Inilah sebab sebenar kenapa Mahkamah Tinggi menarik balik keputusan kes basikal lajak

(This article is a translation from our sister site, CILISOS)

Sejak kebelakangan ni, kes basikal lajak menjadi kes yang makin ‘panas’. Ramai yang kurang berpuas hati apabila Mahkamah Tinggi membatalkan pembebasan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 penunggang basikal. Mahkamah Tinggi juga mengatakan dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM6,000.

Basikal lajak' case: Sam Ke Ting granted stay of execution, leave to appeal High Court's decision
Sam Ke Ting semasa di Mahkamah. Imej dari theborneopost

Sejak itu, ia mencetuskan kemarahan orang ramai, malah menuntut keadilan terhadap pemandu tersebut. Ada yang mengatakan Sam Ke Ting patut dipenjarakan, namun ada yang cuba mempertahankan Sam Ke Ting. Tambahan pula, ada yang sanggup membuat online petition dan mendapat beratus ribu tandangan untuk membebaskannya.

Petition yang dibuat untuk Sam Ke Ting. Imej dari malaymail

Kalau korang perasan, dari awal kes Sam Ke Ting kurang dijelaskan secara terperinci. Kenapa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Bin Katar yang dihormati membuat keputusan tersebut? Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, kitorang berjaya mendapatkan versi ringkas rekod Mahkamah Tinggi mengenai keputusan yang dilakukan, malah memperincikan kes dengan tepat.

Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah Sam Ke Ting diberi hukuman. Imej dari facebook

Untuk mengulas lebih lanjut tentang kes ni, kitorang menghubungi peguam Sivil Dan Jenayah, Edwin Tomas yang cukup ramah untuk meluangkan masa dan membantu kitorang memahami kes Sam Ke Ting dengan lebih baik.

Berdasarkan penerangan ringkas, terdapat 2 sebab utama kenapa Mahkamah Tinggi membuat keputusan tersebut. Yang pertama adalah…

Sam ‘mengejutkan’ mahkamah dengan butiran baru yang tak ada sebelum ni

Semasa pembelaannya, Sam Ke Ting mendakwa ada kenderaan lain dah langgar 8 penunggang basikal lajak terlebih dahulu, namun sempat melarikan diri. Yang peliknya… perkara ni tak pernah dibangkitkan oleh Sam Ke Ting semasa peringkat pendakwaan perbicaraannya, maka ia dilihat sebagai ‘menambah perincian baru/berlainan yang tidak ada sebelumnya’ atau — afterthought defense.

Pelik tapi benar. Imej dari facebook

Apatah lagi perkara ni dilakukan dalam ‘kenyataan tidak bersumpah’. Kalau korang nak tahu, ‘kenyataan bersumpah’ dan ‘kenyataan tidak bersumpah’ adalah perkara yang sama (cuma ‘kenyataan tidak bersumpah’ tak perlu mengangkat sumpah). Kes Sam Ke Ting dikatakan kurang berat di mata mahkamah — tak bertanggungjawab untuk diuji dan disoal siasat di mahkamah (menyoal balas).

 

Kitorang pun rasa rumit sikit. Jadi kitorang faham korang. Imej dari imgflip

Menurut Edwin Tomas, disebabkan versi peristiwa ni tak didedahkan lebih awal, kenyataan tersebut boleh menjejaskan kredibilitinya di mata hakim. Perkara ni menyebabkan hakim betul-betul mengabaikan ‘kenyataan tidak bersumpah’ Sam Ke Ting. Tambahan pula, semasa hakim menghuraikan kes ni, dia tertanya-tanya kenapa:

  1. Versi yang dikatakan ni tak dibawa keluar semasa peringkat pendakwaan?
  2. Kenapa peguamnya tak menyoal balas saksi pendakwaan yang berada di tempat kejadian untuk mengesahkan cerita tu?

Menurutnya Edwin Tomas lagi, sama ada semua ni salah dia ataupun tak, bergantung pada nasihat peguamnya. Walaupun ada sesetengah orang kata peguam Sam Ke Ting agak kurang cekap… korang kena ingat yang peguam ni jugalah berjaya membebaskannya 2 kali!

Muhammad Faizal Mokhtar, peguam bela Sam Ke Ting. Imej dari Kosmo!

Sekarang kita pergi ke alasan kedua yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi iaitu…

Pembelaan Sam gagal meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi yang dia tak memandu secara berbahaya

Untuk yang ni, Mahkamah Tinggi mendakwa beberapa perkara:

  1. Sam Ke Ting gagal menyakinkan hakim tentang kesedarannya — pada masa tu, jalan berbonggol dan jalan berliku-liku.
  2. Kurang peka Sam terhadap aktiviti basikal lajak di kawasan tersebut tak sepatutnya diterima sebagai ‘alasan’ untuk memandu dengan bahaya.
  3. Sam sepatutnya memandu dengan lebih berhati-hati dan menyedari keadaan jalan yang malap.
  4. Dia juga sepatutnya sedar tentang risiko memandu melebihi had laju 50km/j.
Dakwaan daripada Mahkamah Tinggi. Imej dari facebook

Apabila kitorang bertanya kepada Edwin sama ada dakwaan ni wajar atau tak, dia mengatakan dia perlu melihat alasan penuh hakim untuk mendapat kepastian. Selain itu, permulaan perbicaraan terletak pada keputusan pihak pendakwaan juga. Edwin mengatakan kes ni mempunyai elemen yang kurang dan dia merasakan pembelaan Sam tak sepatutnya dipanggil pada awalnya.

“Pada pendapat peribadi saya, pihak pendakwaan gagal membuktikan Tertuduh (Sam Ke Ting) memandu secara melulu. Tak ada bukti dimana Tertuduh memandu melepasi had laju atau secara berbahaya. Dengan hormat, saya merasakan yang Hakim Mahkamah Tinggi mungkin terlalu bersedia untuk menerima kes pendakwaan dan dia juga tak patut diragukan sebab dia tak bersalah sehingga terbukti bersalah.” — Edwin Tomas. Dipetik dari CILISOS.

Kes ni masih menjadi perbualan orang ramai sebab ia boleh berlaku kepada sesiapa

Kes Sam Ke Ting boleh terjadi pada sesiapa je kalau tak berhati-hati. Walau bagaimanapun, ketepikan rasa bersalah atau tak bersalah sebab hakikatnya Sam Ke Ting hanyalah orang biasa dan merupakan sales promoter sehingga tragedi malang tu berlaku. Tragedi yang menyebabkan ibu bapa kehilangan anak, budak muda kehilangan nyawa dan Sam Ke Ting kehilangan kebebasan, malah boleh mengalami trauma seumur hidup.

Peguamnya memfailkan notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara serta denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Imej dari hmtnws

Orang ramai lebih menunjukkan empati dan bukan penghinaan kepada Sam Ke Ting. Apa yang Edwin boleh simpulkan adalah:

“Malangnya dia berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Apa yang berlaku kepadanya, mungkin boleh berlaku kepada kita. Dan itulah bahagian yang menakutkan.” — Edwin Tomas. Dipetik dari CILISOS.

Takziah diucapkan kepada ibu bapa yang kehilangan anak-anak dan harap keadilan kes ni dapat disampaikan di Mahkamah Rayuan, yang mungkin menjadi peringkat akhir rayuan untuk Sam Ke Ting. Pada pendapat korang, adakah Sam Ke Ting betul-betul bersalah?