- 564Share sekarang!
- Email8
- Facebook556
- Share
(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Dengan lebih daripada 130,000 ahli, serta bilangan ahli profesional yang paling banyak berbanding dengan mana-mana kumpulan lain kat Malaysia, peranan komuniti Sikh dalam pembangunan negara kita sangatlah membantu.
Contohnya nama-nama besar macam Santokh Singh (pemain bola sepak), Amar Singh (pegawai polis yang menyiasat kes 1MDB Najib), dan jugak Karpal Singh (ahli politik), kita dapat tengok yang komuniti Sikh ni dah banyak menyumbang dalam sejarah Malaysia.
“Inilah semangat Punjabi: kami tidak bekerja. Kami berkhidmat. Apa sahaja yang kami lakukan, kami lakukan dengan semangat, minat dan cinta.” – Datuk Seri Amar Singh, selepas bersara dari PDRM, sumber dari Asia Samachar.
Dan khidmat mereka kat Malaysia bukanlah hanya terhad untuk waktu negara dalam keadaan aman je; sebenarnya, 33 daripada 232 nama kat Tugu Negara kita tu adalah daripada komuniti Sikh!
Tapi, siapa yang merupakan kaum Sikh yang pertama kat Malaysia, dan yang paling penting, macam mana nama-nama mereka ada kat Tugu Negara kita?
Semuanya bermula dengan pejuang kebebasan Jedi dari Punjab abad ke-19
… ataupun Nihal Singh, sama macam nama kelahirannya.
Sebagai seorang anak muda, Nihal Ji yang bermula kat sahib/kuil yang diketuai oleh Baba Bir Singh (biara Sikh) sebagai tukang masak kat langar sahib (dapur). Dia diberi nama Bhagvan Singh lepas diceritkan dalam mitos Perintah Khalsa (ataupun ‘wali-askar’ yang ramai orang mengaitkannya dengan Perintah Jedi dalam cerita ‘Star Wars’).
Macam Jedi, Khalsa yang sebenarnya bukanlah sekadar lelaki dan wanita yang kuat agama, tapi juga ‘penjaga keamanan dan keadilan’; Baba Bir Singh yang merupakan kepunyaan sahib tu dikatakan telah ‘secara praktikalnya adalah kem tentera dengan 1200 orang tentera yang membawa senjata dan 3,000 orang berkuda’.
Pada pertengahan 1,800-an, angkatan ni tak lagi dipanggil untuk berlawan dan bertindak dengan musuh baru: Imperialis British. Lepas Empayar British merampas wilayah berharga tu sebab kemenangan mereka dalam Perang Sikh-Anglo Pertama, Bhai Maharaj Singh (sekarang ni merupakan pemimpin sahib mereka, lepas kematian Baba Bir Singh) menggerakkan pemberontakkan menentang British kat Lahore, sebab dia rasakan itu merupakan tanggungjawabnya:
“Bhai Maharaj Singh mengetuai kempen anti British sebagai sebahagian daripada kewajipan moralnya terhadap rakyatnya dan tidak seperti orang lain, dia tidak mempunyai apa-apa senjata untuk berlawan dengan orang British. Baginya ia adalah misi ilahi yang ditegaskan dalam hidupnya.” – M.L. Ahluwalia dan Kirpal Singh, sumber dari ‘The Punjab’s pioneer freedom fighters’.
Sementara tu, pihak British merancang untuk hancurkan semangat Khalsa, yang mereka anggap sebagai ancaman kepada pergerakan mereka:
“Setiap demonstrasi terhadap kami di setiap bahagian untuk Punjab mesti dipenuhi, ditemui dan dihancurkan sepenuhnya sebab perwujudan kuasa British itu penting bukan hanya untuk British tinggal di Punjab, tapi perlu untuk diteruskan di seluruh India.” – Lord Dalhouse, Gabenor Jeneral India, sumber dari Sikhri.
Selepas plot yang gagal oleh Sikh Queen Regent, Maharani Jindan Kaur diarahkan untuk membunuh Residen British, dan British merampas harta Bhai Maharaj Singh dan mengisytiharkan dia seorang yang melanggar undang-undang, sebab mereka percaya yang dia telah memainkan peranannya kat situ.
Tindakan yang dibuat oleh pihak British makan diri mereka sendiri, sebab ia menyatukan orang ramai untuk menyokong Bhai, dan dia lepas tu jadi pemimpin yang berlawan dengan British.
Lepas tu, Bhai Maharaj Singh ni terlibat dengan pertempuran kat Ramnagar, Chillianvala, dan Ravalpindi, yang diperhatikan oleh British sebagai satu-satunya ‘pemimpin’ yang menolak untuk menyerah kalah:
“Lebih baik jika kamu bertempur dan mati syahid daripada menjalani kehidupan sebagai hamba yang malang.” – Bhai Maharaj Singh
Tapi, akhirnya British dah menakluki Punjab pada tahun 1849, walaupun Bhai terus mengelakkan diri daripada penangkapan dan melancarkan serangan gerila, dia kemudiannya diserbu, ditangkap, dan dipenjarakan (bersama dengan 21 orang Sikh yang lain).
British menganggap ia bahaya untuk jalankan perbicaraan kesnya kat India (disebabkan popularitinya), jadi mereka mengasingkannya perbicaraannya ke Singapura pada tahun 1850. Dan itu menjadikan mereka orang Sikh pertama yang menjejakkan kaki kat Tanah Melayu. Kat sana, Bhai dah dimasukkan ke dalam penjara bersendirian di Outram Jail, dan kat situ dia telah menjadi buta disebabkan katarak, menghidap kanser, dan mati.
British berhenti melabel orang Sikh sebagai penjenayah dan latih mereka jadi polis
Walaupun kebanyakan orang Sikh yang dihantar ke Penempatan Semula (Straits Settlements) adalah banduan (termasuklah Bhai sendiri), sikap British dan Sikh terhadap satu sama lain tak lama kemudian beransur baik. Ini kerana sikap orang Sikh yang menunjukkan kesetiaan yang mendalam kepada Raja dan Empayar. Pada tahun 1865, British merekrut Sikh dalam jumlah yang besar, dan mereka menjadi tulang belakang dalam pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Malaya, termasuk pertama kalinya dalam Perang Larut.
Kapten Speedy yang merupakan veteran Sikh dari Perang Larut kemudiannya disenaraikan semula sebagai Pengawal Residen. Dia menjadi pengasas bagi pasukan polis moden Perak. Reputasi mereka yang baik menyebabkan kemudiannya 3 Negeri Melayu Bersekutu yang lain (Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) juga menggunakan khidmat Sikh dalam jumlah yang besar ke dalam pasukan polis masing-masing:
“Saya sangat gembira dengan polis Sikh, pertempuran mereka sangat baik dan cara mereka bergelut selepas perarakan memberi saya peluang untuk memerhatikan fizikal mereka dan kelebihan mereka yang luar biasa.” – Sir Frederick Aloysius Weld, Gabenor Straits Settlements, sumber dari New Straits Times
Lepas Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 1 Julai 1896, Malay States Guides (Pengawal Negeri-Negeri Melayu) ditubuhkan sebagai pasukan polis pusat Malaya. Beribu pejabat kat Taiping (sebahagiannya disebabkan oleh garisan besar polis Sikh yang telah ditempatkan kat sana). Mereka menangani krisis besar seperti selepas kejadian pembunuhan J.W.W. Birch, Perang Saudara Selangor, pemberontakan Pahang, dan juga berkhidmat dengan Pasukan Lapangan Aden pada Perang Dunia Pertama!
Beberapa anggota Sikh dalam pasukan tersebut kemudiannya dianugerahkan pingat di atas perkhidmatan yang cemerlang. Dan mereka yang meninggal dalam konflik tersebut telah diperingati kat Tugu Negara kita. Salah seorang daripada mereka, Uttar Singh, juga telah diperingati kat Memorial Heliopolis kat Kaherah, Mesir.
Malay States Guides telah dibubarkan berikutan Perang Dunia Pertama, dan ramai ahlinya telah direkrut ke dalam Pasukan Polis Negeri Melayu Bersekutu yang baru. Tak lama kemudian, seluruh Malaya (termasuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu) menerima anggota Sikh dalam perkhidmatan tersebut.
Walaupun waktu tu Malaya tak memainkan peranan yang aktif dalam Perang Dunia Kedua, dua pertiga daripada 86,000 tentera bersekutu kat Tanah Melayu adalah India, dan 60% daripada pasukan India adalah Sikh. Jasa mereka dalam perang tersebut adalah legenda; dalam peperangan 3,000 orang British menentang 6,000 orang Jepun, dikatakan ada satu kompeni Sikh melancarkan satu misi mengejar menggunakan bayonet paling dahsyat. Mereka berlari melalui mortar Jepun dan pistol api, namun membunuh lebih daripada 500 orang Jepun (dengan hanya 30 orang Sikh yang masih hidup)!
Tugu Negara Malaysia ada lebih banyak cerita tersirat di sebalik nama-nama tersebut
Korang mungkin sebelum ni tertanya-tanya kenapa kebanyakan nama kat plak tu adalah orang putih dan bhai. Dan ia disebabkan plak tersebut adalah untuk memperingati orang-orang yang dah korbankan diri mereka semasa Perang Dunia Pertama. Manakala struktur tugu pula adaha untuk memperingati mereka yang dah meninggal dunia pada Perang Dunia Kedua, serta tambahan 11,000 yang maut disebabkan Darurat Malaya yang kebanyakannya adalah warga tempatan.
Daripada jasa berani tentera Sikh kat Malaya, kepada taktik berani Kapten Mohana terhadap komunis semasa Ops Iblis (1971). Apa yang korang kena tahu juga, Tugu Negara kita bertujuan untuk memperingati sepuluh daripada ribuan pahlawan yang korbankan nyawa mereka untuk negara ini.
Walaupun Tugu Negara tu nampak macam sekadar lambang kebanggaan sahaja, tapi cerita di sebalik tentera-tentera Tugu Negara tu tetap menjadi peringatan serius kat semua masyarakat. Ia menjadi salah satu punca kebebasan yang kita capai dansimbol semangat patriotik yang perlu kita letakkan dalam diri masing-masing.
Sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Asli, Kadazan, Iban ataupun apa sahaja, setiap rakyat Malaysia berhutang budi kepada jiwa-jiwa yang sanggup korbankan nyawa mereka untuk melindungi sesuatu yang lebih besar daripada mereka: negara yang kita duduk dan kita cintai sehingga ke hari ini.
- 564Share sekarang!
- Email8
- Facebook556
- Share