fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 6, 2025

[INFOGRAFIK] Evolusi TV Malaysia

November 21, 2024 Badd Hakim Infografik, Sejarah
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Hari ini adalah Hari Televisyen Sedunia! Jadi, jom kita baca tentang sejarah televisyen di Malaysia!

Evolusi TV Malaysia
1963 TV Malaysia hanya mempunyai satu saluran iaitu TV1 dan bersiaran selama 5 1⁄2 jam sehari (44 jam seminggu). Tunku Abdul Rahman melancarkan TV Malaysia di sebuah studio sementara di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang, KL Siaran TV ketika itu berwarna hitam putih dan pada awalnya hanya boleh diakses oleh penduduk di sekitar Lembah Klang.
Separuh daripada siaran disiarkan secara langsung dari studio manakala separuh lagi memaparkan filem dari Filem Negara Malaysia atau kandungan yang diimport. 1964, Stesen pemancar dibina untuk meningkatkan liputan, membolehkan siaran sampai ke negeri-negeri lain di luar ibu kota.
1969 Selepas 5 tahun hanya bersiaran di satu saluran, saluran kedua diperkenalkan dan dinamakan TV2. 1978 Bekas PM Malaysia, Tun Hussein Onn, melancarkan televisyen berwarna di RTM.
1984 Monopoli kerajaan selama 20 tahun ke atas televisyen berakhir apabila Dasar Penswastaan diperkenalkan. Ini membawa kepada pelancaran TV3, sebuah stesen TV milik swasta.
1995 Perkhidmatan TV berbayar pertama di Malaysia diperkenalkan dengan nama Mega TV. 1996 Hanya setahun selepas itu, ASTRO diperkenalkan dan mengatasi Mega TV dari segi langganan dengan menawarkan lebih daripada 50 saluran dan 5 stesen radio FM.
2005 Televisyen Protokol Internet (IPTV) dilancarkan di Malaysia, membolehkan rakyat Malaysia menonton TV melalui internet jalur lebar tanpa perlu menggunakan kabel atau satelit. Ini membolehkan penonton mengakses video atas permintaan (video on demand) atau menonton semula program kegemaran mereka.
2010 Internet dan TV digabungkan untuk mencipta Smart TV. Ini membolehkan penonton mengakses video dalam talian (contohnya, YouTube) serta platform penstriman (contohnya, Netflix) terus di TV tanpa memerlukan komputer. Smart TV juga boleh memuatkan pelbagai aplikasi dan disambungkan kepada pemain muzik Permainan video, serta aktiviti interaktif lain.
Apa pengalaman korang dengan evolusi TV Malaysia?
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

BALAI SENI NEGARA ANJUR PAMERAN SUNYI DAN SIMPOSIUM BAKAT MUDA SEZAMAN 2024

Seterusnya

[INFOGRAFIK] Atlet Olimpik wanita pertama Malaysia: Ratu Pecut Annie Choong

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend