Kelebihan yang akan dirasai oleh rakyat Malaysia, jika caj transaksi dimansuhkan

Melihat daripada berita yang diterbitkan oleh Kosmo! mengenai pemansuhan caj transaksi ATM RM1 ialah satu berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia. Dalam akhbar tersebut bertulis ramai pakar-pakar ekonomi menyarankan supaya caj transaksi dimansuhkan kerana membebankan rakyat.

Akan tetapi, apa akan terjadi jika ia dimansuhkan? Ini antara kelebihan-kelebihan yang kita semua akan dapat:

1. Mengurangkan beban pengguna bank

Walaupun cuma RM1, tetapi ia tetap menjejaskan kewangan kita. Bayangkan, nak keluar RM100 tapi kena bayar caj transaksi, lepas itu boleh keluar RM90 sahaja. Situasi ini boleh dikaitkan dengan peribahasa “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Ada juga yang sanggup pergi ke bank yang didaftar walaupun jauh demi keluarkan wang daripada mesin ATM kerana tak nak bayar caj tersebut. Macam kami juga, banyak bank ada di sekitar rumah, tetapi sanggup memandu sepanjang 5KM demi mengeluarkan wang.

Jika caj transaksi ini dimansuhkan kemungkinan ia akan meringankan bebanan pengguna lebih-lebih lagi yang bekerja dengan gaji rendah.

2. Ramai orang akan suka melakukan transaksi wang kecil

Semestinya kalau ke ATM, kita akan keluarkan wang dengan jumlah yang besar, memandangkan caj transaksi dikenakan. Yela, kalau kita asyik keluar wang kecil sahaja, mesti sudah beberapa kita akan kena caj itu. Sebagai contoh, kita keluarkan RM10 sebanyak 5 kali, bersamaan dengan caj transaksi sebanyak RM5, dah boleh beli makanan Menu Rahmah tau!

Jadi, jika caj transaksi ATM dimansuhkan, ia akan meningkatkan transaksi wang kecil dalam kalangan masyarakat kita. Satu lagi, ramai orang kita dah beralih pada ‘cashless’, jadi mengeluarkan wang dalam jumlah banyak adalah satu bebanan bagi mereka.

Ingat tak dulu masa zaman pandemik dulu? Kerajaan sebelum ini memansuhkan seketika caj transaksi tersebut supaya dapat meringankan bebanan rakyat. Impaknya boleh nampak jugalah, apabila ramai orang tak perlu memandu jauh-jauh untuk mengeluarkan wang.

Apakah keburukan pemansuhan caj transaksi ATM?

Kemungkinan kita hanya berfikir kelebihan sahaja, tapi pemansuhan caj transaksi ATM akan mendatangkan keburukan?

Jawapannya, ada. Apakah ia?

  • Pihak bank akan mendapat kerugian yang besar

Tahukah awak semua sistem ATM itu sebenarnya dibawah Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS) yang dimiliki oleh PayNet Group. Sebenarnya, caj perkhidmatan RM1 itu sebenarnya digunakan untuk menyelenggara perkhidmatan ATM yang disediakan oleh MEPS.

Imej daripada The Edge Markets.

Jika caj perkhidmatan ATM dimansuhkan, kemungkinan, bank juga akan mengurangkan mesin ATM di sekitar Malaysia atas dasar faktor keuntungan dan kerugian.