Jurutera kimia ini membuktikan peribahasa “air dicincang takkan putus” tak relevan lagi

Air dicincang tidak akan putus

Mesti korang pernah dengar en peribahasa di atas ni? Mana yang tak tahu lagi, maksudnya ialah persengketaan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Oh ye, ramai korang pernah dengar lawak ni en, “siapa kata takleh cincang, air batu tu boleh je kalau kita potong”. Akan tetapi, jirim air tu ialah pepejal, jadi tak relevan la sebab peribahasa tu mention air dalam jirim cecair.

Korang pun dah bosan en? Imej dari Imgflip.

Namun, setelah bertahun-tahun kita guna peribahasa ni, sebenarnya ia tidak relevan jika digunakan pada zaman sekarang. Nak tahu kenapa?

Haaa…seorang YouTuber ni melakukan…

Eksperimen memotong air dengan menggunakan pisau hidrofobik

Awal-awal ni mari kami explain pasal YouTuber ni dulu. The Action Lab ni merupakan satu saluran YouTube yang membuat video mengenai eksperimen pecah otak. Selalunya, dia akan cuba buat eksperimen yang belum lagi orang pernah buat dan boleh menarik perhatian budak-budak yang minat sains.

Dalam banyak-banyak video The Action Lab, terdapat salah satu videonya berjudul Superhydrophobic Knife Slices Water Drops in Half telah membuktikan peribahasa air dicincang tidak akan putus tak relevan lagi. Nak tahu kenapa? dia telah berjaya memotong air dalam bentuk jirim cecair dengan menggunakan pisau.

Dalam video tersebut, dia menggunakan dawai, beberapa titisan air dan pisau hidrofobik. dawai tu sebenarnya digunakan untuk menggantungkan titisan air(mesti korang kurang jelas en, takpe tunggu…). Mana yang tak tahu, pisau hidrofobik merupakan campuran dari polietilena, plastik biasa, zink, dan tembaga.

macam ni la kot apa yang dilakukan oleh hidrofobik terhadap air. Imej dari giphy.

Permukaan pisau itu dicelupkan ke dalam larutan perak nitrat dan larutan superhidrofobik yang disebut HDFT selama 20 saat, lepastu ia dicuci dan dikeringkan. hidrofobik ni merupakan bahan anti-air, korang simbah la satu tangki lori air

Akan tetapi, The Action Lab menggunakan pisau cukur yang disemburkan dengan Neverwet Spray. Ia merupakan semburan yang mengandungi bahan hidrfobik dan rasanya korang boleh dapatkan di mana-mana aplikasi membeli-belah dalam talian. Kalau nak tahu harganya, korang boleh tengok di sini…(jangan terkejut pula dengan harganya).

Korang boleh tengok video The Action Lab yang potong air tu di bawah, mesti korang mindblown punya la:

Jadi…

Adakah peribahasa ‘air dicincang tidak akan putus’ tidak relevan?

Secara mutlaknya, kalau kita tidak menggunakan apa-apa jenis bahan tambahan, maka air itu memang tidak boleh dipotong. Korang potonglah pakai apa-pun, parang, pisau, pedang, atau kerambit, memang tak boleh potong melainkan kita letak bahan hidrofobik. Tengok, hebat kan orang Melayu menggunakan analogi air.

Banyak lagi sebenarnya perumpamaan atau komsas Melayu lama yang unik sampai pecah kepala kita kalau memikirkannya. Kalau korang nak tahu kekayaan bahasa kita ni pernah diminati oleh penulis buku dari luar negara iaitu O. T. Dussek. Beliau merupakan penulis buku yang menghimpunkan banyak perkara yang berkaitan dengan budaya, adat dan bahasa Melayu.

Long-chair Malay. Imej dari Zulfikli Ab.

Beliau juga pernah menghimpunkan semua teka-teki orang Melayu zaman dulu dalam bukunya bertajuk Long-chair Malay. Ni kami letak pautan buku tu di sini, so, korang boleh baca la. Mesti kena baca tau sebab ia memang menarik sampai korang pun boleh mindblown. Tunggu apa lagi, pergi la download lepastu baca buku Long-chair Malay tu!