- 218Share sekarang!
- Email15
- Facebook203
- Share
(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)
Sebelum ni, kami pernah siasat pasal kenapa kita tak boleh guna syiling untuk bayar mesin parking. Dan jawapannya mudah iaitu…pengendali tempat letak kereta tak nak menyusahkan diri! Tapi kalau korang nak jawapan penuh, klik sini.
Sebenarnya, mesin parking dan gedegang (vending) bukan bagi masalah berkaitan syiling je. Kadang-kadang korang kena masukkan duit kertas dua, tiga, empat kali kat dalam slot tu sebelum mesin tu nak makan duit. Kenapa jadi macam tu ye?
Seorang pengguna twitter, Aina (@nurfitrianii) nampaknya ada jumpa sebabnya kenapa. Dalam tweet-nya, dia menyatakan ni berlaku mungkin kerana duit kertas ringgit tu tak ada tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz.
Korang panggil ni apa? Aku panggil mesin gedegang pic.twitter.com/iHyqFyiprf
— Abang Skema (@iNerd__) July 1, 2019
Dia bagitau kami yang dia perasan benda ni bila dia nak beli air kat mesin vending di Taman Botani, Putrajaya.
“Tapi, saya kemudiannya tak boleh masukkan duit saya dan di sana ada seorang lelaki yang sedang bekerja cakap kat saya bahawa mesin itu tak menerima duit kertas dengan tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Jadi, saya pun cuba dan ia terbukti betul.”- Aina memberitahu kami
Tweet-nya menjadi tular dan muncul juga dalam beberapa page viral. Disebabkan benda ni sangat menguji minda, maka kami dari SOSCILI Berita Betul Ke Bohong siasat sendiri dengan bertanyakan kepada pemilik mesin vending ni…
Sebenarnya…duit kertas korang kena tolak bukan sebab tandatangan
Jadi, kami berhubung sendiri dengan beberapa pembekal mesin vending, dan salah satunya adalah syarikat Evoxen (nama panjang Evolutionary, Evolution, Enclosed) dan ini yang dia bagitau kami.
“Secara teknikalnya, penerima duit kertas (note acceptor) tak boleh mengenalpasti tandatangan. Ia hanya mengesahkan berdasarkan keperluan keselamatan Bank Negara kita.”- Francis Pang dari Evoxen bagitau kami
Ok. Jadi, ni bermakna tanda tangan bukanlah salah satu keperluan keselamatan atau…?
Sebelum kami kaji lebih mendalam, jom kita fokus kepada salah satu bahagian mesin tu sendiri – Penerima Duit Kertas (Note Acceptor). Menurut Aina, yang juga merupakan jurutera perisian, Note Acceptor ada dua fungsi: Untuk membaca dan mengingati reka bentuk duit kertas. Tapi macam mana???
Kevin Ong dari Amano, satu lagi pengedar mesin vending bagitau kami, mesin yang dibekalkan boleh mengenal pasti sifat fizikal duit kertas macam bentuk, saiz dan reka bentuk tapi BUKAN tandatangan. Manakala, Vin Lee dari Sigma Technology Sdn Bhd secara terperinci bagitau yang Note Acceptor boleh membaca duit kertas berdasarkan empat kriteria ni:
- Saiz, berdasarkan empat bucu duit kertas
- Ketebalan duit kertas
- Warna duit kertas
- Corak magnetik pada permukaan duit kertas yang tak boleh dilihat oleh mata kasar
Sebenarnya, korang boleh tengok corak magnetik dibawah sinaran ultraviolet macam pengurup wang selalu guna:
Vin juga bagitau yang Note Acceptor boleh mengenal pasti berapa nilai ringgit tu dengan beberapa ujian bersiri melibatkan 100 helai duit kertas tau! Bukan tu je. Dalam ujian ni, duit kertas tu akan dimasukkan melalui empat cara: depan, belakang, atas dan bawah.
“(Keputusannya) Di sana akan ada campuran Duit Baru, Duit Normal dan Duit Lama. Di situ juga ada kemungkinan yang arah tertentu mungkin tak ada kesempurnaan sewaktu proses ujian dan ada perlu terbalikkannya dari arah lain.” – Vin bagitau kami.
Ujian duit kertas ni tak dibuat di Malaysia. Menurut Vin, Note Acceptor di mesin parking biasanya dihasilkan di Kanada, US dan Jepun dan mesin vending dihasilkan di Taiwan dan China. Jadi, sampel duit kertas akan dihantar ke syarikat-syarikat pembekal untuk mereka melakukan ujian dan mereka akan simpan gambar duit kertas selepas ujian dijalankan.
Tapi memang ada amaran macam bawah ni ditampal
Walau macam mana pun, seperti yang kami bagitau awal tadi, ujian duit kertas dilakukan kat luar negara, jadi pembekal mesin macam Evoxen, Amano dan Sigma bertanggungjawab menghantar sampel duit kertas ke syarikat yang boleh menjalankan ujian tersebut. Ini bagi melakukan sebarang kemas kini dan membuat imej baru untuk duit kertas baru. Vin bagitau kami, benda ni biasa berlaku apabila Bank Negara melancarkan duit kertas baru.
“Ia adalah benda biasa untuk duit kertas baru RM1 dan RM5 untuk diedarkan sebelum CNY atau Hari Raya. Apabila ada kitaran duit kertas yang baru, mungkin akan ada sedikit perubahan, tambahan atau pengubahsuaian mengenai 4 kriteria yang tak boleh dikesan oleh mata kasar, rasa, sentuh atau ukurannya.”- Vin Lee
Dan ni lah yang berlaku pada tahun 2016 apabila set baru ringgit dilancarkan yang mana mengandungi tandatangan Gabenor Bank Negara, Muhammad Bin Ibrahim. Tapi, kenapa semua mesin ni masih belum boleh membaca duit-duit kertas ni?
Malangnya, mengemaskini mesin ni datang dengan nilai dan bayaran… kepada pemilik.
“Oleh itu, ada sebahagian pengendali tempat letak kereta atau pemilik yang tak ada bajet, atau tak dilindungi oleh Kontrak Penyelenggaraan, mereka takkan bayar untuk ini (mesin yang dikemas kini) yang mana anggaran caj dari RM750 ke RM1,000.“- Vin bagitau kami
Bayangkan pengendali tempat parking mempunyai sekurang-kurangnya lima mesin, ia akan memakan kos lebih kurang RM5,000 untuk mengemas kini mesin ni! Dan kami belum lagi masukkan kos operasi lain macam mendeposit duit dari mesin ke dalam bank.
Kevin bagitau kami yang mana duit akan tetap kena TENDANG dengan mesin baru, sebab:
- Duit kertas konyok
- Duit kertas tak dimasukkan sebaiknya (berlipat)
- Kekotoran/dakwat kat atas duit kertas
- Duit palsu
- Duit koyak
Jadi, kalau korang ada duit kertas yang ada tandatangan Muhammad Bin Ibrahim janganlah panik. Korang masih lagi boleh gunakannya.
(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)
- 218Share sekarang!
- Email15
- Facebook203
- Share