
- 66Share sekarang!
- Facebook61
- Twitter0
- LinkedIn2
- Email3
Klik sini untuk jawab Survey Sepak Baldi dalam tab lain!
↓tukar bahasa↓
Selain jodoh, apa lagi yang boleh datang tiba-tiba? Ni jawapannya:

Tak kiralah korang muda atau tua, kaya atau miskin, mahupun sihat walafiat, ajal boleh datang menjemput bila bila masa. Jadi adakah korang dah bersedia?
Bukan dari segi amalan je, tapi dari aspek lain jugak. Adakah korang dah kosongkan history browser korang? Pesan kat sesiapa untuk siram pokok bunga dan bagi makan kucing korang bila korang dah takde? Sumbang kat khairat kematian awal-awal? Fikir pasal wasiat?
Nak mati pun renyah juga sebenarnya. Sebab tulah…
Kitorang nak tau persediaan korang sebelum ✨meninggal✨!

Siapa je suka bincang pasal mati kan, tapi kitorang dah bekerjasama dengan sebuah syarikat amanah yang terkemuka untuk mulakan perbincangan ni melalui…
🎉Survey Sepak Baldi 2025!🎉
Selain bagi pencerahan terhadap topik-topik berat macam instrumen wasiat, pembahagian harta pusaka, dan apa yang akan jadi kat harta peninggalan korang lepas korang dah takde, kitorang juga nak tau benda-benda menarik pasal korang macam:
- Ada tak rahsia yang korang harap akan terkubur bersama korang nanti?
- Apa yang kebanyakan rakyat Malaysia nak tinggalkan kat anak-anak diorang selain trauma?
- Siapa ahli keluarga korang yang paling banyak drama lepas korang dah takde?
Dan banyak lagi!
Syarikat tadi juga nak tahu pendapat korang tentang idea baru diorang: sejenis akaun bank bersama yang dikongsi dengan pemegang amanah dari pihak diorang, yang akan pastikan duit korang sampai kepada sesiapa yang korang nak lepas korang dah takde. Besikeli, diorang nak tahu idea ni bagus ke tak, jadi bagitau diorang dalam survey ni jugak!
Ketik sini untuk jawab Survey Sepak Baldi!
Jadi tak kisahlah korang ni pakar dalam hukum faraid dan wasiat, tak tahu apa apa, atau tak pernah terfikir pun pasal hujung usia, sumbangkan 10 minit korang untuk kongsi pendapat dengan kami. Bolehlah buat sementara tengah rebus megi.
Survey ni bakal ditutup 20 Jun 2025, jadi jangan tunggu lama-lama! Lepas jawab, datang balik cari kitorang bulan Ogos ni untuk keputusan survey. Terima kasih!
- 66Share sekarang!
- Facebook61
- Twitter0
- LinkedIn2
- Email3