Jean Marc Côté: Pelukis abad ke-19 ni meramal teknologi zaman sekarang

Cuba korang tengok lukisan ni:

Nampak futuristik en? Imej dari Dr. Afiq Rahim.

Kalau korang nak tahu ni la lukisan yang bertajuk “Malaysia Wawasan 2020” pada tahun 1997 – 1999. Ia dilukis oleh pelajar-pelajar sekolah pada ketika itu yang membayangkan akan ada kereta dan motorsikal terapung pada tahun 2020. Tapi… tu la ia tak sama macam hari ni dan kita ada je kereta terapung tapi…takpelah.

Haaa… sebenarnya lukisan berkonsepkan futuristik banyak dihasilkan di seluruh dunia. Kami ni sebenarnya tertarik dengan seorang pelukis dari abad ke-19 iaitu Jean Marc Côté yang meramalkan teknologi pada tahun 2000 melalui lukisannya iaitu En L’An 2000 (maksud: Pada tahun 2000). Hmmm… lukisan dia ni sebenarnya ada je yang wujud pada masa kini dan ada tak masuk akal (tapi bukan pada tahun 2000 la).

Meh kita tengok lukisan pertama dulu iaitu…

Mesin penyental automatik yang menyenangkan pembantu rumah

Perghhh maju betul akal Jean Marc ni. Imej dari Public Domain Review.

Jap-jap, sebelum tu apa kata kami kenalkan korang dengan Jean Marc Côté nanti takdela korang pening kepala. Jean Marc Côté merupakan seorang pelukis asal perancis pada abad ke-19 yang telah menghasilkan banyak lukisan menarik. Tapi antara lukisan-lukisan dia, lukisan En L’An 2000. Kiranya kepala otak dia ni memang hebat la sebab mempunyai imaginasi yang sangat tinggi.

Oh ye, lukisan Jean Marc sebenarnya dihasilkan untuk Paris’ World Exhibition 1900. Lukisan dia telah dicetak dalam bentuk poskad dan ia juga ada dicetak untuk kotak mancis.

Okay jom sambung, dalam gambar di atas korang dapat melihat seorang pembantu rumah mengendalikan mesin penyental automatik. Ia memaparkan satu robot bertayar empat dan mempunyai pelbagai alat kebersihan. Nampak hebatkan? Pembantu rumah pun takyah pening kepala nak bersihkan rumah, hanya kendalikan mesin itu sahaja.

Adakah ia wujud pada zaman sekarang?

Tanah pun boleh disedut. Imej dari Gizmochina.

Ye, mesin penyental ni sebenarnya memang wujud pun pada zaman sekarang. Alat pembersih itu diberi nama robot penyedut hampagas. Sebenarnya robot penyedut hampagas ni awal-awalnya diciptakan pada 1996, ehh jadi kiranya Jean Marc ni hebat la sebab ia diciptakan sebelum tahun 2000. Ia pertama kali dicipta oleh Electrolux tapi nama asalnya dipanggil Trilobite.

Pada tahun 2001, Technology Company Dyson turut menghasilkan robot penyedut hampagas yang diberi nama DC06. Tapi en ia tidak masuk dalam pasaran kerana kos penciptaannya terlampau mahal.

Lama-kelamaan, alat ini diinovasikan dari semasa ke semasa sehingga hari ni. Robot hampagas yang korang tengok sekarang ni bukan sekadar sedut habuk je tapi boleh bersihkan lantai sekali. Jadi, tak payahlah korang sakit belakang nak guna vakum lama tu.

Mesin penetas telur: Masuk telur dalam mesin terus jadi anak ayam

Hmmm… boleh jadi ke mesin ni? Imej dari Public Domain Review.

Haaa…apa yang korang nampak (gambar di atas)? Kalau korang nak tahu, Jean Marc melukis gambar di mana situasi seorang wanita yang sedang meletakkan telur ayam ke dalam mesin penetas telur lepastu terus jadi anak ayam. Yela kalau nak tunggu telur sebiji menetas pun memakan masa agak lama.  Lepastu nak tunggu ayam bertelur pun lagi la lama, itu pasal keluar peribahasa “ayam telur sebiji riuh sekampung”.

Adakah ia wujud pada zaman sekarang?

Sebenarnya mesin ni tak wujud kerana ia dianggap melawan hukum kitaran hidup haiwan. Ye ahh mana boleh masuk telur terus jadi anak ayam secara serta-merta. Tapi en…sebenarnya ada mesin yang hmmm… mungkin berkait rapat dengan mesin pembiakan intensif ni iaitu mesin inkubator telur.

Haa ni la rupanya. Imej dari Pinterest.

Jadi mesin inkubator telur ni buat apa je? ia merupakan alat yang digunakan untuk mengatur keadaan persekitaran seperti suhu, kelembapan dan putaran untuk penetasan telur subur.

Rumah bergerak: Tidak perlu pening kepala nak bayar hutang rumah

Haaa…menarik en? Imej dari Public Domain Review.

Jean Marc ni ada sixth sense ke? Sebab kalau korang tengok gambar ni nampak seperti rumah bergerak yang mengelilingi sekitar kawasan hutan. Dalam lukisan ni pun nampak ada orang tengah lepak kat koridor, pastu ada orang sedang gunakan teropong (usha awek kot) dan ada seorang pemandu yang membawa kereta bergerak tu.

Adakah ia wujud pada zaman sekarang?

Best gak kalau ada satu. Imej dari Harvests Hosts & Smithsonian Smith.

Ye, rumah bergerak ni benar-benar wujud. Kalau korang nak tahu ia dipanggil recreational vehicle dan ia pertama kali dicipta pada era 1910-1920. Kemudian ia lama-kelamaan diinovasikan dan menjadi seperti rumah mewah bergerak mewah yang berteknologi tinggi (sekarang ia dipanggil motorhome).

Mesin menjahit baju automatik: Sekarang dah ada kilang baju

Nampak merepek en? Takpe, baca dulu. Imej dari Public Domain Review.

Lukisan ni memaparkan seorang penjahit baju professional yang sedang berborak dengan orang yang sedang berada di mesin pengukur badan. Lepastu kelihatan seorang sedang mengambil baju yang telah siap diproses dari mesin menjahit baju automatik.

Jadi…

Adakah ia wujud pada zaman sekarang?

Ye, mesin menjahit baju automatik ni wujud. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok sebuah rancangan YouTube, From The Ground Up kerana ia menunjukkan bagaimana mesin menjahit baju dikendalikan:

Telefon Cinema: Boleh telefon sambil tengok penelefon di skrin besar

Nama lukisan ni The Cinema Phone. Imej dari Wikimedia Commons.

Hmmm… hebat betul akal fikiran Jean Marc ni mana taknya hidup pada abad ke-19, tapi dah boleh berfikiran jauh. Korang tengok ah gambar di atas, kelihatan dua orang lelaki, sorang tengah lepak sambil telefon awek (awek la kot sebab nampak perempuan) manakala sorang lagi sedang mengendalikan telefon wayang itu.

Korang rasa….

Adakah ia wujud pada zaman sekarang?

Takpe la biar kami yang bagi jawapan. Ye, telefon wayang telah wujud pada 1960 yang dihasilkan oleh syarikat AT&T. Ia telah dirasmikan pada 30 June 1970 di mana Datuk Bandar Pittsburgh, Peter Flaherty membuat panggilan video bersama CEO syarikat Alcoa, Joe Harper.

Boleh tengok video perasmian itu di bawah:

Lepastu, lama-kelamaan teknologi mula berkembang dan pada tahun 2003, ramai orang sedang aktif menggunakan panggilan video melalui komputer dengan menggunakan applikasi Skype. Haa…lepastu telefon pintar mula diciptakan dan banyaklah applikasi yang menyediakan servis panggilan video seperti Google Meet, Zoom, WhatsApp, FaceTime serta Tango.

Adakah pelukis mempunyai sixth sense?

Kan? Imej dari giphy.

Sebenarnya pelukis-pelukis yang menghasilkan lukisan masa depan ni takde sixth sense tapi mereka ni lebih ke arah imaginasi dan pemikiran kritikal.

Tapi tu la, mereka punya pemikiran kritikal memang sangat kreatif dan bijak kerana kita tak sangka ada beberapa lukisan yang dihasilkan benar-benar wujud di dunia nyata.

Agak-agak koranglah, ada lagi tak pelukis yang meramalkan masa depan melalui lukisan mereka? Kalau ada mesti mereka lukis mesti hebat en.