Peguam Negara dah bagi perintah siasat skandal kematian ni… jadi kenapa tangguh lagi?

(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Dengan kemenangan Pakatan Harapan tahun lepas, kerajaan PH berjanji akan membuka kembali kertas siasatan beberapa kes berprofil tinggi, yang salah satunya merupakan kes kematian Teoh Beng Hock. Dan cuma dua bulan selepas kemenangan PH, Peguam Negara pun bagi ‘greenlight’ untuk polis menjalankan siasatan balik.

Bagaimanapun, tiada berita lanjut yang muncul. Ini menyebabkan sebuah organisasi NGO, iaitu Teoh Beng Hock Trust for Democracy menghantar sebuah memorandum kepada Balai Polis Bukit Aman, beberapa hari lepas.

Tak cukup bagi memorandum biasa, mereka bagi replika surat Peguam Negara lagi.

Dakwa mereka, siasatan masih belum dijalankan?

Puncanya, dah masuk tahun baru tapi pihak polis didakwa masih tak memulakan siasatan walaupun arahan sudah pun dikeluarkan oleh Peguam Negara sejak Julai tahun lepas. Perkara ni juga disedari apabila Muhyiddin membuat kenyataan pada bulan Oktober lepas di mana dia mahukan siasatan cuma mula dibuka dengan kebenaran Peguam Negara (tapi bukan dah buka ke?)

Keratan akhbar yang membuatkan kitorang keliru, kiri ialah Berita Harian pada 18 Julai 2018 dan kanan, Kosmo pada 25 Oktober 2018.

Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, kemudiannya mempersoalkan kenapa Muhyiddin dan KDN masih berdiam diri berhubung kes kematian Beng Hock walaupun Jabatan Peguam Negara sudah pun mengarahkan pihak polis membuka semula kes tu sejak Julai lepas.

Muhyiddin Yasin kemudiannya menyangkal dakwaan tersebut di mana mendakwa yang ia merujuk kepada arahan lanjut dari Peguam Negara berhubung kertas siasatan yang diserahkan pasukan petugas tu, dan arahan khusus kepada pasukan petugas pada 17 Disember tahun lepas dan siasatan masih sedang dijalankan.

Bagi korang yang tak tahu pasal kes Teoh Beng Hock, kitorang ceritakan kronologi kes ni.

Kematian misteri Teoh Beng Hock

10 tahun yang lepas, seorang pembantu politik yang bernama Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM untuk disoal siasat. Ia adalah kali terakhir dia dilihat hidup. Dia ditemui mati keesokan harinya di atas bumbung sebuah bangunan bersebelahan dengan pejabat SPRM.

Selepas 6 tahun yang memeritkan tu, pada 12 Mei 2015, keluarga mangsa akhirnya mendapat beberapa pengakuan daripada kerajaan atas kematiannya. Kerajaan juga bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM600,000 dan kos RM60,000 kepada ahli keluarganya. 

*Dari sini, kita refer Teoh Beng Hock sebagai TBH*

Keratan akhbar 2015.

Kalau korang terfikir, macam mana sebenarnya peguam berjaya mendapat Kerajaan Malaysia untuk membayar pampasan kematiannya? Masa artikel ni mula ditulis kawan kitorang kat Cilisos, dia sendiri berjaya hubungi Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia sekarang, anak kepada Karpal Singh, yang juga  merupakan juga peguam utama untuk keluarga mangsa.

Tapi, macam mana sebenarnya lelaki tu dijumpai mati dengan keadaan misteri?

Pada masa tu, dia cuma berusia 30 tahun. Imej dari Loyar Burok

Teoh Beng Hock (20 April 1979 – 16 Julai 2009) adalah bekas wartawan Sin Chew Daily sebelum menyertai politik. Adik perempuannya Lee Lan teringat macam mana Beng Hock teruja betul tentang masa depan negara selepas tsunami politik 2008…

“Semasa Ean mendekatinya untuk menjadikannya pembantu politiknya selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, dia pun terima. Saya masih ingat dia pulang ke rumah dengan mengatakan yang dia sangat gembira dengan perubahan politik di negara ini.
Sekali gus, dia merasakan ada harapan untuk perubahan apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri di Selangor selepas pilihan raya umum 2008.”- Teoh Lee Lan, adik TBH,  TBH Trust For Democracy

Kemudian pada 15 Julai 2009, kira-kira jam 6 petang, SPRM membawanya ke pejabat mereka di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, untuk memberi kenyataan mengenai tuduhan rasuah terhadap bosnya, Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Keesokan harinya, TBH ditemui mati di tingkat 5, jatuh dari tingkap.

Macam ni la mereka jumpa TBH. Imej dari legalandprudent

Penyiasatan tentang apa sebenarnya yang berlaku nampaknya sangat panjang dan rumit. Mereka juga kemudiannya membawa ahli patologi forensik dari Thailand dan British, Dr. Pornthip Rojanasunand dan Dr. Peter Vanezis.

Nampaknya tiada kamera CCTV yang dipasang di bilik TBH disoal siasat. Tapi nampaknya ada bukti di mana dia mengalami kecederaan sebelum jatuh, dan juga bukti cap jari di tingkap, tapi nampaknya ia sangat berdebu sampaikan pihak polis tak dapat gunakannya. Kemudian tingkap di tingkat 14 juga mempunyai selak yang patah… Betul-betul mengelirukan.

Pejabat SPRM lama yang berada di Plaza Masalam. Imej dari The Star

Apa yang pelik, SPRM pula mendakwa yang mereka cuma menyoal siasat dia hanya selama 9 jam (sebagai saksi sukarela) dan melepaskan TBH pada 3.45 pagi. Tapi barangan peribadi dia macam telefon bimbit masih dalam jagaan SPRM. Apabila rakannya (yang juga disoal siasat) bercakap tentang pengalaman mereka, dia memberitahu yang pegawai SPRM agak menekan mereka di mana dia tak diberikan akses untuk peguam, makanan dan minuman.

Dengan itu, proses untuk memperjuangkan keadilan untuk TBH pun bermula. Pada 29 Julai 2009, Gobind Singh Deo, bersama-sama mendiang bapanya Karpal Singh, SN Nair dan Lim Lip Eng mewakili keluarga Teoh membantu mereka dengan pro bono di mahkamah. Pro bono bermaksud menegakkan keadilan untuk mereka secara sukarela dan tanpa bayaran.

“Kami mengambil banyak kes pro bono. Ini adalah salah satu daripada ketidakadilan yang berlaku kepada keluarganya. Cara mereka dirawat, kesulitan yang mereka alami, dan kesemua politik… Encik Karpal dan saya melihat keluarganya dan kami menawarkan apa sahaja yang kami mampu.”- Gobind

Gobind, bersalaman dengan Lee Lan, 2009. Imej dari Roket Kini

Koroner Azmil Muntapha Abas memulakan siasatan ke atas sebab dan cara dia meninggal dunia, tapi ia mengambil masa selama 18 BULAN untuk sampai kepada kata putus. Walau bagaimanapun, jawapannya masih samar-samar, mengatakan yang kematian TBH bukan pembunuhan, atau bunuh diri.  Perkara ni la yang menimbulkan kemarahan orang ramai, dan kerajaan pun akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Tapi nampaknya… laporan RCI yang dikeluarkan pada 21 Julai 2011, mendakwa TBH membunuh diri akibat kerana tekanan yang agresif. Tapi, macam mana keluarga dan kawan-kawan TBH nak percaya padahal dia TAKKAN buat perkara tu?

Pakar psikiatri forensik pula kata, adalah mustahil TBH membunuh diri. Dia mempunyai rancangan. Dia akan berkahwin dengan tunangnya, Soh Cher Wei, yang sudah hamil 2 bulan.

Soh Cher Wei dan anaknya, Teoh Er Jia. Imej dari teohbenghock.org

Jadi, Gobind dan keluarga TBH terus ber’perang’ di mahkamah, antara DUA perkara:

1. Pertama, mereka dakwa kerana kecuaian …

Jadi ini adalah pertempuran dari sudut SIVIL:

“Kami saman 10 pegawai yang menahan TBH, SPRM dan Kerajaan. Dalam proses bekerja untuk kes ini, saman sivil muncul. Anda lihat, kes sivil dan jenayah berbeza. Bagi kes-kes jenayah, pihak polis mengambil tindakan dan seseorang sama ada didenda atau dipenjara. Untuk kes sivil, anda mendapat pampasan yang diberikan. “- Gobind

Gobind Singh Deo dan keluarga Teoh dikelilingi oleh pemberita. Imej dari Facebook DAP.

Dalam istilah awam, Gobind bagitahu kitorang yang kesnya macam ni: Jika anda memandu kereta, anda bertanggungjawab untuk berjaga-jaga di jalan raya. Dalam sekejap jika anda kehilangan fokus dan melanggar kereta lain, itu adalah KECUAIAN. Jadi itu adalah kes sivil, bukan jenayah.

“Jadi pegawai SPRM yang sepatutnya menguruskannya. Mereka bertanggungjawab untuk keselamatannya semasa dia berada dalam tahanan mereka. Tetapi mereka cuai. “- Gobind

Dan ni la kes yang DIMENANGI mereka. Macam apa yang kita bagitahu kat atas, Kerajaan mengaku kecuaian mereka dan bersetuju untuk membayar pampasan ganti rugi sebanyak RM600,000 dan kos sebanyak RM60,000.

*Gobind menjelaskan yang ‘kerosakan’ bermaksud jumlah pampasan, dan ‘biaya’ adalah untuk wang yang dibelanjakan untuk yuran peguam, dokumentasi, dll.

Bagi Gobind, ia bukanlah tentang duit. Walaupun duit tu boleh digunakan untuk isteri TBH dan anak mereka atau keluarganya. Apa yang lebih penting adalah kesedaran. Sebab tu la juga keluarganya akhirnya bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

“Jadi, peguam persekutuan menerima tanggungjawab untuk apa yang berlaku. Setelah bertahun-tahun berjuang, kami telah sampai ke titik di mana mereka telah mengakui tanggungjawab mereka, ” – tambah Gobind.

Walaupun dengan kekayaan dunia, mampukah ia menggantikan kehilangan orang yang tersayang?

Beng Hock (kanan) dengan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai. Imej dari The Nut Graph

Korang mesti terfikir, RM600,000 je untuk nyawa seorang manusia? Malangnya, itulah cara sistem undang-undang berfungsi.

“Banyak benda yang perlu diambil kira pasal pampasan dalam undang-undang Malaysia. Kami mengambil pendapat undang-undang dan keluarga dinasihatkan jumlahnya adalah yang terbaik yang mereka boleh dapat. “- Gobind

Dalam kiraan pampasan pula, macam ni sebenarnya mahkamah lakukan:

Mereka mengambil kira yang TBH akan bekerja sehingga umur 60, jadi itulah jumlah yang mereka dapat.

“Undang-undang agak kejam. Pengiraan tidak praktikal sama sekali. Ini menunjukkan yang hidup hanya bersamaan dengan RM600,000. Kehidupan sangat murah. Saya berasa kesal dengan perkara ini, ” -Lee Lan.

Laporan menunjukkan yang penyelesaian ni mungkin tak sepenuhnya seperti apa yang dikehendaki oleh keluarga, tapi mereka sama ada menerimanya, atau kes ni takkan selesai sampai bila-bila.

TAPI. Kes ni tak berakhir setakat tu je.

2. Dan juga tekanan

Ini pula perjuangan dari sudut JENAYAH:

Lee Lan yang berusaha menegakkan kebenaran untuk abang, dan keluarganya. Imej dari Malaysiakini

Dalam laporan Malaysiakini, Lee Lan bersumpah yang SPRM tak pernah berjumpa pun dengan keluarganya. 

Tak disangka-sangka, lima tahun selepas kematiannya, pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan membuat penghakiman penting yang luar biasa… Ingat jawapan yang samar-samar yang diberikan oleh koroner itu? Mahkamah Rayuan membatalkannya dan memutuskan yang ia BUKAN KES BUNUH DIRI!

“Mereka mendapati bahawa kematiannya disebabkan oleh orang yang tidak diketahui. Jadi mereka mengendalikan pihak polis untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab, ” – jelas Gobind.

“Setiap usaha mesti dilakukan untuk mengesan pelaku atau pelaku dalam penyiasatan polis yang menyeluruh. Tiada siapa yang boleh diselamatkan dalam siasatan supaya tiada tuduhan ditutup “- Hakim Mah Weng Kwai, salah seorang hakim 3 Mahkamah Rayuan, The Star

Keluarga TBH di Mahkamah Rayuan. Imej dari mahwengkwai.com

Ada beberapa pihak minta RCI ditubuhkan lagi

Pada masa kita interview Gobind pada Mei 2015 ni juga, setakat tu polis kata mereka dah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat (RCI). Satu-satunya perkara yang boleh dilakukan keluarga pada masa tu adalah menunggu.

Tapi nampaknya pada 2016, akhirnya Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Disebabkan ketidakpuasan hati terhadap RCI yang lepas, dah beberapa pihak pernah suruh tubuhkan RCI sekali lagi iaitu Lim Kit Siang pada 2017, dan Ramkarpal pada Oktober 2018.

Screengrab dari MalaysiaKini pada Mei 2018 dan The Malaysian Insight, Oktober 2018.

Keputusan ni juga jadi ‘game-changer’ dalam undang-undang Malaysia

Selain tu juga, keputusan Mahkamah Rayuan ni juga dah jadi ‘game changer’ sekarang:

“Ia telah mengubah undang-undang berkaitan dengan inkues, untuk membuktikan bahawa Kerajaan bertanggungjawab. Undang-undang itu telah berubah selepas TBH. Sejak itu, mahkamah jadi lebih terbuka. “- Gobind

*Inkues dipanggil oleh seorang hakim untuk menentukan punca kematian seseorang apabila tiba-tiba atau tidak dapat dijelaskan.*

Gobind menyebut yang terdapat 3 atau 4 kes lain yang melibatkan inkues. Antaranya adalah Aminulrasyid Amzah,15 tahun ketika ditembak mati oleh polis pada 2010 dan kes C. Sugumaran, seorang pengawal keselamatan yang meninggal setelah dikejar oleh pegawai polis, pada 2013.

Walaupun dah 10 tahun kematian misteri Teoh Beng Hock, kes tak dinafikan antara yang rumit dan banyak pihak yang dah mengorbankan masa dan tenaga. Bagaimanapun, perjuangan menuntut keadilan masih belum selesai selagi pembunuhnya tak ditangkap.

Malah kami juga berharap yang kes ni akan diselesaikan tak lama lagi dan semoga keluarga TBH, malah seluruh rakyat Malaysia dapat jawapan yang sewajarnya. Yang penting sekali,  kebenaran dapat ditegakkan walaupun mungkin pahit untuk ditelan.

RIP, TBH. Imej dari Malaysia Kini