4 fakta ringkas pasal Sultan Selangor yang ramai tak tahu

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 20 Januari 2018

UPDATE 10/12/2019: Pada 11 Disember 2019, genaplah usia Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al-Haj kepada 74 tahun. 


Rata-rata rakyat Malaysia tahu yang Sultan Selangor adalah seorang raja yang sangat tegas. Baginda merupakan Sultan Selangor ke-9, menggantikan ayahandanya, Almarhum Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah mangkat pada 21 November 2001.

Dalam isu politik sebelum ni, baginda juga tak teragak-agak untuk bersuara pasal beberapa kes yang melibatkan politik negara. Contohnya bila baginda murka dan terus bersuara bila ada kes membabitkan beberapa ahli politik macam Tun Mahathir, Zaid Ibrahim, R Sivarasa, dan beberapa ahli politik lain.

Imej dari Berita Harian

Walaupun  terkenal sebagai seorang raja yang tegas, kami jumpa 4 benda yang kami rasa sangat cool pasal baginda, iaitu…

1. Sultan Sharafuddin pernah belayar ke seluruh dunia selama 22 bulan!

Kita semua tahu yang kehidupan diraja ni tak lari dengan kemewahan. Tapi, baginda rupa-rupanya lebih suka memilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti mencabar. Sebagai contoh, baginda pernah join perlumbaan kereta jarak jauh, panjat Gunung Kinabalu, dan 11 tahun lepas tu, baginda sertai Cross Country selama dua hari daripada Kota Kinabalu ke Kuching, sejauh 1,111 kilometer. Selain tu juga, baginda dah beberapa kali mengelilingi seluruh Amerika Syarikat dengan motosikal Harley Davidson dan menyertai banyak perlumbaan termasuk Rally Vuitton di Malaysia.

Sebelum Sultan Sharafuddin dimahkotakan sebagai Sultan pada tahun 2001, baginda belayar ke seluruh dunia dengan kapal layarnya, iaitu S.Y. Jugra dalam tempoh 22 bulan – orang Melayu pertama dari Keluarga Diraja yang buat macam tu!

Sultan mengemudi kapal layarnya S.Y. Jugra. Imej dari New Straits Times.

Disebabkan keberaniannya mengelilingi dunia dengan belayar, baginda digelar Panglima Awang Moden’. Gelaran tu diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib masa majlis sambutan kepulangan baginda di Pelabuhan Klang pada penghujung 1996. Kalau nak tahu, Panglima Awang merupakan legenda pasal seorang pelayar berbangsa Melayu yang dikatakan mengiringi Christopher Columbus mengelilingi dunia ratusan tahun dahulu.

Tapi sejak dah jadi Sultan Selangor ni, baginda terpaksa ketepikan hobinya tu demi rakyat.

“Saya rindukan laut. Saya suka laut. Laut memberikan saya kebebasan, ia membuat saya berfikir, ia memberi inspirasi kepada saya. Saya suka bunyi ombak dan angin, udara segar dan saya berasa tenang. “- Sultan Sharafuddin Idris Shah, New Straits Times.

2. Juga memegang rekod kebangsaan dalam motorsports!

Peking-Paris Motor Challenge pada tahun 1998. Imej dari wangsamahkota.wordpress.com

Pada 1997, baginda sekali lagi menyertai Vintage Car ‘Peking to Paris Motor Challenge’ melibatkan jarak 16,000 kilometer selama 43 hari. Sepanjang perjalanan itu, baginda telah berjaya melintasi China, Mongolia, Tibet, Nepal, India, Pakistan, Iran, Turki, Itali, Austria, Switzerland, Jerman dan mengakhirinya di Paris, Perancis.

Ada sebab kenapa ia dipanggil perlumbaan ketahanan. Perlumbaan ni adalah satu aktiviti yang perlukan keberanian, dan baginda nampaknya berjaya meneroka benda baru dengan fizikal dan mental yang kuat. Pengembaraan ni dilakukan bersama Datuk Richard Curtis dan Syed Haizam Jamalullail, anak saudara baginda. Salah satu cabaran yang paling susah adalah apabila mereka melalui ribut pasir di Mongolia, yang menyebabkan mereka tak dapat  mendirikan khemah, dan akhirnya terpaksa tidur dalam kereta je untuk berlindung dan berehat.

Baginda memenangi Pingat Perak, dan dapat sijil pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ kerana menggunakan kereta antik, Ford Model B untuk mengembara. Cool gilaaa!

Sultan Selangor bersama anak saudaranya Syed Haizam Jamalullail (kiri), dan Duke Richard Curtis. Imej dari The Star

3. Sultan juga berkongsi hobi zaman kanak-kanak kita – mengumpul SETEM!

Menurut laman web Kerajaan Negeri Selangor, hobi baginda tak jauh beza pun dengan hobi yang rakyat biasa ada, iaitu mengumpul setem!

Siap ada setem gambar sendiri lagi. Imej dari stampboards.com

Selain tu juga, hobi baginda adalah mengumpul sampul surat Hari Pertama, membaca, belayar, fotografi, mengumpul “vintage cars” dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Kebanyakan hobinya memang tak jauh beza pun dengan rakyat biasa, cuma bezanya, baginda ada bajet lebih la untuk mengumpul barangan antik.

Di sebalik imej seorang sultan, minat dan cara kehidupannya tu sendiri menjadikan baginda seorang yang menarik.

Sultan Sharafuddin semasa zaman muda dengan kereta antiknya. Imej dari mybenz.org

4. Sultan Sharafuddin juga yang bertanggungjawab mengekalkan hari minggu kepada hari Sabtu dan Ahad!

Beberapa tahun lepas, ada ura-ura yang mengatakan hujung minggu akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu, dan bukannya Sabtu dan Ahad macam sekarang ni. Kita semua masa tu dah serabut kepala, kenapa la nak tukar hari hujung minggu pulak ni? Jadinya, Sultan Sharafuddin selaku ketua negeri Selangor pun bertitah, yang cuti minggu akan kekal pada hari Sabtu dan Ahad, Antara sebabnya adalah:

  • Tak bagus untuk perniagaan, terutama sekali perniagaan antarabangsa.
  • Orang Islam kat Selangor tak komplen pun pasal ada masalah solat Jumaat.
Sultan Selangor semasa diinterview wartawan The Star.

“Setiap kali saya pergi ke masjid di Selangor pada hari Jumaat, masjid mesti penuh. Para majikan membenarkan kakitangan mereka menjalankan tugas keagamaan mereka. Tidak ada sebab untuk kita mengubah hujung minggu kepada hari Jumaat (dan Sabtu). “- Sultan Sharafuddin Idris Shah, The Star.

Tapi kalau kat Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, hari Jumaat dan Sabtu memang merupakan hari cuti minggu bagi negeri-negeri tu.

5. Sultan Sharafuddin tak ambil ringan pasal darjah kebesaran yang dikurniakan

Sultan Selangor ni memang diketahui sebagai seorang Sultan yang susah nak bagi gelaran kehormat. Bukan je susah nak dapat, malah, baginda juga tak teragak-agak untuk menarik balik gelaran kalau penerima melanggar undang-undang.

Salah seorang yang bertuah adalah Tengku Permaisuri Norashikin, di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-71. Imej dari Berita Harian

Tahun lepas, Sultan Sharafuddin pernah murka dengan Tun Mahathir pasal kes keturunan Bugis. Perkara tu menyebabkan Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan pingat yang diterima mereka beberapa tahun sebelum tu. Pangkat ‘Datuk Seri’ Anwar Ibrahim juga pernah ditarik balik masa kes pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.

Kebanyakan daripada mereka yang ditarik balik gelaran masing-masing adalah disebabkan penyalahgunaan gelara, dan juga aktiviti jenayah yang merosakkan gelaran kehormat mereka. Selain ahli politik, Sultan Sharafuddin pernah menarik balik gelaran Datuk dari 6 orang yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah. Salah seorang daripada mereka adalah Kenneth Chow yang didakwa menghantar maklumat palsu kepada Suruhanjaya Sekuriti.

Pada tahun 2002, Sultan Sharafuddin pernah menarik balik darjah kebesaran Tan Hock Low dan Robert Chan Wai Ing. Kenapa agaknya? Dilaporkan yang Tan pernah mengacukan pistol kepada seorang penunggang motosikal, terlibat dalam perjudian haram dan kongsi gelap. Patutlah kena tarik balik!

Baginda betul-betul tak bagi muka pada orang yang melanggar titahnya. Imej dari asianroyals.tumblr

Korang juga boleh tengok orang yang ditarik gelaran kat sini dan sini.

Sultan yang peka dengan perkembangan semasa

Imej dari Bernama

Kita selalu nampak raja sebagai seorang penguasa yang banyak menasihati rakyat dan juga ahli politik yang lain, dan Sultan Sharafuddin juga tak terkecuali dalam hal ni. Baginda memang peka dengan perkembangan semasa dan cuba untuk mengatasi masalah yang ada di negerinya sendiri. Sultan Sharafuddin adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Baginda juga selalu bertitah, terutama sekali tentang ceramah-ceramah perlu dipantau agar tak menyeleweng dari ajaran Islam sebenar dan mengelirukan masyarakat Islam, dan tak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Kami dari SOSCILI merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi ke-74 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Daulat Tuanku!