Kenapa Presiden Filipina ni sibuk sangat nak lawan lanun kat Selat Melaka?

(This is a translated article, read it in English by clicking here)

Sewaktu semua orang (termasuk Malaysia) tengah sibuk dengan pilihanraya Amerika, negara kita telah mendapat kunjungan dari seorang ahli politik yang sama panas, iaitu Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Kepada yang taktau, Duterte ni baru jadi Presiden pada bulan Jun yang lepas dan ni merupakan kunjungan rasmi pertama dia sebagai pemimpin negara Pangako Sa’Yo.

Sebelum ni kami ada tulis tentang macam mana Duterte naik jadi Presiden dan salah satu manifesto dia adalah untuk ambil semula Sabah. So dia datang kat Malaysia ni sebab nak claim Sabah balik ke?! Soalan ni sebenarnya ditanya oleh wartawan Fipina, dan ini jawapan dia:

“Bukan buat masa ni. Lawatan satu hari ke Malaysia ni adalah untuk berbincang mengenai apa yang berlaku di Selat Melaka” – dipetik dari philstar.com

So korang boleh chill dulu, kita tak pergi berperang dengan dia malah…

Duterte sebenarnya nak bekerjasama dengan kita

Lawatan Duterte sebenarnya lebih kepada keselamatan laut di kawasan kita.

“Kami (Duterte dan Najib) banyak berbincang mengenai isu lanun, penculikkan, dan kes jenayah di perairan Selat Melaka” – Rodrigo Duterte, dipetik dari South China Morning Post

Duterte bukan bercakap pasal lanun cetak rompak tau, tapi lanun atas kapal.

pirate-dvd
Tak! Bukan lanun cetak rompak ni. Gambar dari Cilisos.my

Mungkin ada antara korang yang tertanya kenapa Selat Melaka sedangkan Filipina tu jauh kot dari Selat Melaka. Ok untuk pengetahuan korang, Malaysia mempunyai jumlah lanun yang ramai dari Somalia tau! Korang boleh baca masalah lanun ni kat CILISOS.

Tapi kan, macam mana Malaysia boleh ada lanun yang ramai dari Somalia? Salah satu sebab utama adalah Selat Melaka merupakan kawasan perairan yang sangat sibuk. Malah lebih kurang 120 000 kapal telah dicatat melalui kawasan tu sepanjang tahun lepas dan antara banyak-banyak tu adalah kapal milik lanun terselit.

Ni lah rupa sebenar lanun zaman sekarang, mana ada naik kapal kayu yang ada meriam kat tepi. Tu zaman dulu-dulu. Gambar dari video Time.

Tapi kalau lanun tu kat kawasan perairan kita, kenapa dia nak sangat tangani masalah tu?

Sebab Duterte sangat sangat sangat bencikan lanun

Kalau korang pernah dengar pasal Duterte mungkin korang tau yang dia ni jenis bencikan jenayah, kalau boleh dia nak je bunuh semua yang terlibat. Malah sebelum dia jadi Presiden, Duterte memegang jawatan sebagai sorang Datuk Bandar di Davao City dan kat situ dia terkenal sebagai ‘The Punisher’ sebab dia kasi lepas dan tak ambil peduli pun terhadap pembunuhan tokan dadah yang berleluasa oleh ‘Death Squad‘.

Dia kata dia tak pernah join ‘Death Squad’ tu tapi sering kelihatan melakukan rondaan dengan menggunakan motor peribadi dia bagi memastikan polis buat kerja.

Yang baju belang tu Duterte, yang baju hitam tu pula patung Arnold Susahnakeja. Gambar dari Cilisos.my

Malah time dia baru naik jadi Presiden haritu, seramai 100 000 penjenayah telah mati dibunuh dalam masa enam bulan pertama. Nak lagi extreme, Duterte pernah kata yang dia akan jadikan lanun-lanun ni makanan untuk jerung! Kami taktau lah bab ikan jerung tu dia serious ke tak sebab 7 dari 10 jerung paling bahaya kat dunia ada kat Filipina.

Bukan sahaja kat Selat Melaka, malah Sabah jugak turut menjadi tumpuan Duterte. Macam yang korang tau, asal ada kes culik je mesti kat Sabah lagi-lagi dari pengganas Sulu.

Hubungan yang dibuat oleh Duterte ni bukan je dengan Malaysia, malah Indonesia pun turut terlibat juga. Dia telah menjalinkan hubungan diplomatik ni dengan Indonesia pada bulan September lepas bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Kami telah bersetuju untuk ambil alih semula perairan Sulu dan mana-mana kawasan yang membawa kesejahteraan sejagat” – Komen Rodrigo Duterte mengenai meeting dia dengan Joko Widodo, dipetik dari newscentral.ph

Duterte dan juga Joko Widodo, gambar dari Foxnews.com

Kalau kita tengok usaha dia pun, Duterte ni memang betul-betul serious nak settle kan masalah lanun ni dengan Malaysia dan Indonesia. Malah untuk membuktikannya, dia sanggup buat pengecualian yang extreme…

Duterte membenarkan askar Malaysia dan Indonesia masuk ke perairan Filipina untuk mengejar lanun

So bila Duterte datang Malaysia, bukan untuk karoke je tau.

https://www.youtube.com/watch?v=TJDl-prDsWk

Sebenarnya Duterte berjumpa dengan Najib untuk bagitau benda yang sama juga, lebih kurang macam ni lah bunyi-nya, “Bro, kalau you tengah kejar lanun pastu nak kena masuk kawasan Filipina, you masuk je bro” Kenapa Duterte cakap macam tu? Rupa-rupanya benda ni pernah jadi isu dulu.

“Sekiranya pihak berkuasa Malaysia sedang mengejar kumpulan penculik dan pengganas yang melarikan diri ke perairan sempadan Filipina, pasukan Malaysia boleh terus mengejar mereka merentasi sempadan Filipina. Duterte telah memberikan kebenaran. Cuma pihak berkuasa Malaysia perlu menghubungi tentera laut Filipina dan mereka akan tolong apa yang mampu” – kenyataan Najib dipetik dari The Star.

Difahamkan pada akhir bulan ni, kedua-dua Menteri Pertahanan dari Malaysia dan juga Filipina akan berjumpa dan berbincang mengenai modus operandi.

Tapi ada satu masalah yang kami sedar time Duterte jumpa Joko Widodo ni. Dia pernah kata:

“Kalau boleh tembak je, itu lah janji yang saya beri kepada Widodo. Saya cakap tembak je” – Duterte, dipetik dari philitar.com

Jadi persoalannya kat sini….

Boleh ke kita tembak lanun sesuka hati?

“Pew pew” kata Duterte. Gambar dari insmiller.info

Pada tahun 2012 haritu, seorang kapten kapal UK telah bertanya dengan Parlimen UK samada dia boleh tak tembak lanun Somalia yang sedang menyerang mereka.

“Apa yang orang sering tanya adalah, adakah pengawal peribadi yang kat dalam kapal milik rakyat UK boleh lepaskan tembakan?

Kerajaan perlu beri pendekatan yang lebih teliti dalam menangani isu ni” – Richard Ottaway, AJK Hal Ehwal Luar Negeri British yang dipetik dari Mirror.

Memandangkan laut ni luas gila, nak melaksanakan undang-undang boleh tahan pening kepala dan sampai sekarang takde siapa boleh kasi jawapan yang tepat mengenai undang-undang laut antarabangsa. Lagi satu punca yang menyumbang kepada masalah ni adalah kerana tiada undang-undang yang betul-betul berkaitan dengan masalah lanun. Buat masa ni kalau ada lanun kena tangkap, biasanya pihak berkuasa akan rampas senjata dan… lepaskan mereka!

Tapi dalam kekalutan dunia politik, ada orang cuba nak mengubal undang-undang kasi pihak berkuasa dan kerajaan dapat bekerjasama untuk mengatasi masalah ni. Tapi sementara nak tunggu benda tu siap…

Duterte telah pun menjawab isu tersebut. Tapi menjadi ke cara dia? Bab tembak pengedar dadah kat negara dia satu hal malah Duterte telah diserang beberapa kali oleh PBB atas tindakan tu, tapi kes lanun ni pula lain kisahnya sebab ia melibatkan kawasan dan kerjasama kerajaan lain. Jadi ni suatu benda yang Malaysia, Filipina, dan Indonesia kena bincang betul-betul.

Apa-apa hal pun, lanun ni adalah masalah yang satu Asia Tenggara kena settle kan

Gambar dari tempo.co

Masa tengah buat research, kami telah terjumpa beberapa artikel yang membincangkan macam mana kita boleh memperbaiki isu keselamatan di perairan Asia Tenggara. Malah pada tahun lepas, ia telah menunjukkan peningkatan yang mendadak mengenai insiden lanun. Tak cukup dengan tu, Sabah pun selalu jadi tempat untuk orang kena culik (ada yang dibebaskan dan ada jugak mangsa culik yang dibunuh dengan kejam).

Sebenarnya dari tahun 2007 lagi, telah terdapat satu artikel yang menyatakan bahawa  Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu bekerjasama untuk lawan lanun-lanun ni.

So ni bermaksud kita sebenarnya sedang ikut jalan yang betul untuk menangani masalah ni. Walaupun masih ada beberapa masalah teknikal seperti: mana nak campak lanun-lanun ni bila dah kena tangkap? Tapi takpe, tu boleh settle kemudian. Yang penting tiga negara ni telah bersetuju untuk bekerjasama demi keselamatan perairan kita.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance