Macam mana festival dua hari ni akan buat korang celik kewangan?

Kalau kita toleh balik 20 tahun lalu, korang mesti tak sangka yang pada zaman sekarang ni, korang boleh bayar makanan, barangan, bil, shopping online, hantar duit, malah boleh buat apa-apa je jenis perbelanjaan menggunakan pelbagai aplikasi dalam telefon bimbit kita

Tak hairanlah senang sangat duit keluar, sampai lari bajet tiap bulan. Sehinggakan, menurut sebuah kajian oleh agensi di bawah Bank Negara, nampaknya rakyat Malaysia tak begitu cekap dalam pengurusan kewangan peribadi. Kini, Kementerian Kewangan punyalah risau, sampai dia nak adakan sebuah pesta BESAR-BESARAN selama DUA hari, PERCUMA untuk orang ramai! (Nanti kita cerita lebih pasal ni).

Tapi berbalik dulu kepada kajian tadi, nampaknya…

Rakyat Malaysia kurang celik pasal kewangan kalau nak dibandingkan dengan Myanmar?

Haaa… sapa dapat? Sapa dapat? Imej dari AFF Suzuki Cup.

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), kadar celik kewangan rakyat Malaysia pada waktu ni sebenarnya… sangatlah kurang dari tahap memuaskan!

Ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berdasarkan kajian S&P Global Literacy Financial pada 2014 melaporkan tahap kecelikan kewangan di Malaysia hanya berada pada tahap 36 peratus berbanding sekitar 59 peratus di negara maju. Dan yang memeranjatkan… Myanmar mendahului kita?

Imej dari investvine.com

Antara beberapa kebimbangan dalam kajian ini ialah macam mana kita menyimpan dan merancang belanjawan. Dan tengok je la statistik yang mengejutkan ini daripada kajian mereka mengenai rakyat Malaysia:

  • 1 daripada 3 rakyat Malaysia menilai diri mereka cetek dalam pengetahuan kewangan 
  • Hampir separuh daripada rakyat Malaysia tak yakin yang mereka ada aliran pendapatan yang sesuai untuk persaraan 
  • 52% sukar untuk mengumpul RM1,000 sebagai dana kecemasan!
  • 84% yang menyimpan duit secara berkala melakukannya hanya untuk mengeluarkan simpanan mereka pada akhir bulan.
Aduh, terbakarnya rasa. Gif dari giphy

Mana taknya, menurut rekod Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), dalam jangka masa 5 tahun je, seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis, dengan penambahan seramai 13,338 individu setakat September 2018. Malah, individu yang paling muda dicatatkan muflis berusia seawal 18 tahun!

Dan nampaknya punca muflis paling banyak adalah pinjaman kenderaan, diikuti dengan pinjaman perumahan. Siapa la yang duk canang beli rumah ni satu pelaburan yang hebat?

Jadi melihat cara kita menguruskan wang kita, tak hairanlah Kementerian Kewangan telah melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan untuk memperbaiki senario kewangan negara kita.

Sebab tu la mereka mengadakan festival PERCUMA pada hujung bulan ni…

Dengan kerjasama Bank Negara, Kementerian Kewangan nak korang datang festival kewangan yang akan berlangsung di sebuah hujung minggu! Pada 28 dan 29 Disember 2019, mereka akan menganjurkan Putrajaya LIFT Festival 2019 (atau Literacy in Financial Technology), yang akan menjadi seminar kewangan, bengkel, ceramah, dan segala macam pameran yang bermanfaat.

Nak nak pula kalau korang memang tengah ada masalah kewangan atau macam mana nak kawal kewangan korang. Korang boleh dapatkan penyelesaian korang kat sini. Ada segala macam nasihat – pengurusan pertikaian, pembiayaan PKS, pembiayaan gadai janji, pemeriksaan CCRIS… dan macam-macam lagi.

Dan kalau korang fikir korang akan bosan dengan benda-benda kewangan ni… tak mungkinlah. Apalah festival tanpa muzik dan seni, kan? Ala-ala Melbourne Fringe Festival, cumanya ni adalah festival versi Malaysia yang menampilkan beberapa penyanyi popular macam Noh Salleh, Kyoto Protocol, Ella, Pastel Lite, dan pelbagai lagi dalam konsert INDIEVAGANZA.

Selain daripada konsert muzik indie, mereka juga dah panggil 10 street acts dari 10 negara untuk tampil di pelbagai lokasi di tapak festival tersebut.

Terdapat juga beberapa pameran seni yang sangat berteknologi tinggi, bengkel dan pawagam VR. Benda feveret kitorang? Filem-filem VR 8K Per Eye Stereoscopic yang memenangi anugerah dari Taiwan. Kitorang sendiri tak tahu pun apa maksud Stereoscopic 8K apajadah tu, tapi bunyi macam cool gila kot.

Dan kalau korang suka shopping dan makan-makan pula, the Market akan dibuka selama 12 jam setiap hari, di mana korang boleh dapatkan tawaran hebat untuk gaya hidup, fesyen, kecantikan, kraf, kesihatan tradisional, tumbuh-tumbuhan dan maaaaacam-macam makanan lagi! Dan kemuncak istimewanya adalah Pasar Glam (indoor, siap ada aircond lagi, jangan risau), di  ana ada lebih daripada 100 vendor yang menawarkan trend, kecantikan, gaya hidup dan barang kemas. Malah, ada tukang gunting rambut kalau-kalau korang nak trim sementara tunggu partner korang shopping.

Antara vendors yang ada. Imej dari putrajayalift.com

Dengan inisiatif kerajaan ni, rakyat Malaysia akan lebih celik dan ada pengetahuan untuk buat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi dan memupuk sikap yang berhemat dalam pengurusan kewangan. Takkanlah 10 tahun lagi masih menumpang rumah mak mertua lagi sampai benci dia nengok kau.