keluarga. Jadi, ia mungkin masuk akal kenapa Philip menyarankan kerajaan untuk reviu balik cara kiraan garis kemiskinan.

Tapi, bukan tu je sebab…

Ada kaedah lain yang mendedahkan bahawa 15% populasi Malaysia hidup dalam kemiskinan

Sebenarnya, satu kajian dari Khazanah menyatakan garis kemiskinan Malaysia adalah rendah berbanding dengan negara-negara lain yang mempunyai pendapatan yang sama. Ini mungkin sebab kenapa ada banyak kritikan mengenai kadar kemiskinan sekarang yang mencerminkan sesuatu yang tak adil berbanding apa yang terjadi di lapangan.

Nampak tak, di sana ada cara lain untuk mengira kemiskinan dan Khazanah mencadangkan supaya digunakan kaedah ‘kemiskinan relatif’ sebagai pelengkap bagi kaedah sedia ada.

Kemiskinan Relatif bermaksud seseorang tu miskin apabila pendapatannya lebih rendah dari purata pendapat negara atau gaji kurang dari 60% pendapatan median. Jika pendapatan median rakyat Malaysia adalah RM5,000, dan ini bermaksud mereka yang bergaji bawah RM3,000 dikira sebagai miskin.

Dan ini kenapa bilangan mereka yang hidup dalam kemiskinan relatif akan jadi lebih tinggi. Kajian Institut Khazanah menunjukkan peratus mereka yang miskin secara relatif adalah 15% apabila kaedah ini digunakan – yang mana ia adalah angka yang disebut oleh Philip.

Menurut fakta, ramai isi rumah B40 mungkin disifatkan sebagai miskin secara relatif, yang mana ia benar kalau diambil kira kaedah ni yang memberi maksud kemisikinan adalah mereka yang berada pada keadaan paling bawah dalam skala pembahagian pendapatan.

Satu lagi perkara penting mengenai cara kiraan ni adalah bagaimana kita juga boleh mengenalpasti pasal pengagihan pendapatan: selagi mana kemiskinan wujud dalam pengagihan ni, maka pendapatan tak diagih dengan adil.

Sekalipun Khazanah mengatakan bahawa jurang pendapatan antara kaya dan miskin akan terus melebar, Indeks GINI Malaysia (biasanya digunakan untuk mengukur ketidaksamarataan pendapatan) secara mengejutkan menunjukkan penurunan dari 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.399 pada tahun 2016.

Untuk gambaran penuh, mempunyai indeks GINI pada kadar sifar menunjukkan setiap orang Malaysia mendapat pendapatan yang sama.

Tapi masalah dengan kemiskinan relatif menurut Roslan, ia tak boleh ukur kualiti sebenar untuk mereka yang disifatkan hidup dalam kemiskinan. Ini bermakna, mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapata bawah RM3,000 akan disifatkan sebagai kemiskinan secara relatif walaupun mereka mungkin tak semestinya hidup dalam rumah usang. Berkemungkinan mereka mempunyai cukup makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk bulan tu dan juga mempunyai duit tambahan untuk disimpan.

“Jika B40 dikelirukan dengan kemiskinan mutlak, kita akan mempunyai 40% populasi yang layak menerima bantuan sosial secara berterusan!” – Petikan dari kajian Khazanah

Mendefinisikan kemiskinan di Malaysia tak semudah itu

Apa yang menarik, BR1M dibayar kepada mereka yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah, yang mana ia sangat dekat dengan garisan kemiskinan relatif. Adakah ini bermakna kerajaan menyedari bahawa kemiskinan relatif patut digunakan berbanding kaedah semasa?

Jadi diakhirnya nanti, tiada cara yang betul untuk mendefiniskan kemiskinan dan negara yang berbeza menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengenalpasti kemiskinan. Sebagai contoh, garis kemiskinan utama yang digunakan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dan Kesatuan Eropah adalah kemiskinan relatif yang diukur berdasarkan ‘jurang ekonomi’, di mana garisan biasa ditetapkan pada 60% pendapatan isi rumah median.

Negara lain macam US menggunakan kemiskinan mutlak untuk mengukur kemiskinan … sama seperti Malaysia!

Berdasarkan apa yang kita bincang kat atas tadi, kedua-dua kaedah tak dapat menunjukkan cerminan sebenar untuk mereka yang hidup dalam kemiskinan. Ini kerana kemiskinan seringkali melibatkan beberapa perkara, yang mana tak semestinya melibatkan kekayaan.

Pelajar-pelajar dari keluarga miskin yang diberi ruang belajar. Imej Jireh’s Hope

Ini mungkin sebab kenapa kerajaan datang dengan kaedah lain untuk melengkapkan garis kemiskinan.

Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) dah digunakan untuk mengukur skop kekurangan yang lebih luas daripada sekadar dimensi pendapatan yang dipraktiskan sekarang. Kayu ukur untuk MPI juga sedang dikaji semula untuk mencerminkan mobiliti sosial isi rumah yang lebih baik.” – Azmin, petikan dari Malaysiakini

Tak macam kaedah sekarang, MPI akan mencerminkan kadar kemiskinan lebih baik dengan ukuran dimensi lain seperti pendidikan, kesihatan dan taraf hidup. MPI juga akan memberi peluang kepada kerajaan untuk fokus dalam dimensi-dimensi ini. Ia untuk menggalakkan keupayaan dan menggerakkan potensi manusia dengan memberi bantuan yang diperlukan dan memulakan program membasmi kemiskinan seperi eKasih dan BR1M.

Selain eKasih dan BR1M, ada beberapa subsidi lain dan program membasmi kemiskin yang kerajaan lancarkan, menurut kajian USM adalah seperti:

Walaubagaimanapun, Philip menegaskan beberapa program mungkin akan meminggirkan sebilangan besar orang yang betul-betul memerlukan bantuan ni. Dalam laporan ni, dia juga menyenaraikan beberapa perkara macam:

 

Sewaktu BR1M masih ada. Imej dari Astro Awani

Dan ini kerana program seperti ni selalunya dilaksanakan di peringkat negara. Menurut pakar ekonomi, Fatimah Kari, ini bukanlah cara yang betul untuk melaksanakannya. Satu sebab mudah kerana sebuah keluarga yang tinggal dalam kemiskinan tak sama dengan yang lain. Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin juga ada menyebut benda yang sama.

“Kalau anda memilih kawasan (tertentu) dan akan datang dengan jangkaan bahawa seluruh negara dengan 30 juta orang berdepan dengan masalah, yang mana ia bukan cara yang betul untuk melakukannya.”- Muhyiddin, petikan dari The Star

Fatimah mendesak kerajaan untuk fokus kepada program pembasmian kemiskinan peringkat kawasan daripada peringkat satu negara.

“Ia perlu sensitif secara kawasan. Melalui kajian kami dapati bahawa profil kemiskinan dalam kalangan komuniti termiskin seperti miskin bandar, orang asli dan kampung persisiran pantai adalah berbeza.” – Pakar Ekonomi, Fatimah Kari petikan dari FMT

Sama ada komen Philip Alston tu tepat atau tak, ia dah menaikkan semua perbualan mengenai kemiskinan dan apa maksudnya di Malaysia. Mungkin dengan perbincangan ini, sekurang-kurangnya kita akan lebih menambah ilmu untuk bertindak dengan kapasiti sendiri.

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT