Bolehkah kita mengambil ramai peguam? Ini penjelasannya

Seluruh warga netizen sedang meluahkan rasa tak puas hati terhadap salah seorang peguam Siti Bainun, Hafidzah Hassan kerana memuat naik gambar dia bersama Siti Bainun dan peguam-peguam lain (yang berpihak kepada Siti Bainun).

Owner dah delete, takpe kami simpan resit. Imej dari media sosial Hafidzah Hassan.

Dalam kes perbicaraan Bella ni, kita boleh lihat Siti Bainun mengambil 10 orang peguam. Ramai juga tak berpuas hati bukan kerana jumlah peguam yang ramai, malah dia juga membincangkan kes yang sedang berjalan dalam Twitter (ni kejap lagi kami explain di bawah, sebab ada benda menarik!).

Cuba perhatikan gambar yang dikongsikan oleh Hafidzah Hassan tu, ada tak persoalan yang bermain dalam fikiran awak semua? Kalau kami, ini persoalannya:

  • Boleh ke kita ambil peguam sampai 10 orang atau ramai?
  • Siapakah 10 orang peguam tu? Boleh jadi dia ialah peguam bela, peguam pemerhati atau student sedang chambering.

Jangan risau, kerana setiap persoalan pasti ada jawapannya.

Siti Bainun membayar sendiri 10 peguam itu

Haritu, kami ada lihat juga media sosial untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai kes Bella ni dan apa reaksi orang ramai dengan 10 peguam yang diambil oleh Siti Bainun ni. Baca punya baca, tiba-tiba kami terjumpa ada satu perkongsian menarik oleh seseorang di Facebook.

Dia telah memuat naik satu artikel dan pada masa yang sama menghuraikan kenapa Pendakwa Raya tak update apa-apa di media sosial:

Imej dari FB Adip Sabir Abdullah.

Kemudian di bawah hantaran Facebook itu ada seorang pengguna Facebook ni komen:

Imej dari FB Adip Sabir Abdullah.

Soalan tersebut pada mulanya dijawab oleh orang lain, lepas tu baru owner menyusul:

Imej dari FB Adip Sabir Abdullah.

Dalam kes perbicaraan Bella dan persoalan kenapa sampai 10 peguam, ini jawapannya:

  1. Kemungkinan Siti Bainun telah membayar/mengambil peguam/firma untuk perbicaraan mahkamah dia. Ia terpulang kepada dia, berapa banyak peguam yang dia nak ambil, tapi kebiasaannya orang ambil 1 saja. Boleh saja nak ambil ramai peguam tapi, kena sediakan duit yang banyak.
  2. Gambar Siti Bainun bersama barisan peguam itu, boleh jadi peguam pemerhati, atau peguam-peguam dalam 1 firma saja atau pelajar chambering/intern.

Menurut Adip, tiada keperluan untuk melantik ramai peguam, tapi tak salah kalau mampu.

Peguam Siti Bainun telah melakukan penghinaan mahkamah

Tadi kan kami ada huraikan pasal ciapan dari Hafidzah Hassan di twitter tu. Sebenarnya, dia bukan saja memuat naik gambar itu, malah dia pun ada membincangkan kes Bella. Nak tahu tak, perbuatan dia tu dipanggil ‘sub judis’, bermaksud di bawah pertimbangan kehakiman dan oleh itu, dilarang daripada perbincangan awam di tempat lain.

Kalau nak tahu, Hafidzah Hassan ni membincangkan kes Bella yang sedang berjalan dalam media sosial sampai mencetuskan perbincangan awam. Dia pun dikatakan telah memuat naik nota keterangan kes Bella.

Isu ini telah diambil tindakan oleh tiga persatuan, iaitu Persatuan Sindrom Down Malaysia, Persatuan Sindrom Down Selangor dan Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia. Mereka ni telah melakukan laporan polis ke atas apa yang dilakukan oleh Hafidzah Hassan.

UPDATE TERKINI: Kes perbicaraan mahkamah akan diadakan lagi pada 20 dan 21 April (Rabu dan Khamis ni). Jadi, nantikan apa yang akan berlaku seterusnya!