Kempen “SHOP SMART WIN smart” oleh CapitaLand melabuhkan tirai dengan seorang pembeli membawa pulang sebuah kenderaan elektrik (EV) smart #1 Premium. Dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM400,000 dan sebuah EV sebagai hadiah utama, ini adalah kempen pemberian hadiah terbesar pernah dianjurkan oleh CapitaLand di Malaysia.
Kempen yang berlangsung dari Mac hingga Oktober 2025 dengan kerjasama Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia,
PROTON, bertujuan untuk melibatkan para pembeli melalui pelbagai aktiviti di pusat beli-belah. Kempen ini merupakan komitmen CapitaLand untuk terus menyediakan pengalaman yang berbaloi dan menyeronokkan kepada pelanggannya.
Acara penyampaian hadiah pada 6 Disember 2025, menyaksikan lima finalis bertuah, masing-masing memilih satu kunci dan mencuba untuk membuka smart #1 Premium.
Detik bersejarah tercipta apabila Lim Ho Ming, 49 tahun, seorang jurutera dari Petaling Jaya, berjaya membuka kenderaan tersebut dan membawa pulang smart #1 Premium EV bernilai RM209,000.
Pemberian hadiah berskala besar ini menegaskan komitmen CapitaLand dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menarik, bermakna dan memberi ganjaran kepada pelanggan di seluruh negara.
Perjalanan kemenangan Lim bermula secara kebetulan sewaktu beliau keluar bersama keluarga di Kompleks beli-belah 3 Damansara.
“Anak saya ternampak poster peraduan dan terus mendesak saya untuk menyertai — jadi saya pun cubalah,” katanya ketika menerima hadiah di Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Apabila Lim menerima panggilan jemputan ke pusingan akhir, dia hampir tidak percaya kerana peluang itu terasa terlalu baik untuk menjadi kenyataan.
“Saya bertolak dari PJ seawal subuh dan memandu seorang diri ke Pulau Pinang hanya untuk pastikan saya tidak terlepas pusingan akhir.”
Lim yang kini memandu Toyota Altis, berkata smart #1 Premium baharu itu akan menjadi sumber kegembiraan buat keluarganya.
Pengarah Urusan, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata:
“Melalui kempen ini, kami menunjukkan bagaimana kami terus meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pelanggan kami. Dengan bekerjasama bersama PRO-NET, kami dapat
memperkenalkan elemen menarik yang menggabungkan gaya hidup dan kelestarian, sekaligus menawarkan peluang kepada pembeli untuk memenangi smart #1 Premium EV. Kami berharap dapat membawa lebih banyak pengalaman bernilai dan ganjaran bermakna kepada pelanggan pada masa akan datang.”
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang pula berkata:
“Acara hari ini bukan sekadar majlis penyampaian hadiah malah ia adalah sambutan terhadap inovasi dan kelestarian. smart #1 Premium mencerminkan masa depan mobiliti, dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan CapitaLand untuk berkongsi visi ini dengan rakyat Malaysia. Melihat keterujaan di pentas hari ini mengingatkan kami tentang pentingnya kerjasama seperti ini — ia memberi inspirasi kepada orang ramai dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”
Acara ini turut dihadiri wakil dari CapitaLand Investment (Malaysia), PRO-NET dan Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd., pengedar sah PRO-NET di Pulau Pinang.Untuk maklumat lanjut mengenai pusat beli-belah CapitaLand dan kempen yang akan datang, layari laman web rasmi https://capitalandmalls.com.my.
