Kenapa tiap raya, Muslim di Yunan sedekah doa untuk Datuk Bandar yang dah meninggal?

Bagi kita yang menyambut hari raya kat Malaysia ni, lepas je sembahyang sunat hari raya, lemang dengan rendang memang tak sah kalau tak ada. Tak lupa jugak tradisi balik kampung dan melawat saudara-mara. Sama jugalah tradisinya di Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Ibu ikat itik terbang kat anak dia untuk kasi senang cari kalau hilang. Gambar dari The Telegraph.

Tapi korang tau tak kat China ada satu masyarakat Islam kat sana lepas sembahyang raya, diorang akan pergi ke kubur seorang pemimpin tempatan yang telah meninggal pada abad ke-13 dan berdoa kat sana. Betul-betul sayang diorang kat arwah tu.

1. Muslim Yunan lawat makam Datuk Bandar selepas solat sunat Aidilfitri

Orang Islam China di daerah Wang Daiyu sembahyang Raya Aidilfitri. Gambar dari Islaminchina.wordpress.com

Kat China ada lebih kurang 18 juta penduduk beragama Islam yang terdiri daripada 55 kaum. Secara amnya, penduduk China dapat satu hari cuti umum tapi ada sesetengah kerajaan daerah yang memberi 3 hari cuti bagi kawasan masing-masing.

Selepas sembahyang raya di China, biasanya masyarakat China akan melawat kubur keluarga masing-masing. Tapi apa yang menariknya di daerah Yunan ni adalah diorang akan pergi ke makam Sayyid Ajjal (pentadbir pertama kat Yunan), berdoa untuk mangsa peperangan kerajaan Qing dan juga sewaktu revolusi budaya di China.

Tapi antara ramai-ramai orang Islam kat China, kenapa masa raya diorang pergi makam Sayyid Ajjal? Rupanya mamat ni adalah Datuk Bandar pertama kat Yunan dan dipercayai merupakan keturunan Nabi Muhammad (SAW) melalui pertalian darah Ali bin Abi Talib, dia dengan anak dia ni juga dipercayai antara punca penyebaran ajaran Islam di Yunan. Sayyid Ajjal ni terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi antara kaum, dia pernah bina beberapa masjid, kuil Buddha dan kuil Confucius.

Tak lama kemudian dia telah dinaikkan pangkat jadi hakim untuk negeri dia sewaktu pemerintahan Genghis Khan. Pergh, Genghis Khan kot, kira orang penting jugak la Sayyid Ajjal ni. Tapi tunggulah sampai korang dengar pasal cucu Sayyid Ajjal, satu nama yang sangat familiar dalam buku teks sejarah kita iaitu Laksamana Cheng Ho!

Dia adalah sorang pengembara dan mempunyai 317 kapal layar dan 30 000 pengikut (takde siapa boleh kalahkan saiz armada dia sehinggalah Perang Dunia Pertama). Antara tempat yang dia pernah pergi adalah Vietnam, India, Sri Lanka, dan juga Melaka.

Okay tu kat China, kalau kat negara lain diorang buat benda sama juga ke masa raya?

2. Fun fair raya di USA, Kanada, dan Australia

Antara vendor kat MEFF. Gambar dari meff.ifew.com

Di USA, Kanada dan Australia lain pula ceritanya. Kat situ ia merupakan hot spot untuk pelajar kita pergi sambung belajar dan biasanya pelajar kita akan pergi ke Malaysian Hall untuk sambut hari raya. Tapi bagi orang sana pula nak pergi mana? Takkan Malaysia Hall juga kot haha, tak termuat dewan.

Bagi masyarakat Islam di sana, lepas sembahyang raya diorang akan luangkan masa bersama ahli keluarga. Tapi bukan stail balik kampung macam kita, sebaliknya diorang akan sewa padang ataupun taman tema sehari suntuk. Jadi yang dewasa akan bergaul dengan satu sama lain manakala anak-anak pula dapat berlari dan bermain. Macam bawa anak pergi Sunway Lagoon tapi ada sambutan raya.

Naik unta kat Australia, kasi feel Timur Tengah sikit. Gambar dari meff.ifew.com

Kalau kat Australia pula, kerajaan tempatan telah menetapkan satu dewan besar yang dipanggil MEFF untuk sambutan hari raya. Acara yang pertama sekali diadakan pada tahun 1985 ini telah menarik ramai orang terutama sekali dari kawasan yang takde masjid untuk sembahyang raya. Lepas sembahyang raya pulak diorang ada aktiviti macam karnival Jom Heboh tapi versi Islamik, di mana Muslim dan non-Muslim pun turut sama-sama beraya.

3. Kat Afrika Selatan, budak-budak tak dapat duit raya (tapi dapat hadiah raya)

Lebih kurang macam nii lah view dorang time malam terakhir puasa. Gambar dari hougaardmalan.com

Waktu malam terakhir puasa, masyarakat Islam kat Afrika Selatan akan beramai-ramai pergi ke Green Point dan tengok anak bulan. Bila masuk waktu Maghrib, diorang akan berbuka dan sembahyang berjemaah. Esoknya lepas sembahyang raya dorang akan lawat saudara-mara dan jiran kemudian bermulalah pesta makan dan minum.

Untuk budak-budak pula diorang tak dapat duit raya tapi diorang dapat hadiah, macam Krismas pun ada. Jadi, korang nak duit raya ke nak hadiah? Haha. Walaupun orang Islam kat Afrika Selatan tak ramai diorang masih nantikan hari raya Aidilfitri ni.

Gambar dari sweetpixapp.com

Kalau kat Sudan pula, budak-budak boleh pilih sama ada nak hadiah ataupun duit raya. Kebiasannya diorang akan sambut raya selama 3 hari (bukan sebulan macam kita…haha) dan kat sana diorang akan masak gaya merewang. Diorang akan masak makanan tradisi diorang seperti ka’ak (biskut manis), bettifour (macam kuih kayu burok), dan juga popcorn.

4. Malam Bulan yang meriah di India penuh dengan inai dan gelang berwarna-warni

Umat Islam di India sembahyang raya kat Masjid Jama. Gambar dari newindianexpress.com

Pada malam terakhir puasa, masyarakat Islam di India biasanya akan keluar shopping dan berjalan-jalan. Bagi wanita dan budak-budak perempuan pula diorang akan pakai inai kat kaki, tangan, dan pakai gelang yang berwarna-warni.

Malam yang meriah ni dipanggil Chaand Raat yang bermaksud Malam Bulan. Memandangkan negara Pakistan dan Bangladesh ni dekat-dekat dan berkongsi sejarah yang sama, cara diorang celebrate raya pun lebih kurang sama juga.

Gambar dari inidianexpress.com

Selain dari Asia Tenggara, satu-satunya negara yang mengamalkan tradisi salam raya adalah di India. Selain tu, mereka jugak pergi lawat kubur di pagi raya.

5. Kat Arab Saudi, amalan bersedekah diamalkan sepanjang Ramadhan

Kat Arab Saudi, bukan raya je malah masa puasa pun memang dah meriah. Kedai-kedai biasanya akan kasi free gift sempena semangat sedekah masa Ramadan. Contohnya, kalau korang beli coklat satu plastik, kedai tu akan kasi satu lagi plastik kecil sebagai sedekah.

Tradisi sedekah ni tak berhenti kat situ je, orang berkemampuan biasanya akan tinggalkan beras kat pintu rumah orang miskin dan diorang akan buat sorok-sorok. Jadi, orang yang disedekahkan tu tak tau siapa yang kasi. Daerah Al-Qassim pula dorang lebih mengamalkan sikap sharing is caring, sembahyang raya diorang akan bentang tikar besar depan rumah dan kongsi sambil bertukar makanan dengan jiran.

Ahmad (bukan nama sebenar) tak sabar nak makan lepas khutbah Aidilfitri. Gambar dari americanbedu.com

Kat area bandar pula, sambutan raya tak asing di mata kita. Lepas sembahyang raya, diorang akan berkumpul kat rumah ketua keluarga (basically balik kampung ataupun pergi rumah abang/kakak sulung). Sebelum makan besar, anak-anak akan beratur dan yang dewasa pula akan kasi duit raya, ada juga keluarga yang akan kasi hadiah dan juga duit raya. Antara yang seronok kalau jadi budak-budak kat Arab, bukan setakat ibu bapa dan keluarga je yang kasi hadiah ni, orang yang tak kenal pun kasi hadiah!

Ada satu tradisi ni yang kita boleh kata orang Arab ambil daripada kita iaitu pertunjukkan mercun! Kat Malaysia ni, hampir semua sambutan kita raikan dengan mercun dan hari Raya Aidilfitri ni tak terkecuali. Pada tahun 2013, kerajaan telah menyambut malam raya dengan pertunjukkan bunga api. Benda ni sangat rare sampaikan time bunga api tu kereta semua berhenti untuk ambil gambar dan rakam.

Pertunjukkan bunga api di Riyadh, Arab Saudi. Gambar dari ianpurugganan.com

Raya tak semestinya ketupat dengan lemang je

Pagi raya biasanya umat islam disunatkan (kalau tak buat rugi) untuk pergi ke masjiid dan sembahyang raya serta ada beberapa sunnah (perbuatan Nabi SAW) yang semua umat islam diseluruh dunia buat. Kita kat Malaysia, kita buat apa yang disunatkan dan siap tambah-tambah lagi untuk kasi lagi meriah. Tapi tu yang best pasal raya ni, setiap benua ada cara dan keistimewaan sambutan dia sendiri.

Walaupun pada asasnya sama, sambutan Raya Aidilfitri kita dengan negara lain agak berbeza, dari tengok anak bulan ramai-ramai sampailah ke shopping ramai-ramai. Cara kita kat Malaysia ni boleh kata meriah jugalah mungkin sebab majoriti rakyat Malaysia sambut raya tapi kalau korang nak suasana baru atau feel lain sikit mungkin masa raya akan datang korang boleh lawat negara-negara kat dalam senarai ni (make sure korang bawa mak korang sekali, nanti tak pasal-pasal kena marah sebab tak balik kampung).

Jadi sebelum SOSCILI mengundur diri, layan dulu Justin Bieber versi halal nyanyi lagu Raya,

Selamat Hari Raya guys =) Maaf Zahir dan Batin..

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance