fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 6, 2025

[INFOGRAFIK] Kes-kes rasuah paling mahal kat Malaysia

December 9, 2024 Badd Hakim Infografik, Sejarah
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Sempena Hari Anti-Rasuah Sedunia, jom kita tengok beberapa kes rasuah paling mahal di Malaysia.

KES-KES RASUAH PALING MAHAL KAT MALAYSIA
Anggaran kerugian RM114.5 juta. Jabatan Air Sabah (JAS). Latar belakang. Sejak 2010, RM3.3 bilion dah diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk infrastruktur air Sabah. Dana ini bertujuan membina loji rawatan air, sistem agihan, dan perpaipan. JAS mengontrak 38 syarikat, tapi... 17 daripada syarikat ini berkait dengan pengarah JAS, adik-beradik dan wakil dia. Baki 21 syarikat berkait dengan adik-beradik penolong pengarah (kanan). Ni bermakna 60% dari dana projek diseleweng pihak-pihak ini.
Anggaran kerugian RM114.5 juta. Jabatan Air Sabah (JAS). Penyiasatan. Pada 2016, SPRM melancarkan 'OPS Water', pasukan khas dengan 70 orang ahli. Serbuan ke pejabat-pejabat JAS dan rumah-rumah pegawai mereka membawa kepada rampasan tunai terbesar dalam sejarah SPRM. Lebih 20 orang ditahan selepas setahun pemantauan dibuat.
Anggaran kerugian RM114.5 juta. Jabatan Air Sabah (JAS). Akibat. Suspek didakwa dibawah seksyen 17(A) Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pengubahan wang haram). 3 pesalah utama iaitu pengarah JAS, isterinya dan timbalannya diarahkan membela diri bagi beberapa dakwaan pengubahan wang haram. Mahkamah menetapkan Februari dan April 2025 untuk perbicaraan.
Anggaran kerugian RM2.5 bilion. Bumiputra Malaysian Finance (BMF). Latar Belakang. 1979-1983: BMF (subsidiari Hong Kong bagi Bank Bumiputra Malaysia Berhad) mengeluarkan hutang sebanyak $1 bilion kepada Carrian Group milik George Tan. Carrion Group rugi beratus juta dalam masa singkat semasa kejatuhan pasaran Hong Kong.
Anggaran kerugian RM2.5 bilion. Bumiputra Malaysian Finance (BMF). Penyiasatan. Panel 3 orang menuduh eksekutif BMF dan ahli keluarga mereka terlibat dengan rasuah. Bayaran-bayaran diterima daripada George Tan dan syarikat-syarikat di bawah Carrian Group. Pengaudit BBMB Jalil Ibrahim (bawah) ditemui mati dicekik di Hong Kong semasa menyiasat kes.
Anggaran kerugian RM2.5 bilion. Bumiputra Malaysian Finance (BMF). Akibat. Carrian Group mengistiharkan diri mereka muflis. George Tan dan sekutunya ditahan dan didakwa dengan penipuan dan konspirasi. Kini, Bank Bumiputra sudah tiada - dibeli oleh CIMB pada tahun 2015.
Anggaran kerugian RM12 bilion. Port Klang Free Zone (PKFZ). Latar belakang. PKFZ dirancang sebagai hab perdagangan wilayah untuk menaikkan kepentingan perkapalan Port Klang. 999.5 ekar dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dari Port Klang Authority (PKA) pada RM25 psf (nilai pasaran: RM3 psf). Kos awal projek ditetapkan pada harga RM1.8 bilion. Bagaimanapun harga tersebut melambung naik ke RM12 bilion akibat kos pembinaan dan faedah.
Anggaran kerugian RM12 bilion. Port Klang Free Zone (PKFZ). Pada 2009, audit Pricewaterhousecoopers mendapati salah urusan terjadi dan kontrak diperbesarkan. Akibat. 6 individu, termasuk bekas menteri dan eksekutif KDSB, didakwa melakukan penipuan. Pada 2017, semuanya dibebaskan dari pertuduhan, jadi tiada yang dipertanggungjawabkan.
Anggaran kerugian RM20 bilion. 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). Latar Belakang. 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009 oleh bekas PM Najib Razak, yang jadi pengerusinya. Ia mengumpul dana berbilion ringgit untuk projek-projek, tapi mengumpul hutang yang banyak.
Anggaran kerugian RM20 bilion. 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). Penyiasatan. Pada 2015, laporan berita mendakwa yang dana dipindahkan ke akaun peribadi Najib, yang dia mendakwa adalah sumbangan politik. Pada 2016, Jabatan Kehakiman U.S. mendakwa $4.5 bilion (RM20 bilion) disalahgunakan untuk pembelian mewah, termasuk hartanah, hasil seni, dan pembiayaan "The Wolf of Wall Street". Malaysia minta pertolongan Interpol untuk cari Jho Low, yang dituduh merancang penipuan ini. 400++ akaun bank dengan RM1.1 bilion dibekukan.
Anggaran kerugian RM20 bilion. 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). Akibat. Najib disabitkan kesalahan melibatkan lebih RM42 juta dana SRC International (salah guna kuasa, pengubahan wang haram, pecah amanah). Dia mungkin dipenjarakan sehingga 20 tahun dan didenda 5 kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, bergantung pada mana yang lebih tinggi. Kini di penjara kajang, dia juga berhadapan dakwaan tambahan melibatkan RM2.27 bilion dari 1MDB
MACAM MANA KORANG RASA MALAYSIA BOLEH BASMI BUDAYA RASUAH NI? Bagitau kitaorang dekat komen!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

[MALU EP 5] Serigala Masyarakat

Seterusnya

PUTRA MEDICAL CENTRE (PMC) MENGUTAMAKAN PENJAGAAN PESAKIT SEMASA KRISIS BANJIR

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend