fbpx
SOSCILI
  • Utama
  • Semasa
  • Hiburan
  • Sains
  • Sejarah
  • Budaya
  • Video
    • Biar Dia Masak
    • CiliCepat
    • CiliCiter
    • CiliKepoh
    • CiliTry
    • Dee Di Apa
    • MALU podcast
    • PedasGames
    • SOS
    • Sos Sembang
  • Hubungi Kami
June 5, 2025

[INFOGRAFIK] Apa itu Deepavali atau Diwali?

October 28, 2024 Badd Hakim Budaya, Infografik
  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0

Satu diya pun dah cukup untuk menerangi satu dunia! Selamat Hari Deepavali/Diwali dari kami semua.

Apa itu Deepavali/Diwali?
Apa itu Deepavali/Diwali? Deepavali/Diwali ialah "perayaan cahaya" yang disambut oleh penganut Hindu, Jain, Sikh, dan sesetengah penganut Buddha.
Apakah perbezaan di antara Deepavali & Diwali ni? "Deepavali" berasal dari perkataan Sanskrit. la lebih umum digunakan di India Selatan dan di kalangan komuniti yang bercakap tamil. "Diwali" adalah versi singkat yang lebih umum digunakan di India utara dan oleh orang yang bercakap bahasa Hindi. "Deepa" (cahaya) +"Avali" (barisan) = "barisan cahaya"
Bila Deepavali/Diwali akan disambut? Deepavali atau Diwali disambut pada hari ke-15 bulan Hindu Kartik, biasanya pada bulan Oktober atau November. Mengapa Deepavali /Diwali disambut? Deepavali/Diwali melambangkan kemenangan cahaya atas kegelapan dan kebaikan atas kejahatan. Makna perayaan ini boleh berbeza-beza bergantung kepada agama.
Lagenda Hinduisme Cerita Deepavali/Diwali yang paling popular datang dari Ramayana. 1. Lepas 14 tahun dibuang negeri, Dewa Rama pulang ke Ayodhya dengan isterinya Sita dan saudaranya Lakshmana. 2. Dia dibuang negeri sebab ayahnya, Raja Dasharatha, janji 2 perkara dengan ibu tiri Dewa Rama, Kaikeyi. Salah satunya untuk jadikan Bharata iaitu anak Kaikeyi sebagai raja dan bukannya Dewa Rama.
Semasa dalam buangan, Dewa Rama, dengan bantuan Dewa Hanuman dan tentera vanaras (pahlawan monyet), berjaya mengalahkan raja iblis Ravana yang culik Sita. Untuk merayakan kepulangan mereka dan kemenangan kebaikan atas kejahatan, orang-orang Ayodhya menyalakan lampu minyak (diyas). Ini melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kegembiraan dalam komuniti.
Jainisme Perayaan ini menandakan nirvana (pencerahan spiritual) dan moksha (pembebasan akhir) bagi Lord Mahavira, tirthankara yang ke-24 dan terakhir. Apa itu "nirvana" dan "moksha"? "Nirvana" keadaan di mana jiwa merasakan kebahagiaan dan pengetahuan yang tidak terhingga setelah membebaskan diri dari semua karmanya. "Moksha" Bebas daripada kitaran kehidupan, kematian, dan kelahiran semula. Para bhikkhu Jain biasanya berpuasa dan bermeditasi semasa Diwali, fokus kepada pertumbuhan spiritual daripada perayaan material.
Sikhisme. Diwali berkaitan dengan pembebasan Guru Sikh yang keenam, Guru Hargobind Ji, yang dipenjara oleh pemerintah Mughal, Jahangir, pada tahun 1619. 1. Beliau dipenjarakan kerana membentuk tentera untuk melindungi orang Sikh, dan pemerintah Mughal melihat kuasa Sikh sebagai ancaman. 2. Peristiwa ini dikenali sebagai Bandi Chhor Divas (Hari Pembebasan), dan disambut dengan cahaya dan perayaan yang meriah di Kuil Emas di Amritsar.
Buddhisme (Buddhis Newar) Menghormati penukaran Raja Ashoka kepada Buddhisme selepas Perang kalinga. 1. Raja Ashoka adalah maharaja ketiga dari dinasti Maurya. 2. Selepas Perang Kalinga yang kejam, Raja Ashoka merasa sangat bersalah sehingga beliau memeluk Buddhisme. la memberi inspirasi kepada orang lain dengan menunjukkan bahawa walaupun seorang penguasa yang berkuasa dan bersifat peperangan boleh memilih keamanan dan kasih sayang.
Thalai Deepavali/Diwali Apa itu thalai Deepavali? 1. Thalai Deepavali, atau "Deepavali Pertama," adalah perayaan yang meriah untuk pasangan yang baru berkahwin dalam budaya tamil, menandakan festival pertama pengantin perempuan bersama keluarga suaminya.
Pada hari istimewa ni,  2. Pengantin perempuan memakai pakaian dan perhiasan tradisional yang cantik, sementara pasangan itu melakukan ritual seperti berkongsi mandi minyak dan bertukar hadiah yang bermakna. Keluarga menikmati hidangan yang lazat dan manisan, dan ramai yang pergi ke kuil untuk berdoa bersama. 3. Perayaan ini melambangkan perjalanan baru pasangan tersebut dan menguatkan ikatan keluarga dengan cinta, gelak tawa, dan banyak hidangan yang sedap!
Persediaan yang dilakukan untuk Deepavali Sebelum Deepavali/Diwali 1. Menghormati orang tersayang yang telah meninggal dunia dengan melawat tanah perkuburan dan meninggalkan makanan sebagai persembahan di atas daun pisang. 2. Menyediakan makanan ringan seperti murukku dan achu murukku.
3.Membuat kolam atau reka bentuk rangoli berwarna di depan rumah, yang berfungsi untuk menghias dan menarik tuah. 4.Berjaga hingga tengah malam untuk menyalakan bunga api, menandakan permulaan perayaan Deepavali dengan penuh keseronokan.
Semasa Deepavali/Diwali 1. Bangun awal, biasanya sebelum matahari terbit, untuk mandi minyak tradisional. Ahli keluarga yang paling tua akan menuangkan minyak ke atas kepala semua orang. Lelaki mengurut minyak ke seluruh badan mereka, manakala wanita memberi tumpuan pada rambut mereka. Selepas mandi, semua orang memakai pakaian tradisional baru, dan kadangkala yang tua akan memberikan pakaian baru dan sampul duit, sementara yang muda mengambil berkat daripada orang tua dengan mencium kaki mereka.
Adakah korang teruja untuk Deepavali/Diwali? Kongsikan apa yang korang paling nantikan sempena Deepavali kali ini di ruangan komen!
Prev
Next

  • 0share
  • Facebook0
  • Twitter0
  • WhatsApp
  • LinkedIn0
  • Email0
Sebelum

[INFOGRAFIK] Masalah jantung: bukan lagi masalah orang tua sahaja

Seterusnya

Baru clash? Ni 5 pengubat hati dari restoran yang lagi setia dari ex korang

Dapatkan artikel terus ke emel!

Follow Kami

  • TikTok
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
Cakap dengan kitorang!
Tengok pautan kitorang

Iklankan bisnes korang

Cadangkan atau tulis artikel

Kerja ngan kitorang

Hubungi kitorang
Follow kitorang kat medsos!
Facebook

Instagram

TikTok

Twitter (X)

YouTube
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Privasi Polisi

Cilisos Media Sdn. Bhd. [201401011719 (1087796-H)] Copyright © 2020. Hak Cipta Terpelihara

  • 0share
Send this to a friend