fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
May 31, 2025

[INFOGRAFIK] Rosmah bebas tuduhan ubah wang haram dan elak cukai

December 12, 2024 Badd Hakim Infografik, Semasa
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Rosmah Mansor telah dibebaskan daripada 17 pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tapi macam mana boleh jadi ni?

ROSMAH BEBAS TUDUHAN UBAH WANG HARAM & ELAK CUKAI.
Rosmah Mansor, isteri Najib Razak, telah dibebaskan daripada 17 pertuduhan oleh mahkamah tinggi KL. 12 pertuduhan pengubahan wang haram. (Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001). 5 pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN (Seksyen 77(1) dan 112 Akta Cukai Pendapatan 1967)
Kenapa Romah Dituduh? Antara tahun 2013 hingga 2017, RM7,097,750 dikatakan telah masuk ke akaun bank peribadi Rosmah. Kes elak cukai pula didakwa berlaku antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Kalau bersalah, Rosmah boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda sekurang-kurangnya 5 kali ganda jumlah wang haram atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, selain mungkin kena penalti-penalti lain di bawah Akta Cukai Pendapatan. Rosmah sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 4 Oktober 2018.
MACAM MANA ROSMAH BOLEH BEBAS? Peguam Rosmah minta pertuduhan dibatalkan atas dasar pertuduhan itu "cacat dan tidak menunjukkan elemen penting kesalahan". Hakim K. Mudiandy setuju dan batalkan pertuduhan-pertuduhan itu kerana kurang butiran penting dan tak dapat buktikan Rosmah ada kaitan secara langsung dengan transaksi haram.
"Pertuduhan tersebut tidak mendedahkan elemen utama kesalahan pengubahan wang haram, termasuk transaksi berkaitan pengubahan wang haram, tingkah laku tertuduh, dan wang yang dirujuk dalam pertuduhan". "Kegiatan haram yang dikaitkan dengan pertuduhan itu juga tidak dinyatakan, tetapi hasil daripada kegiatan haram tersebut muncul entah dari mana". -Hakim K. Muniandy. Tanpa semua butiran ini, hakim kata pertuduhan itu cuma cerita tentang masuk duit - dan itu bukan jenayah.
Kes yang dikategorikan sebagai pengubahan wang haram kena ada bukti pendapatan yang tidak diisytihar terlibat dalam transaksi berkaitan, kata hakim. Beliau kata ada beberapa pertuduhan yang bertindih di bawah Akta Cukai Pendapatan, tapi pengubahan wang haram perlu hasil daripada aktiviti haram, yang tak dibuktikan. Gagal failkan cukai pula terletak dibawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan, dan Seksyen 112 hanya terpakai kalau mereka ikut prosedur yang betul, yang tak dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengumumkan bahawa pihak pendakwaan akan buat rayuan terhadap keputusan yang dibuat. Rosmah pula dah buat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dapati dia bersalah dalam kes rasuah 369 projek solar hibrid, sekali dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.
ROSMAH, YANG BARU SAMBUT HARI JADI KE-73 PADA 10 DISEMBER, ANGGAP KEPUTUSAN ITU SEBAGAI 'HADIAH HARI JADI' DAN UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PEGUAM-PEGUAM DIA. "Dari hari pertama lagi, pasukan peguam telah memberitahu, kes saya ini tiada asas". -Rosmah Mansor.
PRESIDEN UMNO, ZAHID HAMIDI KATA DIA 'BERSYUKUR' ATAS PEMBEBASAN ROSMAH DAN MINTA ORANG LAIN UNTUK 'HORMAT MAHKAMAH'. "Saya harap tiada sesiapa yang akan mempertikaikan keputusan mahkamah". -Zahid Hamidi.
KORANG TERKEJUT TAK DENGAN KEPUTUSAN INI? Bagitahu kami dekat komen!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

[Infografik] Rakyat Malaysia pertama yang berjaya menakluk puncak Everest

Seterusnya

Betul ke ayam ni tak sembelih? Kami tanya JAKIM

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend