Kenapa filem Malaysia ni ditayangkan 2 tahun lebih awal kat Indonesia dulu?

(Click here to read this article in English.)

Diterbitkan pada 1895, Almayer's Folly adalah novel pertama Joseph Conrad. Imej dari qwiklit.com
Diterbitkan pada 1895, Almayer’s Folly adalah novel pertama Joseph Conrad. Imej dari qwiklit.com

Jom mula dengan sinopsisnya dulu.

Kasper Almayer merupakan salah seorang pedagang Belanda warga Eropah yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke 19 dengan tujuan tersendiri iaitu mengekploitasi sumber semula jadi untuk dijual. Dia telah menanam impian untuk mengumpul kekayaan dan hidup mewah bila bersara nanti.

Masa tinggal kat Tanah Melayu, dia telah berkahwin dengan seorang wanita Melayu dan dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik (Nina). Beberapa tahun kemudian, Kasper telah hantar anaknya ke Singapura untuk mendapatkan pendidikan Eropah.

Lepas 10 tahun, Nina kembali semula ke Tanah Melayu dan masalah pun bermula apabila Kasper dapat tahu yang anaknya tu ada jumpa Dain Maroola, seorang Putera Melayu atas dorongan dari isterinya! Rupa-rupanya, isteri Kasper ada rancangan nak kahwinkan anaknya itu dengan putera tersebut untuk kekalkan darah Melayu dalam keturunan diorang.

Namun Kasper dapat tenangkan dirinya bila dapat tau yang Dain ni ada maklumat tentang lokasi rahsia sebuah lombong emas. So Kasper pun cuba berbaik dengan Dain untuk dapatkan impiannya tu.

Ha… cambest tak? Sebenarnya, cerita ni diambil dari sebuah novel klasik Inggeris, Almayer’s Folly karya Joseph Conrad lalu dijadikan sebuah filem bertajuk Hanyut yang akan ditayangkan pada 24 November ni.

Filem ni dibintangi oleh pelakon Australia Peter O’Brien (Kasper Almayer), Sofia Jane (Puan Almayer), Diana Danielle (Nina) dan pelakon Singapura Adi Putra (Dian Maroola). Tengok trailer je dah tau berapa banyak bajet filem ni guna:

Sejak 2 tahun lalu, filem ni dah ditayangkan kat banyak negara KECUALI Malaysia

Filem ni akan ditayangkan buat kali pertama kat Malaysia dalam seminggu je lagi, Tapi korang tahu tak yang filem Hanyut ni dah ditayangkan kat banyak negara lain sejak 2 tahun yang lepas?

Hanyut ditayangkan kat Indonesia dengan tajuk 'Gunung Emas - Almayer'. Imej dari jengatmedia
Hanyut ditayangkan kat Indonesia dengan tajuk ‘Gunung Emas – Almayer’. Imej dari jengatmedia

Pada 2014, sebuah studio filem Indonesia dapat kebenaran untuk tayangkan Hanyut kat 150 panggung wayang seluruh Indonesia. Lepas tu, filem ni mula ditayangkan kat Festival Filem di Australia, Indonesia, Singapura, Amerika dan Rusia, tapi kat Malaysia sekali pun TAK PERNAH!

Imej dari nosquaredesign.ch
Imej dari nosquaredesign.ch

Apehal macam tu pulak?

Pengarah perlukan lebih banyak dana untuk promosikan filem ni

“Saya cari jalan untuk keluarkan filem ini secara bijak. Saya nak berlaku adil dengan filem ini, kerana itu saya perlu promosikannya dengan baik. Saya tak nak Hanyut jadi macam Kaki Bakar dan Jogho.” – U-Wei, Pengarah Hanyut, Star2

Sebenarnya kalau diikutkan jadual, filem ni patutnya dah ditayangkan pada Disember 2013, tapi tarikh tersebut telah ditunda. U-Wei tak kisah kalau tayangan Malaysia dilambatkan untuk memastikan ia dipromosikan secukupnya di sini. Jadi dia pun mohon tambahan dana dari FINAS, tapi nampaknya permohonan tu ditolak.

Sebenarnya bekas Pengerusi FINAS, Datuk Afendi Hamdan reject permohonan U-Wei bukan sebab dia ni kedekut, tapi nilai dana tu agak susah untuk ditunaikan. Sebelum tu, FINAS dah bagi syarikat produksi U-Wei (Tanah Licin Sdn Bhd) RM2 juta dari Dana Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan.

RM2 juta tu pulak hanya sebahagian daripada RM18 juta yang diberi oleh institusi berkaitan kerajaan! Ini termasuklah RM10 juta dari Bank Simpanan Nasional (BSN) dan RM6 juta dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Bila tengok dana ni semua, kita boleh la faham la kenapa FINAS tak dapat nak bagi dana tambahan, terutamanya bila masih ada ramai lagi pembikin filem yang perlukan dana jugak.

Imej dari Giphy
Imej dari Giphy

“Kami percaya bila anda (U-Wei) membuat filem dengan perbelanjaan RM18 juta, anda sepatutnya dah peruntukkan dana itu untuk pemasaran. Dalam apa sahaja yang anda buat, pemasaran sangat penting untuk memastikan kejayaan filem anda dari segi kewangan.

Kami akan cadangkan pada mereka untuk peruntukkan sekurang-kurangnya 40% kos perfileman untuk pemasaran.” – Datuk Afendi Hamdan, bila bagi penjelasan dalam isu ini, Star2.

Akhirnya, nasib baiklah U-Wei dapat menggunakan hasil yang dia dapat daripada tayangan Hanyut kat Indonesia dan bantuan kewangan dari FINAS awal tahun ini (RM1.8 juta). Tapi, ada lagi masalah lain…

U-Wei jugak perlukan pengedar yang boleh dipercayai untuk filemnya

Secara mudahya, pengedar filem adalah agensi yang bertanggungjawab untuk memasarkan filem dan ada kalanya jugak menentukan tarikh tayangan filem. Selain tu, pengedar jugak mungkin akan diberikan hak untuk mengeluarkan filem dalam bentuk DVD/VCD.

Perjanjian antara syarikat produksi dan pengedar biasanya berdasarkan 2 jenis model kewangan:

  1. Model pajakan – Pengedar bersetuju untuk membayar jumlah yang telah ditetapkan untuk hak mengedarkan filem.
  2. Model perkongsian keuntungan – Pengedar dapat beberapa peratus (biasanya 10 hingga 50 peratus) daripada untung bersih filem.
U-Wei masa mengarah filem Hanyut. Imej dari muvila
U-Wei masa mengarah filem Hanyut. Imej dari muvila

Bagi U-Wei, dapatkan pengedar yang betul-betul sesuai adalah sangat penting, terutamanya bila tengok filem Jogho dan Kaki Bakar (filem dia sebelum ni) yang gagal capai Box Office.

“Kami menghabiskan banyak masa belajar bagaimana untuk membuat filem, tetapi saya sedar bahawa sebuah filem tanpa penonton tidak lengkap,” kata U-Wei. “- Star2

Sekarang, U-Wei nampaknya berjaya meyakinkan tiga pengedar iaitu Golden Screen Cinemas (GSC), Lotus Five Star (LFS) and MBO Cinemas untuk tayangkan Hanyut. Hasilnya, Hanyut berpontensi akan ditayangkan di 84 buah panggung wayang (33 dari GSC, 25 dari LFS dan 26 dari MBO) di seluruh negara.

Jogho menang sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia 1999. Imej dari kathysfilmjournal.blogspot
Jogho menang sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia 1999. Imej dari kathysfilmjournal.blogspot

Tapi masih ada soalan yang perlu dijawab…

RM18 juta! Kenapa banyak sangat duit untuk buat filem ni?

Macam yang kami bagitau tadi, Hanyut menelan kos produksi sebanyak RM18 juta, iaitu lebih tinggi dari bajet filem Puteri Gunung Ledang yang bernilai RM16.6 juta! Ini mungkin akan membuatkan Hanyut sebagai filem termahal dalam sejarah filem Malaysia! Tapi, kos yang besar ni masih lagi dipersoalkan keperluannya oleh beberapa media (termasuklah Daily Seni dan New Straits Times).

Satu sebab yang munasabah kenapa Hanyut perlukan bajet produksi yang besar kerana filem ni dah gunakan lebih daripada 200 orang pelakon tambahan dan 130 orang kru produksi. Lebih-lebih lagi, banyak dari diorang ni datang dari Poland, Australia dan Indonesia. Maknanya, syarikat produksi ni kena bayar diorang dengan nilai mata wang ikut negara masing-masing.

“Bila bekerja dengan kru filem yang mempunyai standard yang sangat tinggi, pembikin filem tempatan – sama ada pengarah, penerbit atau kru tempatan – belajar banyak dari mereka. Bukan saja itu, mereka juga boleh gunakan apa yang mereka belajar itu ke produksi tempatan, sekali gus meningkatkan produksi ini.” Julia Fraser, penerbit Hanyut, The Star.

Klik imej untuk lihat senarai mereka yang terlibat dalam filem ni. Imej dari IMDB
Klik imej untuk lihat senarai mereka yang terlibat dalam filem ni. Imej dari IMDB

Bila bercakap pasal standard, satu lagi sebab kenapa bajet yang besar diperlukan adalah kerana penglibatan staf produksi yang sangat berpengalaman dan berkelayakan. Ye la…macam apa yang Joker pernah cakap:

Imej dari gifrific.com
Imej dari gifrific.com

Untuk maklumat, Julia Fraser ni jugak pernah jadi penerbit filem Osama, filem ni menang Golden Globe Award pada 2004. Lagi satu, Arkadiusz Tomiak (kalau korang boleh sebut namanya lah) yang jadi pengarah fotografi, jugak pernah menang anugerah filem macam: Your Name is Justine (2005) dan The Girl from the Wardrobe (2013).

Menariknya, U-Wei pilih  Arkadiusz sebab dia ni orang Polish. Sebabnya kerana penulis novel ni jugak ada darah keturunan Poland, jadi U-Wei rasa lebih sesuai kalau cinematographernya jugak berasal dari latar belakang yang sama.

Arkadiusz Tomiak berasal dari Poland. Imej dari archiwum.solanin-film.pl

Macam mana pulak dengan soundtrack filem ni? Untuk yang ni, U-Wei pilih Cezary Skubiszewski (ha..cuba sebut betul-betul), komposer muzik dari Australia. Dia ni pun bukan orang biasa-biasa tau, sebelum ni dia dah dapat penghargaan dari filem seperti Lilian’s Story dan The Mystery of a Hansom Cab.

Jadi, apa yang industri filem Malaysia boleh belajar dari Hanyut?

Apa yang kita boleh nampak dari Hanyut adalah pengarah filem Malaysia sekarang semakin berani menghasilkan filem yang lebih besar dan lebih baik. Bagaimanapun, menurut laporan Daily Seni, kalau Hanyut nak dapatkan keuntungan, filem ni kena meraih lebih RM36 juta kat cinema! Ini setelah mengambil kira yang hanya separuh je jualan Box Office akan pergi ke pembuat filem.

Ini jugak membangkitkan persoalan – patut ke pengarah filem membuat filem hanya untuk keuntungan atau membuat satu lagi nilai seni yang berharga? Seperti mana seniman agung, P Ramlee yang berjaya menghiburkan penonton dengan lakonan dan skrip filemnya. Sudah tiba masanya untuk syarikat-syarikat penerbitan filem menghasilkan karya-karya yang bermutu dan bukannya hanya mengejar keuntungan.

Setelah 43 tahun P Ramlee pergi, masih tak ada yang dapat menggantikannya. Imej dari Pinterest.
Setelah 43 tahun P Ramlee pergi, masih tak ada yang dapat menggantikannya. Imej dari Pinterest.

Kita mungkin akan terkejut bila tahu kebanyakan filem yang banyak buat keuntungan kat Malaysia ni adalah filem hantu, gangterisme, cinta dan sebagainya. Sebagai contoh KL Gangster yang meraih kutipan sebanyak RM11.74 juta dan jadi filem ke 6 paling tinggi kutipannya di Malaysia. Kita sekarang dahagakan filem yang dapat mencerminkan nilai masyarakat dengan cara yang lebih bermakna.

Mungkin, Hanyut boleh jadi salah satu filem yang kita tunggu itu. Sebuah filem bukan saja dilihat dari nilai artistiknya (terutama sinematografi) tetapi juga mempunyai jalan cerita yang dapat menarik hati penonton.

“Conrad mencerminkan kita (orang Melayu dan budayanya) dengan bagus dalam novel beliau. Dan agak menarik bila melihat satu orang putih (Kasper Almayer) takut kepada wanita Melayu. Conrad faham akan misteri seorang perempuan Melayu.” – U-Wei Saari bila ditanya kenapa dia memilih untuk mengadaptasi Almayer’s Folly, dipetik daripada The Sun Daily.

Harap-harapnya panggung wayang kat Malaysia ni sudi berikan Hanyut tayangan yang sepatutnya seperti yang diperuntukkan oleh skim Wajib Tayang.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.