fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 18, 2025

[INFOGRAFIK] Asal usul bulan

July 17, 2024 Badd Hakim Infografik, Sains
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Pernah tak korang terfikir macam mana bulan mula-mula terbentuk? Dalam siri gambar ni, kami teroka beberapa kemungkinan.

Asal usul bulan
Kita selalu nampak batu gergasi ni kat langit. Siap ambil gambar kalau nak naik status syahdu. Tapi berapa ramai dari kita yang tahu dari mana datangnya bulan ni sebenarnya? Pendek kata, tak siapa tahu. Tapi ada beberapa teori di sebaliknya.
Teori 1: Impak Gergasi. Dulu, ada planet lain sebesar Marikh berlanggar dengan Bumi. Planet ni digelar Theia. Hasil pelanggaran, kedua planet mencair dan bergabung, dan serpihan hasil pelanggaran ni berkumpul dan membentuk bulan. Tapi macam mana boleh datang teori ni?
Batu dari bulan pernah sampai ke bumi dalam bentuk meteorit dan dari misi pendaratan Apollo. Hasil analisis batu-batu ni, didapati yang ada persamaan antara batu bulan dan bumi.
Sejak pelanggaran Theia dan Bumi, ada lagi ke cebisan Theia kat sini? Saintis percaya memang ada.
Sisa Theia ni dikatakan kekal dalam lapisan batu sebesar benua, jauh di bawah tanah. Dipercayai yang kedudukan dua sisa terbesar di bawah Afrika Barat dan Lautan Pasifik melingkar teras bumi macam sepasang headphone. Tapi semua ni baru satu teori. Ada lagi ke cara lain bulan boleh terbentuk?
Teori 2: Penangkapan. Menurut teori penangkapan, bulan kita sebenarnya lahir kat tempat lain dalam sistem solar kita. Bila lalu dekat dengan Bumi, bulan terperangkap dengan graviti kita sampai ke hari ni.
Teori 3: Akresi. Menurut teori akresi, bulan terbentuk serentak dengan bumi dari pengumpulan partikel gas dan debu berputar yang sama.
Teori 4: Pembelahan. Ikut teori ni, pada masa dulu bumi berputar laju sangat sampaikan sebahagian bumi terpisah dan mula mengelilingi bumi sebagai bulan.
Tak kisah teori mana yang korang percaya... Semakin banyak kita tahu tentang asal usul bulan, semakin banyak kita akan sedar perkara tentang evolusi bumi kita sendiri. - Vincent Eke, penyelidik Durham University.
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

Pameran IMT-GT: Rantau – Sebuah ungkapan artistik seniman visual tiga negara

Seterusnya

[INFOGRAFIK] Harimau Malaya: Pemangsa atau Mangsa?

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend