- 237Share sekarang!
- Email34
- Facebook203
- Share
P/S: Mereka (mangsa yang dibuang kerja) memilih untuk tidak didedahkan nama sebenar dan syarikat tersebut didalam artikel ini demi menjaga privasi mereka.
Sebelum ni SOSCILI ada tulis pasal macam mana nak saman bos kalau korang dibuang kerja secara tak adil. Tak lama lepas kami publish artikel tu, kami dapat satu mesej dari pembaca mengenai pengalaman beliau dan rakan-rakannya yang dipecat secara tiba-tiba, hampir 20 orang jugaklah yang telah dibuang!
So kami kat SOSCILI pun pergilah set appoinment dengan pengirim mesej ni dan rakan-rakannya di sebuah restoran. Bila berjumpa, mulalah sesi meluahkan perasaan secara berjemaah dengan panjang lebar… dan ini cerita mereka.
Takde warning takde apa, kena pecat sejam sebelum habis kerja!
Mereka semuanya tidak berpuas hati dengan syarikat tersebut kerana majikan memberikan notis berhenti kerja tak sampai 24 jam.
“Dia (majikan dan HR) panggil saya dalam pukul 5 petang macam tu dan nyatakan yang mereka nak tutup department ni dan tak perlu datang kerja lagi pada hari esok. Mereka suruh saya sign (tandatangan notis berhenti kerja) time tu juga sebagai tanda setuju.” – Fatin (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Menurut mereka lagi, para pekerja yang menerima notis pemberhentian tu terdiri daripada pekerja tetap yang telah berkhidmat lebih dari setahun, malah ada yang hampir sepuluh tahun telah berkhidmat dengan syarikat tersebut.
“Kami semua rasa macam teraniaya, bagitahu tentang pemberhentian kerja last minit, waktu dah nak balik kerja… sedangkan sebelum tu mereka buat macam takde apa-apa je.” – Fatin (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Dipaksa sign dan tak diberikan masa untuk berfikir
“…time dapat berita tu rasa terkejut sangat dengan tak diberi masa untuk berfikir dan saya pun tersign terus. Bila dah sampai rumah baru terfikir yang saya dah buat silap sebab sign surat tu sebagai tanda setuju untuk berhenti walaupun sebenarnya saya tak setuju”. – Fatin (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Tambah Fatin lagi, sebelum dia sign notis pemberhentian kerja tu, dia ada minta untuk diberikan masa dan tempoh at least sebulan sahaja lagi untuk bekerja sebelum ditamatkan perkhidmatan. Tetapi majikannya kata kalau nak, dia kena tukar ke department marketing (bahagian lain) yang terang-terang bukan bidang dia sekarang dan itu pun kalau tak perform dan tak dapat beri apa yang mereka nak, mereka tetap akan berhentikannya.
“Saya malas nak argue lebih-lebih so saya sign je terus sebagai tanda setuju. Lagipun mereka macam paksa-paksa dan saya memang tak boleh berfikir.” – Maya (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Tetapi ada juga salah seorang antara mereka yang tak sign notis tersebut iaitu, Sofea (bukan nama sebenar):
“Macam saya, semalam dia panggil suruh sign tapi saya tak sign. So hari ni saya datang office cuma melangok je lah satu hari, takde buat kerja sebab komputer saya semua dia (majikan) dah lock dan tak boleh buat apa-apa.” – Sofea (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Lepas dapat notis berhenti kerja, komputer apa semua terus kena lock
Selepas pekerja diberikan notis pemberhentian, pekerja tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer syarikat lagi walaupun sekadar untuk mengambil dokumen peribadi atau clearkan segala dokumen-dokumen peribadi di dalam komputer tersebut (komputer terus dilock oleh syarikat).
Menurut seorang pekerja yang masih lagi belum sign notis pemberhentian tersebut, turut menyatakan bahawa komputer miliknya jugak di ‘lock’.
“Selepas saya keluar dari bilik meeting (diberitahu tentang pemberhentian) tersebut, saya kembali ke tempat saya untuk mengemas dan mengambil dokumen didalam komputer saya serta beberapa gambar namun mereka (pihak majikan) tetap tak membenarkannya.” – Fatin (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Majikan seolah-olah mempertikaikan masa solat
“Lately ni bila kitaorang nak pergi solat Asar dan Zohor pun dah kena tulis dekat buku. Dulu takde pun. Mungkin dia takut kitaorang keluar solat lama sangat…”- Fatin (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
“Dulu kitaorang pernah minta buat surau tapi mereka (syarikat) buat tak tahu je dan tak layan pun.” – Sofea (bukan nama sebenar) dalam interview dengan SOSCILI.
Tambah Fatin lagi, sebenarnya mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk keluar menunaikan solat sebab surau tu jauh sikit dari office. Mereka terpaksa berjalan pergi ke bangunan lain yang ada surau (bangunan pejabat mereka tak ada surau).
Jadi bila benda-benda ni jadi pada korang… tindakan apa yang perlu diambil? Sah ke dari segi undang-undang untuk memberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam? Kami tanya sorang HR (Human Resource) yang kami kenal tentang perkara ni, dan apa yang kami dapat simpulkan adalah…
Sebab tu adalah SANGAT PENTING untuk baca dan faham surat tawaran (offer letter) waktu mula-mula masuk kerja
Kami tanya HR tersebut, boleh ke memberhentikan pekerjanya dalam masa 24 jam dengan memberi pampasan gaji sebanyak 1 bulan sahaja. Dan beliau telah minta surat offer letter (kontrak perkhidmatan) syarikat tersebut terlebih dahulu.
“Mangsa boleh buat complain di IR (Industrial Relation/Perhubungan Perusahaan) atau Jabatan Buruh. Tapi apa-apa pun rujuk dulu pada offer letter. Ada termination clause tak. Kalau ada termination clause 24 jam, memang tak boleh buat apa-apa.” – R. Saravana Kumaar, Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta.
“Lepas saya baca (surat tawaran), memang ada termaktub di dalam bahagian layoff (pemberhentian kerja) syarikat tersebut. So syarikat boleh berhentikan pekerjanya dengan hanya membayar pampasan satu bulan sahaja.” – R. Saravana Kumaar, Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta.
Tambah Kumar lagi, mengenai pemberhentian 24 jam itu pula, tidak semestinya syarikat kena bagitahu sebulan awal dari tarikh pemberhentian kerja kerana apa yang penting syarikat tersebut telah mengikut segala terma yang telah termaktub didalam surat tawaran bekerja dengan membayar pampasan satu bulan bekerja. Tetapi mangsa boleh mengambil tindakan sekiranya syarikat tidak membayar pampasan tersebut.
Tapi apa tindakan yang boleh mereka (mangsa yang diberhentikan kerja) ni lakukan seperti membuat aduan atau pampasan lain?
“Boleh. Pekerja berhak untuk tahu punca sebenar ia diberhentikan dan sebab-sebab lain yang mereka tak puas hati… terpulang pada IR atau Jabatan Buruh untuk membuat pertimbangan tersebut.” -R. Saravana Kumaar, Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta.
Bagaimana pula jika company mengarahkan pekerjanya untuk tandatangan pada notis pemberhentian kerja tetapi pekerja tersebut tidak menadatangan?
“Kalau tak nak sign pun, terma dah termaktub didalam kontrak. Tidak boleh buat apa-apa tetapi kalau pekerja nak buat complain dengan IR atau Pejabat Buruh, disyorkan jangan sign dahulu.” -R. Saravana Kumaar, Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta.
Tapi bukan ke dari Jabatan Sumber Manusia ada mengatakan notis penamatan kerja harus 6 minggu jika pekerja bekerja lebih 2 tahun dan 8 minggu jika pekerja telah bekerja lebih 5 tahun?
“Ya betul. Itu memang ada dalam Employment Act 1955 tetapi kalau dah ada dalam kontrak, yang dalam kontrak akan diguna pakai. Kalau takde dalam kontrak, baru follow Employment Act 1955 punya clause.”- R. Saravana Kumaar, Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta.
Jadi kalau nak dipendekkan cerita… lain kali bila dapat offer letter, baca dulu sebelum sain. Kalau korang jenis sain buta-buta je, memang susah nak salahkan orang lain.
Tapi bagaimana kalau ia memang berhentikan pekerjanya secara tidak adil? Nak laporkan pada siapa? Macam mana caranya? Ok korang boleh rujuk dekat artikel kami yang lepas mengenai cara nak saman bos bila korang dipecat secara tak adil.
Semoga artikel ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan korang mengenai perkara sebegini untuk di masa akan datang.
- 237Share sekarang!
- Email34
- Facebook203
- Share