fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 6, 2025

[INFOGRAFIK] Camne SEA bancuh teh?

May 21, 2024 Badd Hakim Budaya, Infografik
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Selamat Hari Teh Antarabangsa! Meh kita kongsikan cara orang Asia Tenggara membancuh teh yang unik kepada mereka!

Camne SEA bancuh teh?
Malaysia. Teh tarik. Orang Malaysia suka teh sangat sampaikan kita jadikan Teh tarik minuman kebangsaan. Teh ni boleh dinikmati 24 jam dekat mamak... sama macam gosip! Ini cara untuk bancuh. 1. Rendamkan uncang teh dalam cawan besi berisi air mendidih. 2. Keluarkan uncang teh dan tuangkan susu pekat dan susu sejat. 3. Gunakan cawan besi lain dan tarik teh tu. 4. Tarik sampai teh tarik korang berbuih dan kaw!
Indonesia. Teh Talua. Minuman kebangsaan Indonesia ialah teh botol, tapi korang pernah dengar pasal teh talua? Selalunya diminum untuk sarapan di Sumatra Barat, orang Indonesia akan campurkan teh mereka dengan telur... kautim! Ini cara untuk bancuh. 1. Pecahkan telur ke dalam cawan tapi hanya gunakan kuning telur. 2. Tambah gula pasir dan pukul sehingga kembang. 3. Rendamkan teh dalam cawan asing. 4. Dengan cawan lain, tuangkan susu pekat. 5. Satukan telur dan teh dalam cawan tu dan perahkan sedikit air limau.
Vietnam. Tra sen. Dikenali sebagai minuman untuk raja, teh bunga teratai berasal dari Dinasti Nguyen untuk Raja Tu Duc. Orang suruhan akan dayung perahu ke tengah tasik pada waktu malam dan tuang teh hijau ke tengah bunga teratai. Pagi esok, teh ni akan serap bau harum teratai tersebut. Ini cara untuk bancuh. 1. Didih air. 2. Gunakan daun teh, benang sari dan kelopak bunga untuk bancuh. 3. Panaskan teko teh dengan air mendidih, keluarkan air dan letakkan teh ke dalam. 4. Tuang air panas dalam 80 darjah Celsius ke dalam teko. 5. Rendamkan teh selama 30 saat sahaja sebelum tuang ke dalam cawan.
Thailand. Cha yen. Dijual oleh ramai peniaga jalanan, korang mesti pernah minum teh ni. Tapi korang tahu tak yang teh ni berkemungkinan dicipta oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Plaek Phibunsongkhram, yang juga mempopularkan Pad Thai? Ini cara untuk bancuh. 1. Didih air dan rendamkan teh hitam sampai air menjadi warna gelap. 2. Tambahkan gula, susu pekat dan susu sejat sebelum kacau. 3. Nak bagi berbuih, tarik teh ni macam teh tarik. 4. Tuang sikit susu sejat kat atas sebelum dihidang.
Myanmar. Laphet Yay Cho dan Laphet Thoke. Apa macam kalau korang boleh minum dan makan teh? Untuk orang Myanmar, Laphet adalah daun teh yang dijeruk dan boleh dimakan sebagai ulam atau diminum sebab ia tahan sangat lama - macam sepatutnya untuk teh! Ini cara untuk bancuh Laphet Yay Cho. 1. Rendam serbuk teh Laphet dalam air panas. 2. Tuangkan susu pekat dan kacau. Ini cara untuk sediakan Laphet Thoke. 1. Proses menjeruk daun Laphet selalunya mengambil masa 6 bulan hingga 2 tahun, jadi lebih senang untuk beli dain yang sudah dijeruk. 2. Susunkan Laphet, kekacang, kacang tanah, bijan, tomato, kobis dan serbuk udang kering dalam mangkuk. 3. Thoke bermaksud campur, jadi campurlah semua bahan tu
Filipina. Salabat. Teh bukan saja untuk healing tau, tapi juga untuk menyembuhkan badan. jadi bila orang Filipina sakit, mereka akan minum teh salabat sebagai ubat. Ini cara untuk bancuh. 1. Basuh dan hiris sedikit halia. 2. Rendamkan halia dalam air panas. 3. Tuangkan ke dalam cawan dan tambahkan madu.
Kongsi jenis teh kegemaran korang atau tumpahkan teh kat ruang komen!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

Filipina dan Indonesia tarik subsidi minyak pada 1998. Ni apa yang jadi

Seterusnya

Sumbang mahram sah ikut undang-undang Malaysia, tapi cuma untuk orang Hindu

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend