- 1.1KShare sekarang!
- Email9
- Facebook1.1K
- Share
(Click here to read the original article in English!)
Baru-baru ni, ada ura-ura pasal pemansuhan sekolah vernakular- (Sekolah Kebangsaan Jenis Cina atau Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil) yang menakutkan pihak yang kurang bersetuju dalam hal ni. Tapi, Menteri Pendidikan tetap menafikan perkara tersebut.
Benda ni viral bila ada video tentang seorang guru Melayu (dipercayai dari Universiti Teknologi Mara) berdebat dalam Bahasa Mandarin dengan sangat fasih! Video tu juga ada caption yang mengatakan guru-guru yang dilatih di Beijing ni bakal menggantikan guru-guru berbangsa cina, sekaligus menghapuskan sekolah-sekolah Jenis Cina di Malaysia.
Jadi, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Chong Sin Woon pun menolak khabar angin dengan menjelaskan yang guru-guru ni telah dilatih supaya mereka dapat mengajar anak-anak di sekolah kebangsaan, bukannya sekolah vernakular.
Sebenarnya, Malaysia dah hantar beratus-ratus guru-guru Melayu ke Beijing sejak 2007 lagi
Dianjurkan dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran, nama program ni ialah ‘Program Penghantaran Pelajar Ke China Untuk Pembelajaran Bahasa Mandarin Dalam Kalangan Penutur Jati Ke Arah 1Malaysia’ – panjangnya!
Merupakan satu program latihan perguruan selama lima tahun di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Cultural University (BLCU), program ni disediakan untuk pelajar Melayu yang takde asas langsung dalam bahasa Cina. Tak lama lepas ditubuhkan pada tahun 2007, institusi lain macam Sime Darby dan MARA pun cuba untuk buat benda yang sama.
Tapi, para pengajar dari Tanah Besar China ni sebenarnya sangat demanding, dan benda ni disahkan sendiri oleh pelajar yang kena sponsor tadi. Shah Farid, salah seorang pelajar yang dihantar oleh BFSU pada Ogos 2009 merupakan pelajar yang disponsor oleh MARA sejak berumur 18 tahun. Dia selalunya akan berlatih menulis aksara (sebab tulisan cina takde huruf) dekat cermin yang berkabus masa gosok gigi.
“Kami diberi 50 perkataan ejaan kuiz setiap hari!”– Shah Farid, The Star.
Bila habis je kursus ni, para pelajar tadi biasanya akan fasih bercakap dalam bahasa Mandarin, siap dengan loghat Cina dari China, dan ada kecenderungan untuk tengok drama Hong Kong lagi!
Mereka yang ditaja oleh pihak kementerian ni pulak akan sambung lagi satu setengah tahun lagi untuk latihan perguruan (dipanggil Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)) di Malaysia, dan kemudiannya ditempatkan di sekolah-sekolah rendah kebangsaan.
Macam mana pula mereka dipilih untuk sertai program ni? Berikut merupakan antara testimoni daripada mereka yang sambung belajar ke Beijing. Tak buat permohonan pun, Syazwan sendiri tak pernah sangka yang dia akan jadi cikgu yang mengajar bahasa Cina, sebab tiba-tiba je satu hari tu, dia terima panggilan:
Kementerian Pelajaran ada telefon saya, bertanya sama ada saya berminat untuk belajar bahasa Cina di China. Saya hairan dan ragu-ragu, tertanya-tanya juga sama ada saya boleh ke betul-betul belajar bahasa Cina ni. Selepas mempertimbangkan sebaik-baiknya, saya ambik keputusan untuk tidak melepaskan peluang ini. “- kata Syazwan, dipetik oleh Sin Chew Daily
Seorang lagi pelajar bertuah, Rozaid memberitahu yang dia sebenarnya memohon untuk menjadi Sains dan guru Matematik, tapi Kementerian memanggilnya untuk bertanya sama ada dia akan menerima “profesion lain”. Dia hanya bersetuju tanpa mengetahui apa yang ia adalah, sehingga dia menerima surat daripada Kementerian.
Nampaknya perancangan kementerian menjadi sebab ramai pelajar terpilih tu tadi dah pulang ke Malaysia dan mengajar bahasa Mandarin sendiri. Banyak lagi cerita lain yang boleh dijumpai dalam blog-blog para pelajar terpilih ni tadi pasal pengalaman mereka.
Timbalan Menteri Pelajaran mendedahkan yang pada tahun 2007 dan 2008, mereka menghantar 10 pelajar setiap tahun, kemudian pada tahun 2009 dan 2011, mereka masing-masing menghantar 54 dan 6 orang. Pada bulan Oktober 2016, Bernama melaporkan bahawa terdapat 403 pelajar yang dihantar oleh Kementerian, serta 29 pelajar tajaan Mara dan 25 yang ditaja oleh Sime Darby
Sekarang mereka dah kembali, dan mereka mahu memperbaiki cara kelas Mandarin diajar di sekolah kebangsaan
Apabila para pelajar tadi dah bersedia untuk jadi guru, mereka perlu berkhidmat selama lapan tahun. Manakala mereka yang ditaja oleh Mara, mereka akan dihantar ke institusi pengajian tinggi untuk mengajar sekurang-kurangnya lima tahun.
Norhazwani sebagai contoh, yang dalam rangka biasiswa Mara, mengajar di Kolej Profesional Mara, Semenyih. Begitu juga, Shah Farid, mengajar di Mara Kuantan (walaupun dia meletakkan jawatan untuk sambung Master). Dia masih ingat mengajar kelas pertama beliau:
“Saya gementar betul masa tu, siap pakai sut dan vest untuk tingkatkan keyakinan diri – Shah Farid, The Star
Pengalaman Mariam (Ma Lian) pula, dia ditaja oleh Kementerian Pendidikan, jadi dia pun jadi la cikgu bahasa Cina di SK Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur. Tahun lepas, dia ada 37 orang pelajar daripada Darjah satu sampai enam.
Ada satu benda yang pelajar terpilih tadi belajar di China sebelum jadi cikgu di negara ni, iaitu sukatan pelajaran bahasa Cina Malaysia di sekolah kebangsaan ni kena rombak balik secara besar-besaran! Kalau diorang belajar dalam negara, mungkin diorang tak perasan pasal kekurangan dalam sistem ni. Bila Rozaid belajar di China, dia melawat sekolah rendah dan sedar yang banyak benda yang kita boleh belajar dari mereka.
“Sebenarnya terdapat banyak masalah dengan sekolah kebangsaan. Kurikulum Cina untuk Darjah Satu adalah terlalu sukar dan rumit untuk ramai pelajar. Tiada penjelasan Melayu yang selari. Semuanya dalam bahasa Cina. Pelajar-pelajar juga tidak akan faham dengan struktur ayat “-. Rozaid, Sin Chew Daily
Disebabkan masa diorang kat China dulu diorang takde masalah nak cari ‘sifu’ yang tolong diorang untuk mendalami budaya Cina (selain daripada bahasa) – muzik, seni, kaligrafi, dan tai-chi sekalipun, dan sebagainya. Diorang betul-betul jatuh cinta dengan China!
“Cikgu biasanya akan melukis di papan hitam dan menerangkan asal-usul setiap aksara Cina. Itu adalah apabila saya mula-mula menyedari bahawa setiap aksara ni mempunyai makna yang sangat mendalam dan sangat misteri. Sebenarnya, pelajar-pelajar ini hanya perlu belajar bahasa pertuturan asas. Tapi saya mahu cara pengajaran saya menarik untuk menarik minat pelajar-pelajar saya, jadi saya mahu masuk ke dalam pembelajaran aksara Cina,”- Syazwa (orang yang berbeza dari Syazwan) , dalam temu ramahnya oleh Sin Chew Daily.
Mariam pun beberapa kali mengulang yang dia kurang berpuas hati pasal perkembangan pembelajaran Mandarin di negara ni, menyatakan yang terdapat ketidakseimbangan yang berlaku terhadap bilangan orang Malaysia yang hanya boleh bercakap bahasa Melayu dan yang boleh bercakap bahasa Mandarin.
Memandangkan hubungan Malaysia yang semakin berkembang dengan China, pembelajaran Bahasa Mandarin ni ada manfaatnya
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara, jadi memang kita wajib belajar. Bahasa Inggeris pula bahasa lingu franca, jadi kita perlu belajar juga. Tapi sekarang Bahasa Mandarin pun antara bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, jadi tak rugi pun kalau kita belajar kan?
Disebabkan hubungan kita dengan China yang semakin rapat sekarang ni, kerajaan pun nampaknya sedar tentang kepentingan untuk mengajar bahasa Cina kepada anak-anak Malaysia ni. Selain tu juga, ianya dapat meningkatkan peluang pekerjaan.
Yang menariknya lagi, SAYS melaporkan yang Kelantan adalah antara negeri yang mempunyai bilangan yang paling tinggi bagi orang Melayu yang belajar bahasa Mandarin. Malah, Allahyarham Nik Aziz mempunyai lima cucu yang belajar di sekolah Cina. Selebriti Melayu, Shila Amzah pun semakin popular bila boleh menyanyikan lagu-lagu Mandarin di China.
Rupa-rupanya, menghantar para guru ni tadi untuk belajar bahasa Mandarin di Beijing ialah salah satu cara negara kita telah menunjukkan kepada mereka kasih sayang diplomatik. Ok, mungkin dengar macam kelakar tapi korang tahu tak yang kerajaan juga tengah mempertimbangkan supaya guru Bahasa Melayu juga akan dihantar ke Sri Lanka untuk mengukuhkan lagi hubungan kita dengan mereka.
Oh ya, orang Cina dari Tanah Besar China juga ada yang belajar Bahasa Melayu kat BFSU tau! Antara VIP yang pernah melawat para pelajar ni tadi di BFSU ialah Mahathir, Badawi, Najib, Muhyiddin and Khairy dan lain-lain lagi.
Selain itu, kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi telah menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa-perlu-dipelajari di kebanyakan negara di seluruh dunia, bukan saja di Malaysia. Ia menjadi satu trend di Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara Afrika seperti Nigeria dan Tanzania.
Di Asia Tenggara, Thailand, Indonesia, Filipina dan Myanmar, dah mula hantar pegawai mereka untuk belajar di sana sejak 2005, dan kita pun ikut tak lama lepas tu.
“”ahasa adalah seperti jambatan yang menghubungkan orang ramai. Kita benar-benar perlukan mereka untuk memahami antara satu sama lain. Boleh bercakap bahasa Mandarin adalah kelebihan saya. Jika ada peluang untuk belajar Tamil, saya memang berminat.” – Mariam, The Star
- 1.1KShare sekarang!
- Email9
- Facebook1.1K
- Share