Jubli Emas LIAM: Meraikan 50 Tahun dengan Kempen Baharu dan Inisiatif CSR Berjumlah RM50,000

Sempena sambutan ulang tahun yang ke-50, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melancarkan dua kempen – #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises. Kempen ini bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan perlindungan insurans hayat dan perancangan kewangan, yang sedang berlangsung dari Jun hingga November 2024. Peserta akan berpeluang memenangi lebih RM45,000 hadiah wang tunai di samping membantu LIAM mengumpul dana RM50,000 untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial terpilih – menambahkan satu lagi peristiwa penting buat LIAM dalam tempoh lima dekad dedikasi kepada industri.

Kempen #LIAMGoldenMoments mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi kenangan terindah mereka melalui penyertaan video peribadi. Bagi setiap penyertaan (sehingga 5,000), LIAM akan mendermakan RM10 kepada lima NGO dan perusahaan sosial terpilih seperti Persatuan Masalah Pembelajaran Daerah Petaling, Selangor (GOLD), Suri Lifestyle, Persatuan Wanita & Ibu Tunggal (WITUS), Reef Check Malaysia dan The Asli Co./Ajar Society, dengan matlamat derma minimum RM50,000. Di samping menyumbang, peserta juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang besar dalam kategori seperti Cabutan Bertuah Mingguan, Video Paling Kreatif dan Video Paling Berimpak, meraikan peristiwa penting dalam kehidupan sambil memupuk penglibatan bersama masyarakat.

Meraikan lima dekad LIAM melindungi kehidupan rakyat Malaysia, dengan sokongan dan sumbangan berterusan daripada syarikat ahlinya, memastikan masa depan yang selamat untuk generasi akan datang.

“Sambutan ulang tahun ke-50 LIAM merupakan peristiwa penting untuk meraikan impak mendalam oleh kami dalam usaha meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia.” – Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell

Kempen #LifeisFullofSurprises pula bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans hayat dalam melindungi individu dan keluarga daripada kejadian yang tidak dijangka, di samping mempromosikan celik kewangan. Berjalan serentak dengan #LIAMGoldenMoments, kempen ini menawarkan hadiah wang tunai RM50 setiap satu kepada 100 orang pemenang mingguan, menonjolkan kepentingan insurans hayat untuk mencapai keselamatan kewangan dan perancangan untuk masa depan.

Untuk setiap penyertaan video #LIAMGoldenMoments, LIAM menyumbang RM10 untuk menyokong NGO dan perusahaan sosial terpilih yang menyumbang kepada tujuan bermakna dalam komuniti mereka. Bersama-sama, kita membuat perbezaan!

Ditubuhkan pada 1974, LIAM telah menerajui industri insurans hayat Malaysia selama lima dekad. Sebagai persatuan perdagangan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, LIAM mewakili 16 ahli, termasuk 14 syarikat insurans hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat. Persatuan ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan perlindungan kewangan dan meningkatkan pemahaman orang ramai melalui inisiatif pendidikan, bekerjasama dengan kerajaan untuk mengukuhkan usaha perlindungan sosial. Komitmen LIAM untuk memajukan imej dan profesionalisme industri telah menyumbang dengan ketara kepada pembangunan ekonomi Malaysia, dengan sektor insurans hayat adalah penting dalam menyokong keluarga dan masyarakat.

“Dengan kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans hayat dan memberi kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami selama lima dekad. Melalui penyertaan, rakyat Malaysia boleh menyokong kempen ini sambil mengambil langkah bijak untuk menjamin masa depan kewangan mereka.” – Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell

Untuk butiran mengenai penyertaan dalam kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises, termasuk garis panduan penyertaan dan kategori hadiah, layari laman sensawang ulang tahun ke-50 LIAM di https://50th.liam.org.my/liam-golden-moments . Raikan 50 tahun dedikasi terhadap perlindungan kewangan dan sokongan komuniti dengan LIAM.