Kajian menunjukkan kebanyakan mangsa ragut adalah dari 3 negeri ni…

Bila korang scroll FB, mesti korang dah banyak nampak komen-komen macam ni yang membuatkan korang bimbang tentang keselamatan di Malaysia.

Dan sebab tu jugalah kitorang dari Soscili berminat sangat nak tahu, apa yang rakyat Malaysia akan lakukan untuk memastikan keselamatan, dan apa yang korang buat jika terjadinya sesuatu. Memandangkan member kitorang dari Allianz Malaysia bagi chance untuk kitorang jalankan survey, jadi kitorang pun ciptalah Jaga-jaga Survey ni untuk ambik tahu pandangan rakyat Malaysia. Tapi sebelum tu, korang kena tahu yang survey ni ada:

  • Bilangan responden: 795
  • Tempoh tinjauan: 20 Ogos – 4 Oktober 2020
  • Kumpulan umur: Sebilangan besar 20-29 (42.3%), tetapi dengan responden dari semua kumpulan umur (dari 17 tahun sampailah 60 tahun ke atas)
  • 5 lokasi teratas: KL, Selangor, Perak, Pulau Pinang & Johor, tapi ada responden dari setiap negeri.
  • Identifikasi jantina: 56.6% wanita, 41.5% lelaki, 1.9% yang lain-lain (Wah, pertama kali kitorang dapat responden perempuan lagi tinggi dari lelaki!)

Jadi, tunggu apa lagi?

1. Orang Perak dan Pahang rasa paling selamat, manakala Melaka dan Terengganu pulak sebaliknya…

Nampaknya, sebanyak 65.3% rakyat Malaysia rasa selamat, dan ia tak jauh beza dengan mana-mana kajian lain yang pernah dilakukan. Tapi bila kita buat pecahan ikut negeri, 3 negeri yang rasa paling selamat adalah:

  • Pahang (77.8%)
  • Perak (76%)
  • Johor (70.6%)

Manakala negeri-negeri yang rasa kurang selamat pula adalah:

  • KL (61.2%)
  • Terengganu (50%)
  • Melaka (50%)
Ada sebab kenapa Melaka ada banner ni. Imej dari Twitter marxtermind

Bila kita kaitkan dengan jantina pula, 41.8% wanita melaporkan yang mereka rasa tak selamat berbanding hanya 25.9% lelaki. Anehnya, untuk jantina yang lain-lain pula, hanya 16.7% yang kata mereka rasa kurang selamat.

2. Kejadian ragut yang paling merisaukan rakyat Malaysia

Menurut Laporan Jenayah dan Keselamatan OSAC 2020, kebanyakan jenayah biasa di Malaysia adalah jenayah kecil, seperti kes ragut, seluk saku, dan pecah rumah. Dan menurut tinjauan kami, kejadian ragut adalah perkara yang sering dibimbangi akan berlaku pada diri sendiri.

Dengar kata Wan Maimunah masih cari peragut ni

Tapi, adakah kebimbangan ni berasas?

Nampaknya, walaupun 40.25% rakyat Malaysia melaporkan merasa bimbang kalau-kalau terjadinya kejadian ragut, 35.8% responden menyatakan yang mereka atau ahli keluarga terdekat pernah mengalaminya. Berdasarkan ini, sebenarnya kita tak dapat menyimpulkan dengan tepat kalau 1 dari 3 rakyat Malaysia pernah mengalami kejadian ragut sebelumnya, sebab jumlah ni mungkin lebih tinggi sebab mereka yang pernah mengalaminya mungkin lebih cenderung untuk menjawab tinjauan ni.

Seterusnya, orang KL, Melaka dan Selangor paling banyak melaporkan yang mereka pernah berdepan dengan kes ragut dan rompakan. Tapi memandangkan kitorang tak mampu tanya kat mana sebenarnya ia berlaku, kitorang cuba bandingkan penemuan kitorang dengan statistik jenayah KDN dari tahun 2004-2016. Jadi lepas kitorang menganalisa data diorang, kitorang dapati yang negeri-negeri dengan jumlah kes ragut tertinggi adalah KL, Selangor, dan Pulau Pinang.

Dan kalau korang fikir perempuan je yang mudah kena…

Biasanya, kita dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan menghindarkan diri dari menjadi sasaran mudah. Tapi kalau korang nak perlindungan tambahan, Allianz Lifestyle Protect sebenarnya menginsuranskan korang sekiranya korang diragut atau diseluk saku walaupun ia berlaku semasa korang di luar negara. Asalkan korang buat laporan polis dalam masa 24 jam, korang masih boleh buat tuntutan tersebut.

Lindungi barang berharga dan diri sendiri dengan hanya 23 sen sehari?

Dan cakap pasal perlindungan…

3. Lebih ramai lelaki yang menggunakan beg anti-ragut, berbanding perempuan

Memandangkan rakyat Malaysia rasa kurang selamat bila berjalan seorang diri, jom kita tengok apakah langkah keselamatan yang rakyat Malaysia ambil semasa berjalan.

  • 66% akan berjalan melawan lalu lintas,
  • 61% akan selalu periksa kalau ada sesiapa mengekori
  • 58% lebih cenderung untuk memeluk beg mereka dengan kemas

Meletakkan kunci di celah jari pun merupakan salah satu cara popular pertahanan diri, dan merupakannya antara 5 langkah keselamatan yang popular. Malah, ia adalah nasihat yang selalu diberikan. Walaupun kitorang fikir yang mambawa pepper spray adalah salah satu langkah keselamatan yang biasa orang ambil, rupa-rupanya… ia salah satu langkah keselamatan yang paling kurang diambil oleh rakyat Malaysia, menurut kajian yang kitorang lakukan.  Malah, lebih ramai responden yang belajar seni mempertahankan diri berbanding membawa pepper spray.

 

WikiHow juga mempunyai tutorial menggunakan kunci untuk mempertahankan diri.

Dan nampaknya, wanita lebih banyak mengambil langkah keselamatan berbanding lelaki dalam semua pilihan yang disediakan, kecuali satu: menggunakan beg anti-ragut. Kami dapati yang walaupun 9.8% rakyat Malaysia membawa beg anti-ragut, lelaki 2 kali ganda lebih cenderung menggunakannya berbanding wanita. Jadi bila kita tengok berdasarkan negeri pula, orang utara terutamanya dari negeri Kedah & Perlis nampaknya banyak mempraktikkannya, kira-kira 4 kali lebih tinggi daripada purata negara.

Mungkin sebab tak trendy macam handbag, agaknya sebab tu la kot?

Walaupun dah berhati-hati, tapi macam mana pula langkah keselamatan yang dilakukan rakyat Malaysia kalau smartphone diorang kena curi pula?

4. Orang Sabah bersungguh-sungguh cari telefon kalau hilang, tapi orang Kelantan pulak… dok kesoh…

Bila hilang telefon bimbit je, rasa macam tak lengkap hidup sebab semua benda penting dalam tu. Tapi nampaknya menurut statistik ni, hanya 7% daripada telefon yang hilang berjaya ditemui. Dan dengan harga smartphone yang agak tinggi, memang sakit juga la.

Jadi untuk ini, kebanyakan responden survey kitorang mempunyai pelbagai reaksi menarik…

Kalau korang rasa diorang ni millenial… salah. Diorang ni Gen Y, kitorang dah check.

Bila terjadinya kehilangan telefon, kebanyakan mereka selalunya akan cuba berusaha mengesan semula telefon mereka (68.9%). Dan bila kita perincikan lagi dengan negeri, nampaknya orang Sabah, KL, Johor dan Selangor yang paling bersungguh-sungguh cari telefon diorang. Responden kita dari Kelantan pula nampaknya paling pasrah berbanding negeri-negeri lain. Malah, responden dari Kelantan juga akan terus beli telefon baru kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Dan seterusnya, pilihan lain yang akan dibuat oleh rakyat Malaysia adalah

  • Menggunakan aplikasi untuk mengunci dan menghapuskan memori telefon (57.9%), dan
  • Membuat laporan polis (35.8%).

Jadi kalau korang nak rasa ‘kurang sakit’ bila kehilangan telefon, Allianz Lifestyle Protect juga melindungi korang dengan perlindungan peranti pintar mereka. Dan katakanlah skrin handphone korang pecah sebab orang cuba curi, macam tu pun korang dah boleh tuntut manfaatnya. Dan perlindungan ni tak hanya terhad pada telefon, tapi juga terhadap peranti pintar yang lain macam komputer riba dan tablet.

Korang cuma perlu buat laporan polis dalam masa 24 jam

5. Bila shopping online, rakyat Malaysia paling takut kena scam

Menurut tinjauan kami, 17% responden kitorang kata diorang pernah kena scam dalam talian sebelum ini. Malah, nampaknya scam ni adalah perkara paling merisaukan rakyat Malaysia ketika membeli-belah dalam talian.

Mana taknya, Telenor melaporkan yang Malaysia adalah negara yang paling terdedah kepada scam dalam talian di rantau ini.

Penipu Macau Scam ni saja dah menyebabkan kerugian RM2 bilion setiap tahun

Selepas penipuan membeli-belah dalam talian/scam (48.4%), rakyat Malaysia juga risau akan menerima barangan berkualiti rendah (45.8%) dan kehilangan data peribadinya (40.2%).

Disebabkan membeli-belah dalam talian ni dah jadi sebahagian daripada gaya hidup kita hari ini, tak hairanlah kalau Allianz Malaysia memperkenalkan perlindungan all-in-one Allianz Lifestyle Protect yang akan melindungi korang yang akan melindungi korang dalam dunia maya, di samping dunia sebenar. Dengan perlindungan pembelian dalam talian, Allianz Malaysia akan memberi ganti rugi kepada korang jika berlakunya kejadian seperti korang membeli sesuatu dari laman web palsu, atau apabila ada penghantaran yang tak sampai, di mana penjual atau syarikat penghantaran enggan membayar balik, mengganti atau memberi apa-apa pampasan.

6. Untuk temu janji pertama, orang Negeri Sembilan dan Kelantan sangat bimbangkan keselamatan mereka

Selain daripada membeli barangan dalam talian, orang muda juga mencari cinta secara dalam talian. Dan takkan duk mengorat dalam talian je kan? Lama kelamaan mesti ajak jumpa juga untuk temu janji pertama.

Dan kalau korang rasa temu janji atau dating ni menakutkan, korang tak berseorangan. 16% daripada responden perempuan kita melaporkan yang diorang rasa agak kurang selamat pada temu janji pertama. Tapi bukan perempuan je rasa macam ni, sebanyak 6.1% responden lelaki berkongsi sentimen yang sama, termasuk 8.3% dari lain-lain jantina.

Sebab tu korang kena avoid coffee date

Manakala dua negeri yang agak menonjol kali ni adalah Negeri Sembilan dan Kelantan, di mana 20% dan 18.8% dari mereka melaporkan yang mereka rasa tak selamat untuk temu janji pertama.

Kalau korang bimbangkan keselamatan ketika bertemu dengan orang yang tak dikenali, jadi korang kena la bagitau seseorang yang korang percaya tentang keberadaan korang –  sesuatu yang selalu dipraktikkan rakyat Malaysia. Tapi, 36.9% responden mengatakan yang diorang tak melakukan  perkara ni. Dan bila tengok ikut negeri, yang paling bersalah adalah mereka dari Terengganu (66%) dan Sarawak (50%). Tsk tsk.

7. Orang Penang memang sayangkan emas diorang, tapi tak sebanyak…

Walaupun kita tahu yang memiliki simpanan peribadi dan mempunyai polisi insurans adalah cara biasa untuk menjaga keselamatan diri, tapi, sekiranya berlaku kecemasan, ada juga yang lebih suka kaedah klasik seperti menyimpan emas.

Jadi, kami letakkannya sebagai pilihan, dan mendapati 17.3% responden memilih emas sebagai perlindungan mereka, dan ini berlaku bagi mereka yang terutama bertutur dalam dialek India (29.4%) dan bahasa Melayu (23.5%).

 

In case korang lupa Mami Jarum tu yang mana satu. Imej dari Smule.com

Lepastu, kitorang pun tertanya-tanya, betul ke orang Penang lebih banyak simpan emas berbanding rakyat Malaysia dari negeri lain? Dan nampaknya… BETUL! Tapi… Penang di tempat kedua dan tempat pertama sebenarnya jatuh kepada… SARAWAK!

Bila difikirkan balik, kawan kitorang dari Sarawak memang pakai banyak emas pun….

Walaupun emas jarang susut nilainya, tapi sekali korang hilang emas tu… memang nangis la. Walaupun Allianz Malaysia tak mempunyai polisi khusus untuk ni, tapi mereka mempunyai polisi yang melindungi gaya hidup seharian korang. Selain daripada perlindungan dari kecurian, perlindungan membeli-belah dalam talian dan perlindungan peranti pintar yang kitorang dah sebut tadi, Allianz Lifestyle Protect juga melindungi korang sekiranya berlaku kemalangan, gangguan belajar dan kehilangan peralatan sukan. Malah, diorang juga akan bayar duit tiket korang kalau korang terlepas event atau sekiranya korang dimasukkan ke hospital. Sampai macam tu sekali!

Kembali kita ke hasil tinjauan, 79.8% responden kitorang mengatakan yang diorang mempunyai simpanan peribadi, dan 64.9% mempunyai perlindungan insurans, yang mana lebih tinggi dari purata negara. Bagus betul korang semua ni.

Dalam soal keselamatan, rakyat Malaysia cukup berwaspada

Kadang-kadang tu, biasa la kalau kita cuai dan alpa. Malah, 28% dari responden kita juga mengakui yang diorang pernah tertinggal barang berharga tanpa pengawasan di tempat awam. Tapi kebanyakan masa, kita selalu mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk menjaga keselamatan diri dan barang-barang kita.

Dan walaupun kita dah lakukan yang terbaik untuk tetap berwaspada, tapi kadang-kadang kita menjadi mangsa keadaan. Dan itulah sebabnya Allianz Lifestyle Protect menawarkan pelan semua dalam satu untuk melindungi gaya hidup korang sekiranya musibah yang tak dijangka menimpa korang. Korang boleh pilih berapa banyak perlindungan yang korang perlukan, dan harganya bermula hanya dari RM0.23 sehari.

 

Jadi dengan Allianz Lifestyle Protect, korang tak perlu terlalu bimbang untuk menjalani kehidupan terbaik, sebab korang akan dilindungi ketika keluar jalan-jalan, ketika membeli-belah online dan ketika berlakunya kemalangan yang merosakkan rancangan korang. Dan untuk para pelajar, Allianz Lifestyle Protect juga menawarkan pilihan tambahan, di mana mereka akan menanggung yuran korang untuk satu semester sekiranya korang atau ibubapa korang dimasukkan ke hospital selamat 10 hari dan ke atas.

Dan macam biasa, untuk korang yang gila data macam kitorang, ada statistik BONUS sebelum artikel ni berakhir:

  • Kita tak malu untuk meminta pertolongan… Apabila rakyat Malaysia tersesat tanpa internet, 61% lebih suka meminta pertolongan orang, daripada berusaha mencari jalan (20%) atau mencari wi-fi (12%).
  • Kita ada jari terpantas… 74% rakyat Malaysia akan cepat-cepat mengunci pintu kereta setelah memasuki kenderaan, kecuali mereka yang berasal dari Terengganu, dalam hal ini hanya 16% yang melakukan ini.
  • Nasihat ibu bapa yang paling tak dipatuhi adalah… “Jangan berjalan sendiri”. Tapi selain tu, kita dengar juga cakap ibu bapa kita dengan baik.
  • Separuh daripada rakyat Malaysia tak melindungi kesihatan dengan bersenam selalu… Ya, 48% rakyat Malaysia mengatakan mereka terlalu letih. Tapi, 2% pulak mengatakan diorang mendapat pelatih peribadi! Banyak duit nampak…
  • Apabila dijemput ke event… rakyat Malaysia yang berumur di bawah 30 tahun lebih takut diletakkan dadah dan diseluk saku, sementara itu rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun keatas bimbang akan jatuh sakit disebabkan aktiviti tersebut.
  • Ketika mereka memarkir kenderaan… 12% rakyat Malaysia meninggalkan beg mereka di dalam kereta, tapi beg tu dibuka untuk menunjukkan tiada barangan berharga di dalamnya.
  • Apabila meninggalkan rumah untuk jangka masa panjang… 55% rakyat Malaysia akan membiarkan lampu menyala supaya nampak berpenghuni, dan hal ini biasanya diamalkan oleh orang yang meningkat usia.

Jadi kitorang harap korang jaga diri dan semoga selamat sentiasa, dan lindungi diri sebaiknya, sebab malang tak berbau.

Lainlah kalau…

Korang adalah The Rock. Gif dari tenor