- 38Share sekarang!
- Email5
- Facebook33
- Share
(To read the original article in English, click here.)
Korang mungkin dah dengar pasal kes orang Asli yang membuat sekatan berhampiran Gua Musang, Kelantan. Secara spesifiknya, orang asli kat sini adalah orang Temiar, salah satu kumpulan terbesar daripada 19 kumpulan Orang Asli kat Semenanjung Malaysia. Jumlah mereka dianggarkan dalam 32 ribu orang, dan kebanyakannya tinggal kat Perak, Pahang, dan Kelantan.
Sebenarnya protes melalui sekatan ni bukanlah benda baru di dalam dan di luar Malaysia. Dari zaman penjajahan Portugis lagi kita pernah buat sekatan kat Pelabuhan Melaka seawal tahun 1511.
Zaman sekarang ni pulak, Pelbagai suku kaum peribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – antaranya Penan, Uban, Kayan dan Kelabit pernah melakukan sekatan pada akhir 80-an. Ada satu sekatan ni punyalah besar sehingga mengumpulkan 2,600 orang Penan daripada 26 penempatan, sampai berita ni masuk media antarabangsa.
Jadi, berbalik pada hal orang Temiar tadi…
Tapi kenapa orang Temiar nak buat sekatan?
Macam puak-puask orang Asli lain yang kami dah sebutkan tadi, orang Temiar buat sekatan ni adalah untuk satu sebab je… iaitu untuk pertahankan rumah, hutan, dan tanah warisan daripada kena sapu bersih oleh syarikat pembalakan dan kerajaan.
Di samping tu, orang Temiar kata yang dorang ni dah menduduki tanah ni beribu-ribu tahun lamanya. Malah korang jugak boleh nampak beberapa lukisan kat dinding-dinding pra-sejarah kat gua berhampiran Kampung Bering.
“Walaupun kami tidak tahu maksud lukisan ini, kami pasti ianya dilukis oleh nenek-moyang kami.”- Manglo Tegau, 25, dipetik dari The Star.
Biasanya dorang ni aman bahagia je takde gaduh-gaduh, bila kena usik baru la dorang lawan balik. Sebab tu la dorang buat sekatan ni, yang sebenarnya merupakan sekatan keempat orang Temiar sejak tahun 2012 lagi.
Sekatan ni makin besar sehingga menjadi SEBUAH PERKAMPUNGAN!!!
Sebulan lepas dorang start buat sekatan ni, palang yang kecil tu bertambah besar sehingga menjadi sebuah perkampungan. Tujuan utamanya adalah untuk menyekat lori pembalakan daripada masuk lebih dalam di kampung dan di hutan orang Temiar.
Malah, banyak Orang Asli dari Hutan Simpan Kekal Balah tinggalkan rumah masing-masing untuk bersatu menyatakan sokongan terhadap pembalakan ni semua, dan sekarang ni dah jadi tempat tinggal baru dorang.
Korang tau tak apa nama yang dorang bagi untuk perkampungan ni? Kampung Blockade!
Jumlah penduduk di Kampung Sekatan ni lebih daripada 200 lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Dorang sebenarnya memang tak puas hati pun dengan pembalak yang sering memusnahkan tanah warisan milik dorang. Punyalah bengang, dorang sampai sanggup bina perkampungan baru kat tapak pembalakan tersebut. Kitorang respect sama lu oranglah, ugaiz!
“Kami sudah tidak sanggup menjadi pak turut dan diperkotak-katikkan sepanjang masa. Kali ini, kami akan berdiri dan bersatu bersama-sama dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.”- Limat Lias, 39, jurucakap Kumpulan Temiar, dipetik oleh The Star.
Setiap pagi, berbelas-belas lelaki akan jalankan tugas dia orang untuk mengawal kawasan. Ada yang buat bahagian keselamatan, ada yang rakam event dia orang dengan telepon dan kamera. Masing-masing ada tugasan sendiri. Yang pastinya, setiap hari mesti akan penuh dengan mesyuarat-mesyuarat antara dia orang.
Yang perempuan pulak akan kumpulkan air untuk sekatan sebanyak dua kali sehari, menenun daun atap untuk membuat bumbung dan jugak memasak. Tiada satu orang pun yang dianggap sebagai pemimpin sebab setiap orang, setiap lelaki, setiap wanita dan setiap kanak-kanak dilayan sebagai pemimpin-pemimpin.
Mereka tak akan berganjak sedikitpun walaupun kena ugut dengan syarikat pembalakan. Biar nyawa hampir melayang sekalipun, asal dapat pertahankan tanah warisan dia orang!
Penduduk-penduduk Temiar sangat tegas dan hanya membenarkan sebahagian besar Orang Asli selain daripada pegawai daripada Kementerian Kesihatan sahaja untuk masuk.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yang hantar makanan dan ubat-ubatan setiap minggu pun dibenarkan masuk jugak. Yang tak boleh masuk adalah Jabatan Perhutanan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
“Sejak tahun 2012, mereka (Orang Asli) telah merayu kepada kerajaan untuk tidak membalak di kawasan perhutanan mereka, tetapi mereka tidak mendapat sebarang respon. Jadi apabila mereka membuat sekatan, kita memang sokong.” – Jurucakap Peka kepada The Star.
Pembalakan menyebabkan pencemaran air, dan risiko banjir kepada tempat tinggal dorang
Seperti yang telah kami ceritakan sebelum ni, punca sekatan dicipta adalah sebab pembalakan. Pembalakan ni memang industri yang boleh buat banyak duit. (industri pembalakan sahaja sudah boleh menyumbang jumlah sebanyak RM 20 billion untuk eksport tahunan Malaysia).
Masalahnya bila ada pembalakan, akan ada pencemaran air. Dah tu pulak, risiko banjir meningkat disebabkan pertambahan lodak di dalam sungai. Pembangunan demi pembangunan akan mengakibatkan pengusiran Orang Asli daripada rumah mereka sendiri. Akan tiba satu hari nanti di mana semua tanah mungkin habis diguna untuk pembalakan.
Itu belum sambung lagi bab sumber keperluan harian daripada hutan macam air, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.
“Mereka membuat pembalakan berhampiran sumber air, jadi pada musim kemarau sungai akan kering-kontang. Semakin kurang air berbanding dengan sebelumnya. Kadang-kadang berlaku pencemaran dan akan ada orang yang jatuh sakit. Kami tidak boleh memburu, dan sangat sukar untuk mendapatkan ubat tradisional atau mengambil makanan dari kawasan perhutanan.” – Ussain Bin Anjang kepada Al Jazeera.
Masalah ini berleluasa di Kelantan, di mana industrinya sangat bergantung kepada tanah, perlombongan dan perhutanan. Sarawak dan Pahang pun ada masalah yang sama.
“Hutan simpan kekal secara automatik diklasifikasikan untuk pembalakan melainkan kerajaan negeri mengkhaskan kawasan itu di bawah kawasan perlindungan.” – Lim Teck Wyn, Konsultan Perhutanan, The Star.
Jadi bila orang Temiar ni buat sekatan, kompeni balak ni pun balas balik. Apa yang dorang buat?
Ada yang sampai berlakon jadi polis datang untuk menakutkan orang Temiar
Pada 28 September, sekumpulan samseng yang berlakon sebagai polis, pergi ke kawasan sekatan dan memotong sekatan dengan CHAINSAWI! ‘Polis-polis’ ini datang sekali dengan syarikat-syarikat pembalakan, mengikut laporan The Star. Insiden ini pun dikongsikan Siti Kasim dalam akaun Facebooknya. Jom tengok videonya di sini.
Tiga aktivis Orang Asli pun dilaporkan telah ‘ditangkap’ ‘polis-polis’ ini dan dimasukkan pulak ke dalam kenderaan awam, tapi kemudiannya dilepaskan. Dikatakan time tu, tak ada pun kenderaan polis yang kelihatan.
Sebelum insiden ni, Jabatan Perhutanan dah buat checkpoint mereka sendiri beberapa km daripada sekatan Orang Asli. Mereka hanya benarkan orang Temiar masuk keluar dengan bebas, tapi orang lain perlukan permit. Orang Temiar percaya yang sebenarnya taktik ini adalah untuk membiarkan dia orang terasing daripada dunia luar. Maksudnya macam mana?
Sebabnya pedagang dan penjual di luar datang beberapa kali seminggu untuk menjual makanan dan bekalan lain kepada orang Temiar. Aktiviti jual-beli ni pun dah stop sejak pihak berkuasa setup checkpoint tu.
Sedih betul bila seluruh kampung musnah ketika Orang Asli menyanyikan ‘Negaraku’
Bila kami start menulis artikel ini, Kampung Blockade masih wujud lagi, tapi boleh dirasakan ada something suspens yang bakal menyusul…. Jadi, pada tanggal 29 Nov, tekaan kami tepat kerana Jabatan Perhutanan Kelantan telah masuk ke dalam untuk hancurkan sekatan berusia dua bulan ni.
Siti Kasim, seorang aktivis dan peguam yang berjuang untuk hak-hak Orang Asli, berkongsi video Orang Temiar yang mengibarkan bendera Malaysia sambil nyanyikan lagu Negaraku time pihak berkuasa tengah musnahkan pondok-pondok dia orang.
Operasi ini membabitkan sebanyak 210 pegawai dan mengambil masa 7 jam. Pada mulanya, kami dapat berita 9 orang telah ditangkap polis. Nombor ni naik ke 18, kemudian ke 32, dan akhirnya ke 47.
Pada pagi 30 November, sebanyak 50 Orang Asli pergi ke mahkamah Gua Musang untuk memberikan sokongan kepada orang yang telah ditangkap. Ada sebanyak 70 lagi pendemonstrasi berkumpul pulak di ibu pejabat polis daerah Gua Musang selama lima jam.
Badd Hakim, seorang freelancer di CILISOS, menemuramah Siti Kasim dan dimaklumkan yang orang Temiar ditangkap dan dituduh membina bangunan dan macam-macam lagi di dalam hutan simpan kekal (seperti setinggan), di bawah Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara.
Seperti mana yang kita laporkan sebelum ni, Kerajaan Negeri adalah badan tertinggi dalam hal-ehwal berkaitan pokok, perhutanan dan tanah.
Yang latest kami dengar, polis Kelantan dah beri amaran tindakan akan diambil terhadap sesetengah NGO yang didakwa ambil kesempatan ke atas isu penangkapan yang dah berlaku dan kepada sesiapa yang dipercayai di belakang perancangan sekatan tuh.
“Kita memang sedar ada sesetengah pihak yang telah mengviralkan penahanan Orang Asli dalam operasi ini, memberikan tanggapan negatif yang pihak polis telah berkonspirasi dengan Jabatan Perhutanan Negeri walhal kami sebenarnya hanya membantu mereka,” ulas Ketua Polis Negeri, Ab Rahman Ismail kepada wartawan.
Tapi berita baiknya, Siti Kasim dah post pada 1 Disember yang orang Temiar akan dilepas kan!
Jadi macam mana korang boleh tolong Orang Temiar ni?
Mahkamah Malaysia telah mengiktiraf dan berulangkali menegaskan yang Orang Asli berhak mendapat hak terhadap tanah yang telah diduduki sejak beberapa generasi lagi. Kedudukan istimewa mereka sudah terkandung di dalam Artikel 8(5)(c) di dalam Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi di Malaysia).
Sebab itulah peguam-peguam yang sudah lama bekerja dengan Orang Asli nak membantu dalam hal ini! Hanya tinggal satu persoalan, iaitu sama ada dia orang boleh buktikan yang kawasan sekatan dan jugak kawasan pembalakan adalah kawasan tanah warisan dia orang.
“Sekarang ini, Orang Asli telah buat pemetaan dan sebagainya, dan didapati pembalakan yang tengah berlaku adalah di dalam kawasan tanah mereka. Oleh kerana perkara ini masih belum disahkan dalam mahkamah, kita akan pergi ke mahkamah untuk membuktikan perkara ini.” kongsi Siti Kasim kepada Badd.
Sekatan baru memang tengah dalam perancangan orang Temiar pada masa sekarang. Jadi apa yang kita, sebagai rakyat Malaysia, boleh bantu? Well for a start, kita boleh faham cerita ni betul-betul dulu dan kongsi versi yang sebenar. Its not all about just likes and sharing je.
Sekiranya orang awam ingin menolong, sumbangan boleh diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan yang disenaraikan di bawah:
- Sumbangan melalui Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS). Jumlahnya setakat ini adalah RM 1,500. Tapi diminta hantarkan sekali SLIP BANK dan EMAIL supaya senang JOAS nak buat laporan kewangan di Google Drive dan juga untuk elakkan salahguna dana. Maybank account nombornya adalah 153047865456 (Nasir bin Dollah) dan alamat emailnya joasmalaysia@gmail.com.
- Sumbangan melalui Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA). Maybank account nombornya adalah 562106724536. Diminta masukkan sekali SLIP BANK dan NOMBOR TELEFON kepada Yatie (016-608 4510) ataupun Izwan (017-932 1899). Sumbangan ni sebenarnya untuk sekatan – duit petrol, ubat-ubatan, makanan dan macam-macam lagi.
- Sumbangan melalui Majlis Peguam di bawah Jawatankuasa Orang Asli untuk menampung kos guaman kes-kes yang lain. Korang boleh hubungi Najwa Syazwani Aqilah bt Abd Hamid di 03-2050 2102, atau pad@malaysianbar.org.my.
- 38Share sekarang!
- Email5
- Facebook33
- Share