Ini caranya nak detect MLM haram kat Malaysia

(This article is translated from the English version on CILISOS, click here to read it!)

Baru-baru ni isu MLM naik balik dan kali ni ia diselebungi dengan kisah-kisah macam penceraian, gaduh hak anak-anak, bertumbuk, dan macam-macam lagi. Ada setengah tu sampai keluarga dia sendiri pun nak tipu. Tapi apa benda M&M Eminem MLM ni sebenarnya?

M&M MLM
M&M ke MLM? hmm.. Gambar dari confectionarynews.com

MLM adalah sistem piramid dimana mereka akan tarik peniaga lain untuk joindan pada masa yang sama amek untung mereka.

Produk yang terlibat dengan MLM memang biasa kita dengar termasuklah Amway, Tupperware, HerbaLife, dan banyak lagi. Biasanya mereka akan dapat client melalui percakapan mulut/sembang mamak dan yang baru join pula akan dipanggil ‘downline’, pastu sale yang downline korang buat, korang akan dapat sikit. So lagi ramai downline, lagi banyak la duit korang.

Perbezaan MLM sah dengan MLM tipu

So korang nak jual Tupperware ke Herbalife atau pun benda yang tak wujud?

MLM dengan kotroversi tak boleh dipisahkan, siap ada company pernah kena saman tapi sebenarnya ada MLM yang halal di sisi undang-undang. Semua kontroversi dan masalah ni datang bila MLM fake datang dan kenakan mangsa-mangsa dorang. Kita pun tak boleh nak salahkan mangsa-mangsa ni juga sebab sistem MLM yang ‘halal’ ni sama macam yang ‘haram’. Konsep dia macam upah salesman tapi sebenarnya TAK SAMA!

Usah risau, usah gentar sebab nak detect mana satu betul dan tipu ni sebenarnya senang. Korang tengok je produk yang mereka offer. Kalau MLM yang betul, produk mereka akan ada value atau nilai. Contohnya Tupperware, kalau korang beli satu at least korang boleh guna isi kuih bahulu, dan tak rugi apa-apa kalau tak cari downline.

Tapi yang kaki kencing ni pula, produk mereka takde nilai (penipu alert!). Kat sini datangnya sistem piramid firaun tu dan tujuan utama mereka adalah untuk ajak orang ramai join sistem tu tanpa menjual produk/servis. So bila semua orang dah join apa jadi? Habis lah, sistem tu dah tak berfungsi sebab takde orang nak join maka hancurlah sistem piramid. Sebab tu banyak negara kat dunia ni termasuk jugalah Malaysia mengharamkan sistem piramid MLM ni.

Ni lah rupa skim MLM tipu. Gambar dari Wikipedia.

Kalau nak pertolongan visual untuk faham apa benda MLM ni. Boleh tengok video kat bawah ni.

https://www.youtube.com/watch?v=V_ZJDGgk6_E

Macam mana nak kenal MLM kencing kat Malaysia

Korang konfem dah pernah kena tipu dengan member yang takde ribut takde hujan tiba-tiba ajak minum, tapi rupa-rupanya nak promote MLM.

Market untuk bisnes MLM kat Malaysia ni sebenarnya besar dan dijangka menjadi antara yang terbesar di Asia dengan jangkaan hasil pulangan sebanyak RM8 billion pada tahun 2020. Yang join biasanya student, suri rumah, orang pencen, dan jugak orang yang ada kerja tetap. Ini kerana MLM biasanya menjanjikan untung yang berlipat kali ganda.

Tapi impian terindah hanyalah sementera. Realitinya pedih. Statistik daripada KPNDKK menerima lebih 12 ribu aduan mengenai MLM setahun. Selain dari jumlah orang yang buat aduan, pengalaman peribadi dorang yang sebenarnya buat SOSCILI rasa sedih dan marah. Bila dengar cerita-cerita peribadi pasal kes kena tipu MLM ni buat runtun hati kami.

Screenshot dari sebuah video kat youtube pasal penipuan MLM haram. Tekan gambar ni untuk tonton.

So macam mana nak kenal dan elak dari MLM tipu :

1. Produk yang ditawarkan tak wujud atau takde nilai

Emm, okay so takde produk dorang jual apa? Kalau korang tanya, dorang akan jawab “rahsia bro, nak tau kena join dulu“, takye pun dorang akan reka produk yang macam agak melampau macam ubat yang boleh bunuh AIDS atau pun rambut Hang Tuah (takde la betul-betul, tapi produk dorang mengarut dan takde nilai). Pastu bila korang berjumpa, dorang selalu alihkan perhatian korang dari produk tersebut tapi straight forward ke sistem piramid tersebut.

Tindakan: Sebelum join, pastikkan korang tanya betul-betul produk apa yang dorang jual

2. Dipaksa untuk tarik orang lain

MLM fake biasanya takde produk untuk dijual, so dorang focus kat tarik orang ni sebab orang atasan akan dapat duit lagi banyak kalau downline lagi ramai. Kebiasaanya dorang akan cuba tarik orang rapat dulu macam ahli keluarga dan kawan-kawan.

Tindakan: Check produk tu, kalau memang wujud dan ada value then tu atas sukahati korang lah nak buat apa. Tapi kalau dorang suruh cari orang dan ‘abaikan’ produk, korang cabut je jangan layan. Oh, kalau ikut undang-undang Malaysia, konsep bayar untuk join ni sangat tegas.

Cuba bayangkan kalau Tom Cruise ni buat MLM haram. Gambar dari robinjemdon.com

3. Korang pulak yang kena bayar untuk join

Kalau skim piramid ni mintak yuran macam-macam – untuk training lah, untuk kemasukan lah, tandanya pembohong besar la tu.

Tindakan: Check kompeni punya cash flow – kalau duit keuntungan datang daripada dalam dan bukan luar syarikat – macam mana bisnes nak tahan lama. Menurut Direct Selling of Association Malaysia (DSAM), ‘starter kit’ dalam kompeni yang sah biasanya tak lebih RM200, dan memaksa member baru untuk beli stok atau melabur adalah tidak dibenarkan.

4. Dorang tak register dengan DSAM atau pun SSM

Syarikat MLM yang halal kena register dengan Direct Selling of Association Malaysia (DSAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Lagi satu cara nak check adalah korang boleh usha sejarah syarikat tu. Kalau company tu dah ada lebih dari 10 tahun, kemungkinan besar syarikat tu boleh pakai lah, sebab MLM tipu biasanya akan cabut bila dorang dah dapat untung.

Tindakan : Check dengan DSAM kat sini dan juga SSM kat sini atau pun korang boleh check kat Suruhanjaya Sekuriti. Kalau nak extra selamat, Google nama syarikat tudan baca review.

Gomen kompem tangkap MLM tipu

Korang pernah nampak tak mamat ni? Dia pernah buka company MLM haram pastu cabut! Gambar dari rage.com.my

Sebelum ni The Star melaporkan ada lebih kurang 600 syarikat MLM berlesen tapi telah dipotong kepada 308.

“Ini merupakan industri yang besar. Kita kena perhati setiap syarikat bagi memastikan dorang ikut terma dan syarat. Saya tak akan ragu-ragu untuk tarik balik lesen dorang.” – Datuk Seri Hamzah Zainudin, KPDNKK, dipetik oleh The Star.

Emas atau pun cokelat basi? Gambar dari scamsinmalaysia.blogspot.my

So apa jadi kalau korang dah tau syarikat tu memang buat MLM tipu? Korang report lah! kat bawah ni ada beberapa jawatankuasa yang boleh dihubungi:

Tempat korang nak mengadu. Gambar dari skmm.gov.my

Hanya korang je boleh lindungi duit hasil titik peluh korang!

Jangan amek duit aku lah!

Kes-kes ni sering diketengahkan kat berita tapi masih ada rakyat Malaysia yang termakan dengan skim MLM fake ni. Timbalan President Persatuan Kesihatan Mental Malaysia merayu kat rakyat Malaysia untuk tak terikut dengan nafsu tamak haloba. Dia juga kasi peringatan untuk jangan mudah terpedaya dengan offer atau skim cepat kaya dari internet. Walaupun kebanyakkan rakyat Malaysia ni moden (reti guna internet) tapi tak semestinya dorang ni pandai. Malah dia kata lagi ramai reti guna internet, lagi ramai yang akan jadi mangsa katannya lagi.

Hilang duit takde hal lagi duit boleh cari tapi sampai hilang orang yang tersayang dan kawan, tu yang paling sedih. MCA punya Ketua Perkhidmatan dan Aduan Orang Ramai, Datuk Seri Michael Chong berkata ada satu kes ni di mana si suami terpaksa ceraikan isterinya dan larikan 3 orang anak dorang sebab bini dia rembat duit EPF dorang dan laburkan kat MLM fake. “Ada keluarga yang masuk ofis saya, pandang muka masing-masing pun taknak. Saya yang kena cakapkan untuk dua-dua belah pihak. Ada setengah tu siap bergaduh” tambahnya lagi.

“Walaupun kitorang dah buat Press Conference pasal kes ni selamam 12 tahun tapi hampir tiap-tiap minggu ada je orang buat laporan kat kitorang. Dorang macam tak pernah belajar dari kesilapan. Pastu last-last, tamak dorang yang menghancurkan diri dorang.” – Datuk Seri Michael Chong, The Star

Ye harini semua kos semua benda naik, gaji je segan-segan nak naik. Ada setengah tu nak duit lebih sebab nak beli iPhone 6S takye pun PS4 tapi ada setengah tu nak kena bayar bil rumah atau pun bil hospital. Berhati-hatilah sebelum buat keputusan, nanti jadi lagi miskin dari kaya ada lah.

 

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance